5 Jenis Tomyam Menarik Di Wan Tomyam Special Ayer Lanas Jeli Kelantan


Wan Tomyam Special Di Ayer Lanas Jeli Kelantan | Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku mencuba tomyam di salah satu kedai yang terletak di Bukit Perawas Ayer Lanas Jeli Kelantan. Kedai yang aku maksudkan adalah Wan Tomyam Special. Mereka menjual banyak makanan termasuklah lima jenis masakan tomyam yang sedap dan menarik untuk dicuba.

Kedai Wan Special mampu memuatkan ramai pelanggan dalam satu satu masa. Macam yang korang tengok dalam gambar, tempat duduk diletakkan juga dibahagian luar kedai supaya dapat menampung lebih ramai pelanggan. 
Seperti yang aku maklumkan pada tajuk artikel, Wan Tomyam Special menyediakan lima jenis tomyam yang boleh dicuba oleh pelanggan yang datang iaitu Tomyam Poktek, Tomyam Kung mapraw, Tomyam Nam Kun, Tomyam Nam Sai dan juga Tom Kha Gai. Selain itu korang juga boleh mencuba Phukaw Fai iaitu Sup Gunung Berapi. 
Selain tomyam dan sup, korang juga boleh memesan makanan lain seperti Nasi Krapow, Nasi Khai Jeow, Nasi Khao Mok Ayam dan beberapa jenis nasi goreng. Bukan itu sahaja, korang yang tak nak makan nasi boleh cuba beberapa jenis roti canai seperti roti canai kosong, roti canai sarang bulat, roti canai bawang dan banyak lagi. Pancake Krabi pun ada kalau korang nak cuba. 
Banyak lagi tau sebenarnya menu dekat Wan Tomyam Special ini. Kalau korang nak tengok menu beserta harga boleh rujuk gambar yang aku kongsikan dekat bawah ini ya

Senarai Menu Dan Harga Makanan Di Wan Tomyam Special Ayer Lanas Jeli Kelantan










Berikut adalah gambar menu dan juga harga untuk setiap makanan yang ada di Wan Tomyam Special Ayer Lanas Jeli Kelantan. Banyak kan! Pada pendapat aku sendiri harga untuk setiap makanan yang dijual pun sangat murah dan berpatutan. Sekarang ini aku nak kongsikan menu yang aku cuba sewaktu singgah makan di Wan Tomyam Special. 
Pengalaman Makan Di Wan Tomyam Special Ayer Lanas Jeli KelantanSewaktu kedai ini berada di lokasi yang lama aku tak pernah singgah tetapi disebabkan ianya sudah berpindah ke tempat yang baru dan lebih dekat dengan tempat aku tinggal aku mengambil peluang yang ada untuk datang dan mencuba sendiri beberapa menu yang ada di Wan Tomyam Special. 
Memilih makanan apa untuk dipesan pun mengambil masa yang lama sebab tak tahu nak makan apa. Tomyam jer pun ada lima jenis memang lama la aku fikir haha tapi bila dah ada dekat kedai tomyam mestilah kena order tomyam betul tak

Jadi, untuk kali pertama aku jejakkan kaki di Wan Tomyam Special aku decided untuk order Tom Yam Kung Mapraw atau dalam bahasa melayunya Tom yam Udang Dalam Kelapa. 


Tom Yam Kung Mapraw adalah satu menu yang menarik untuk dicuba. Rasanya sedikit berbeza dengan Tomyam biasa yang selalu kita makan kerana ianya mempunyai rasa manis kelapa muda yang mungkin akan menjadi kesukaan korang dan mungkin juga tidak buat sesetengah orang. Bukan hanya rasa manis kelapa sahaja tetapi isi kelapa juga diletakkan bersama untuk dimakan lauk pauk lain di dalamnya

Harga pula RM13 sahaja (harga akan bertambah sekiranya korang tambah lauk lain). Tom Yam Kung Mapraw disediakan bersama dengan udang tetapi sekiranya korang nak tambah lauk lain seperti sotong, kepah, ayam atau daging boleh maklumkan kepada mereka. Menurut aku ianya berpatutan tetapi kalau korang rasa mahal boleh order tomyam lain yang lebih murah contohnya Tom Yam Nam Kun Ayam, Tom Yam Nam Sai Ayam, Tom Khai Gai yang berharga RM6 sahaja

Selain Tom Yam Kung Mapraw, aku juga berpeluang untuk mencuba Tom Yam Poktek yang mengandungi seafood seperti udang, lala, sotong dan ikan yang berharga RM14. 


