5 Jutawan Yang Tidak Menamatkan Pelajaran Di Universiti


Tidak menamatkan pelajaran di peringkat universiti, tidak bermaksud anda telah gagal dalam hidup, kerana apa yang paling penting adalah anda tahu apa yang anda minat dan mahukan, dan bekerja keraslah mengejar cita-cita anda.


Kali ini kami ingin berkongsi senarai individu-individu paling kaya di dunia yang tidak menamatkan pelajaran di universiti.

1. Bill Gates

Berada di tangga pertama senarai ini tidak lain dan tidak bukan, manusia paling kaya atas muka bumi dengan kekayaan RM360 billion, Bill Gates.

Bill Gates melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard pada 1973, selepas mendapat markah SAT 1590 (markah penuh 1600).

Bill Gates yang memilih kursus pra-undang-undang kemudiannya menyambung ijazah dalam komputer sains. Ketika berada di Harvard, beliau mengenali Steve Ballmer.

Selepas 2 tahun di Harvard, Paul Allen meyakinkan Bill Gates supaya berhenti belajar untuk bekerjasama membina syarikat Microsoft.

Bill Gates membuat keputusan meninggalkan Harvard untuk Microsoft, manakala Steve Ballmer menghabiskan pelajarannya.

Steve Ballmer yang mempunyai ijazah, kemudiannya diambil bekerja di Microsoft oleh Bill Gates, yang tidak menamatkan pelajaran. Walaupun tidak menamatkan pelajaran, Bill Gates berkata, :

"Walaupun saya tidak menamatkan pelajaran dan bernasib baik mengejar kerjaya dalam bidang perisian komputer, namun mendapatkan ijazah adalah lebih selamat untuk mengejar cita-cita,".

Kini Microsoft merupakan antara syarikat paling berjaya atas muka bumi.

2. Mark Zuckerberg

Tak perlu diperkenalkan lagi nama ini. Ramai yang sudah mengetahui cerita Mark Zuckerberg melalui filem "Social Network".

Mark mula menggunakan komputer dan menghasilkan perisian komputer sejak usia muda lagi. Individu yang bertanggungjawab mengajarnya dalam bidang ini adalah bapanya yang mengajar Atari BASIC Programming.

Mark kemudian diajar secara persendirian oleh David Newman, sorang pembina perisian komputer. Mark Zuckerberg melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dan di situlah beliau mula-mula membina laman web yang dahulunya dikenali sebagai "The Facebook".

Setelah Facebook semakin berkembang, Mark berhenti dari Universiti Harvard ketika tahun kedua untuk meneruskan projek, yang kini mempunyai 2 billion pengguna di seluruh dunia.

Walaupun tak menamatkan pelajaranya, Mark menerima ijazah kehormat daripada Universiti Harvard pada 28 Mei 2017.

3. Larry Ellison

Larry Ellison terkenal sebagai pengasas bersama dan CEO Oracle Corporation. Larry melanjutkan pelajaran di University of Illinois selepas tamat sekolah menengah. Namun disebabkan ibunya meninggal dunia, beliau telah berhenti belajar.

Larry kemudiannya meneruskan pelajarannya semula di University of Chicago, dan ia hanya bertahan selama 1 semester sahaja sebelum beliau sekali lagi berhenti. Ketika di University Chicago, beliau mula mengenali rekabentuk komputer buat kali pertama.

Pada 1970-an, Larry bekerja dengan syarikat Ampex Corporation di mana beliau membina pangkalan data untuk CIA yang diberi nama "Oracle". Dan pada tahun 1977, beliau mengasaskan Oracle bersama-sama Bob Miner dan Ed Oates.

4. Michael Dell

Michael Dell merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Dell Technologies, antara salah satu syarikat infrastruktur teknologi terbesar di dunia.

Michael Dell menyambungkan pelajaran di University of Texas dalam bidang perubatan. Ketika itu, beliau memulakan bisnes secara tak langsung, dengan menjual peralatan menaiktaraf komputer peribadi, di biliknya di asrama.

Michael mula menyedari bahawa banyak wang dapat dijimatkan dengan menjual komputer terus kepada pembeli, daripada mereka membeli terus dari kedai.

Berbekalkan modal RM4,200 daripada simpanan beliau, Michael Dell menubuhkan syarikat "PC's Limited" pada tahun 1984. Beliau menjual komputer dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai yang dihasilkan sendiri dengan memasang komponen-komponen menjadi sebuah komputer.

Pendapatan Dell Technologies pada tahun 2016 adalah RM258 billion, dan nilai kekayaan Michael Dell menjadikan beliau individu ke-37 terkaya pada Februari 2017.

5. Paul Allen

Paul Allen merupakan rakan baik Bill Gates, yang juga merupakan rakan zaman persekolahan. Selepas tamat sekolah di Lakeside School, Paul yang mendapat markat penuh bagi SAT (markah untuk masuk ke kolej) iaitu 1600.

Beliau diterima masuk ke Washington State University, kemudiannya berhenti daripada universiti selepas 2 tahun untuk bekerja sebagai programmer di Honeywell.

Paul kemudiannya bekerjasama dengan rakannya Bill Gates dan menubuhkan Microsoft pada tahun 1975, yang kini menjana keuntungan RM358 billion setahun. Paul Allen juga merupakan pengasas dan CEO syarikat Vulcan Inc.

Paul meninggalkan Microsoft pada tahun 1982 kerana masalah kesihatan yang serius. Pada Jun 2017, kekayaan Paul Allen merupakan manusia ke-46 paling kaya di dunia.

TAMBAHAN

6. Dustin Moskovitz

Ramai yang mengenali nama Dustin Moskovitz sebagai rakan sebilik Mark Zuckerberg yang membantu membina laman sesawang Facebook ketika sama-sama belajar di Universiti Harvard.

Setelah 2 tahun menyambungkan pelajaran di Universiti Harvard dalam bidang ekonomi, beliau berpindah ke Palo Alto menyertai pasukan Facebook mengembangkan syarikat tersebut.

Namun pada tahun 2008, Dustin meninggalkan Facebook dan mengasaskan syarikat perisian komputer, Asana, bersama Justin Rosenstein.

Berdasarkan 2.3% saham yang dipegangnya dalam Facebook, pada Mac 2011, Dustin menjadi billionaire ke-2 termuda dalam sejarah, menurut Forbes.

7. Ralph Lauren

Jenama Ralph Lauren adalah antara jenama pakaian paling terkenal dan terkemuka di dunia. Ia merupakan hasil idea kreatif pengasasnya, Ralph Lauren. Beliau lahir di Amerika Syarikat dalam sebuah keluarga imigran dari Rusia, yang sejak kecil bercita-cita untuk menjadi kaya, dan mula bekerja dalam bidang pakaian sejak usia remaja.

Ralph kemudian menyambungkan pelajarannya di Baruch College (City University of New York) dalam bidang perniagaan, selepas tamat sekolah menengah. Namun beliau berhenti daripada belajar dan menyertai pasukan tentera selepas 2 tahun di kolej tersebut.

Seterusnya Ralph bekerja di sebuah syarikat tali leher sebagai jurujual ketika berusia 28 tahun.

Kerana segala ideanya ditolak oleh syarikat yang beliau bekerja, akhirnya Ralph menubuhkan Ralph Lauren Corporation pada tahun 1967.

Dan kerana minatnya terhadap sukan, beliau menamakan pakaian lelaki pertama yang dihasilkannya sebagai "Polo". Kini Polo Ralph Lauren terkenal di seluruh dunia.

8. Steven Spielberg

Beliau merupakan antara pengarah paling terkenal di dunia, juga merupakan antara salah seorang individu paling kaya di Hollywood.

Selepat tamat sekolah menengah, beliau memohon untuk memasuki sekolah perfileman di Universiti Southern California, namun ia ditolak disebabkan gred beliau yang kurang memuaskan. Beliau kemudian diterima masuk ke California State University.

Ketika sedang belajar, beliau bekerja sebagai pelatih tak berbayar di Universal Studios di bahagian penyuntingan. Beliau kemudian diberi peluang untuk menghasilkan filem pendek, yang mana ditulis dan arahkan sendiri, bertajuk 'Amblin'.

Ia berjaya menambat hati Naib Presiden Universal Studios dan diberikan kontrak 7 tahun bersama Universal Studios membuatkan beliau berhenti daripada belajar di universiti.

Ia menjadikan Steven Spielberg sebagai individu termuda mendapat kontrak jangka masa panjang bersama Universal Studios.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Allah Tidak Menjadikan Semua Orang Jutawan?5 Orang Jutawan Yang Muflis Sekelip Mata
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/senarai-jutawan-yang-tiada-pelajaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Tolak Tawaran Universiti Kerana Bapa Diserang Strok Kini Berjaya Peroleh Anugerah Pelajaran Diraja

Pernah Tolak Tawaran Universiti Kerana Bapa Diserang Strok Kini Berjaya Peroleh Anugerah Pelajaran Diraja

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 73 hits
Kejayaan tidak akan pernah dimiliki dengan mudah Setiap orang perlu menghadapi pelbagai jalan yang berliku dalam apa jua impian dan cita cita yang diinginkan Namun matlamat dan semangat yang utuh menjadi senjata penting yang akan memusnahka...
Kalau Macam Ni Tak Payah Masuk Sekolah Tak Payah Masuk Universiti Lah