Tak cukup dengan menu tomyam aku juga memesan Phukaw Fai Perut bersama dengan bebola daging tetapi kalau korang nak yang lebih meriah boleh order Phukaw Fai Campur dimana dorang akan letak beberapa jenis lauk. Harga untuk Phukaw Fai Perut adalah RM8 sahaja tetapi tambahan RM2 dikenakan sebab aku tambah bebola daging. 


Sekarang ini aku nak share menu yang paling aku suka waktu makan dekat Wan Tomyam Special ini iaitu Daging Bawang Putih. Aku tak pastilah macam mana ianya dimasak tapi rasa dia betul betul sedap. Ditambah pula dengan aroma bawang putih tuh. Bila makan dia rasa macam daging yang dibakar pun ada. Harga yang dikenakan untuk daging bawang putih pula RM7



Kalau kita tengok secara online ada ramai orang kongsikan resepi daging bawang putih tetapi setiap orang berbeza beza. Jadi, kalau korang nak cuba daging bawang putih macam yang aku makan ini boleh datang ke Wan Tomyam Special. Selain daging bawang putih, korang boleh cuba daging cili, daging kunyit dan lain lain lagi. 
Buat korang yang berminat untuk datang mencuba sendiri menu menu menarik di Wan Tomyam Special boleh rujuk informasi yang aku kongsikan dibawah. 
Wan Tomyam Special Ayer Lanas Jeli KelantanAlamat : NO. 2859 Bukit Perawas, Ayer Lanas, 17700 Jeli, KelantanWaktu Operasi : 2:00 Petang hingga 2:00 Pagi, Setiap HariNombor Telefon : 013-7947527

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2023/03/Wan-Tomyam-Special-WTS.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Akan Lakukan Perubahan Di Kelantan

Anak Muda Akan Lakukan Perubahan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 333 hits
Kelantan mungkin merupakan kubu kebal bagi Pas Namun negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukanlah tidak boleh melakukan perubahan sama sekali Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan perubahan boleh be...
Masjid Aminul Fa Izin Yang Cantik Di Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Fa Izin Yang Cantik Di Padang Kala Melor Kelantan

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 645 hits
Masjid Aminul Faizin Yang Cantik Di Padang Kala Melor Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang sebuah masjid yang akan menjadi perhatian ramai selepas ianya siap dibina nanti Masjid yang aku maksudkan ad...
Pelajar 14 Tahun Muncul Sebagai Pembayar Zakat Perniagaan Termuda Di Kelantan

Pelajar 14 Tahun Muncul Sebagai Pembayar Zakat Perniagaan Termuda Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 404 hits
KOTA BHARU Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban Pasir Mas dekat sini muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman atau leb...
Kelantan Pukul Sepak Pijak Kepala Ibu Kerana Tak Dapat Rm20

Kelantan Pukul Sepak Pijak Kepala Ibu Kerana Tak Dapat Rm20

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 144 hits
AwaniSeorang anak dipercayai tergamak memukul memijak menampar dan menyepak ibu selepas enggan memberikan wang berjumlah RM20 bagi membeli dadah Foto Sinar HarianTANAH MERAH Seorang anak dipercayai tergamak memukul memijak menampar dan meny...
Senarai Cawangan Pejabat Ptptn Negeri Kelantan

Senarai Cawangan Pejabat Ptptn Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 223 hits
Untuk penduduk Negeri Kelantan yang memerlukan perkhidmatan berkaitan dengan PTPTN sudah pasti anda mahu tahu alamat lokasi cawangan pejabat PTPTN di Pahang dan juga waktu beroperasi Di setiap cawangan PTPTN anda boleh membuat pembayaran ba...
Politik Seluar Pendek Kepada Lelaki Kelantan

Politik Seluar Pendek Kepada Lelaki Kelantan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 162 hits
Pakai seluar then dikenakan amaran Masing masing mempunyai pandangan dari sudut pemahaman agama yang berbeza Ada merujuk mazhab itu ada yang merujuk mazhab ini Sekiranya Sah Solat dijadikan garis panduan pemakaian muslim di kelantan boleh d...
Kelantan Identifies 15 Locations For Permanent Flood Evacuation Centres

Kelantan Identifies 15 Locations For Permanent Flood Evacuation Centres

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 238 hits
Kelantan has identified as many as 15 locations in the state that are suitable to be used for building permanent evacuation centres to accommodate flood victims in the districts involved State Welfare Family Development and Women s Committe...
Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tengku Che Puan Mahkota Kelantan Sambut Kelahiran Julai Ini

Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tengku Che Puan Mahkota Kelantan Sambut Kelahiran Julai Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 204 hits
Sekian lama menanti Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya Che Puan Mahkota Kelantan Sofie Louise Jahansso mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka Perkhabaran gembira itu dikongs...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025