Kalau Macam Ni Tak Payah Masuk Sekolah Tak Payah Masuk Universiti Lah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 117 hits
Dua belas tahun kita duduk di alam persekolahan Lepas tu kebanyakkan kita masuk universiti kolej kolej atau mana mana institusi pengajian tinggi Tapi yang sedihnya sekolah atau universiti tak mengajar kita cara survive dalam hidup bila kelu...
Hidap Kanser Tahap 3 Gadis Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berjaya Jadi Graduan Universiti

Hidap Kanser Tahap 3 Gadis Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berjaya Jadi Graduan Universiti

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 140 hits
Hasrat anak bongsu daripada empat beradik Aida Khayreen Rashidi 22 untuk menggenggam diploma hampir tidak kesampaian apabila disahkan menghidap barah tulang ketika di semester empat pengajian Berikutan penyakit itu Aida Khayreen terpaksa be...
Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Yang Menggantikan Sistem Aliran Sains Sastera

Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Yang Menggantikan Sistem Aliran Sains Sastera

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 99 hits
Mulai tahun 2020 pakej mata pelajaran baharu bagi tingkatan 4 dan 5 telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej ini disusun berdasarkan keperluan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat lepasan menengah seperti univ...
Kajian Universiti Harvard Mengatakan Kulit Ayam Sihat Dimakan Seriuslah

Kajian Universiti Harvard Mengatakan Kulit Ayam Sihat Dimakan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 67 hits
Sumber gambar dari RasaSebelum ini kita sering dimomokkan bahawa kulit ayam tidak sihat dimakan kerana kandungan kolestrolnya yang tinggi menjadi punca penyakit jantung Namun lain pula hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard men...
Kpm Perjelas Salah Faham Pemansuhan Sistem Aliran Dan Pakej Mata Pelajaran

Kpm Perjelas Salah Faham Pemansuhan Sistem Aliran Dan Pakej Mata Pelajaran

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 59 hits
KUALA LUMPUR Memandangkan pelajar Kurikulum Standard Sekolah Menengah akan terada di Tingkatan Empat pada tahun hadapan Kementerian Pendidikan melancarkan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas sesuai dengan apa yang dilalui pelajar kohort per
Iran Arah Tutup Sekolah Universiti Akibat Pencemaran Udara

Iran Arah Tutup Sekolah Universiti Akibat Pencemaran Udara

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 65 hits
Iran arah tutup sekolah universiti akibat pencemaran udara Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Nov 2019 10 3
Rankng Universiti Dunia Um Usm Uitm Menjadi Nadi Universiti Malaysia

Rankng Universiti Dunia Um Usm Uitm Menjadi Nadi Universiti Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 107 hits
Semenjak PH pegang pemerintahan Malaysia ranking universiti tempatan kita pun jelas naik sekali Tahniah Universiti Malaya Universiti lain juga naik bertakuk takuk nikmat manakah lagi yang kamu mahu dustakan
Um Universiti Ke 13 Terbaik Asia

Um Universiti Ke 13 Terbaik Asia

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 64 hits
Universiti Malaysia telah melonjak ke kedudukan ke 13 dalam rangking kedudukan pusat pengajian tinggi di Asia dan di kedudukan pertama dalam negara Menteri Pendidikan Maszlee Malik membuat pendedahan itu di Dewan Rakyat hari ini berdasarkan...
Papagomo Terima Padah Di Sabah Gara Gara Koyak Gambar Shafie Afdal

15 Worthy Diy Decor Ideas For Your Home Office

Rakyat Meluat Dengan Pakatan Termasuk Anwar Ibrahim

Why Are Tv Cameras Still Huge And Expensive

Gosip Panas Bakal Nikah Kerabat Raja Emma Maembong Masih Berdiam Diri

Patung Elsa Berhantu

Runtuhkan Rak Roti Gardenia Punca Mamat Ni Kena Pukul Di Persimpangan Lampu Isyarat

Sejarah Mata Wang Dunia Dan Kelebihan Mata Wang Digital Berbanding Mata Wang Fiat



Akhirnya Ibu Dedah Punca Puteri Balqis Tutup Instagram

Resepi Seri Muka Durian Paling Sedap

Resepi Teresek Jantung Pisang Paling Padu

Bagaimana Sistem Pendidikan British Menyebarkan Mitos Melayu Malas

Biodata Wanna Ali Pelakon Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi


Berhati Hati Dengan Wabak Influenza

Kurasi Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun

Air Mutlak Air Mustakmal Musyammas Mutanajis

Petani Hilang Sejak Tahun Baru Ternyata Dimangsa Babi

Meninggal Saat Berlayar Jenazah Pelaut Asal Sulawesi Selatan Dibuang Ke Laut

10 Prk Lagi Pun Belum Tentu Menukar Kerajaan Sekarang