5 Jenis Rumah Yang Kita Tinggal Dan Asal Usul Istilah Ini


Wujud banyak istilah yang kita gunakan dalam menerangkan bentuk-bentuk jenis rumah yang kita diami sekiranya soalan tersebut diajukan pada kita. Ada yang tinggal di rumah banglo, apartment, kondominium, teres atau rumah flat.

Namun, pernahkah anda bertanya, kenapa kita menggunakan istilah-istilah tersebut dalam menggambarkan bentuk rumah yang kita diami?

Berikut adalah keterangan ringkas asal-usul nama jenis rumah yang besar kemungkinan setiap hari kita gunakan, dalam perbualan kita seharian.

1. Banglo


'Banglo' adalah gelaran yang diberikan kepada rumah sebuah-sebuah yang tidak bersambung dengan mana-mana rumah lain.

Percayakah anda, gelaran 'banglo' berasal daripada perkataan Hindu yang sebenarnya membawa makna 'rumah rekaan Bengali'?

Rekaan awal rumah banglo dipercayai datang daripada kawasan wilayah Bengal di India, menggambarkan sebuah rumah bersifat tunggal, satu tingkat dan kecil.

Penggunaan kali pertama terma 'banglo' secara rasmi digunakan oleh pelayar English yang bertugas dengan Syarikat India Timur bagi menggambarkan rumah mereka sebagai 'bungales.'

2. Apartment


Perkataan 'apartment' berasal daripada perkataan Perancis lama 'appartement' pada abad ke 17, bagi menggambarkan 'sebuah bilik khas yang digunakan oleh individu atau keluarga dalam sebuah rumah'.

Dalam erti kata lain, makna sebenar perkataan itu adalah 'tempat yang terpisah', menandakan beberapa keluarga boleh duduk dalam rumah yang sama, namun mempunyai bilik sendiri di dalamnya.

Perkataan Perancis itu pula diambil daripada perkataan Latin 'adpars' yang membawa makna 'memisahkan.'

3. Flat


Kita kerap kali sebut 'duduk rumah flat' tetapi mengapa kita gelarkan rumah flat, 'flat'?

Perkataan 'flat' ini sebenarnya diambil daripada nama yang digunakan oleh orang Britain, dalam memanggil sebuah 'apartment.'

Orang Britain tidak menggunakan terma 'apartment' kerana mereka lebih gemarkan terma 'flat' yang telah lama bertapak dalam budaya mereka.

Perkataan 'flat' ini sebenarnya datang daripada perkataan Inggeris lama 'flett' yang membawa makna 'sebuah ruang kosong yang besar seperti dewan, lantai atau tanah.'

Perkataan 'flett' ini pula datang daripada perkataan Proto-Jermanik 'flatia' yang membawa makna 'meratakan.'

4. Kondominium


Mesti ramai yang nak tahu kenapa wujud istilah 'kondominium' ini, kan? Perkataan 'condominium' datang daripada gabungan dua perkataan Latin iaitu 'con' yang membawa makna 'bersama' dan 'dominium' yang bermaksud 'kawasan.'

Secara mudahnya, 'condominium' bermaksud 'kawasan bersama' atau 'domain bersama.'

Dalam bahasa Latin asal, beberapa 'condominium' akan digelarkan 'condominia.'

Kebiasaannya istilah 'condominia' digunakan bagi mewakili perkongsian wilayah oleh beberapa kuasa pemerintah.

5. Teres


Perkataan 'teres' atau dalam Bahasa Inggeris 'terrace' berasal daripada perkataan Latin 'terracea'.

'Terracea' membawa makna 'platform' atau 'ruang yang disokong oleh tanah dan perkataan 'terracea' pula berasal daripada perkataan 'terra' yang membawa makna paling asas iaitu tanah.

Pada sekitar abad ke 16, perkataan 'terrace' digunakan bagi menerangkan tentang tanah yang telah ditinggikan, bagi memudahkan orang ramai berjalan seperti di kawasan tanah tinggi di mana permukaannya tidak rata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Fakta Kenapa Harga Rumah Di Malaysia Bukan Mampu Milik!Pelombong Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Batu Permata Tanzanite Terbesar Di Dunia
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/08/5-jenis-rumah-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betapa Menantangnya Bekerja Dari Rumah Saat Kamu Masih Tinggal Sama Orang Tua

Betapa Menantangnya Bekerja Dari Rumah Saat Kamu Masih Tinggal Sama Orang Tua

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 283 hits
Apalagi kalau bapak ibu masih beranggapan jika di rumah itu bukan kerja namanya
Tragedi Beirut Wajah Sugul Penduduk Pulang Ke Rumah Melihat Kemusnahan Tempat Tinggal

Tragedi Beirut Wajah Sugul Penduduk Pulang Ke Rumah Melihat Kemusnahan Tempat Tinggal

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 350 hits
Letupan kuat yang mengegarkan ibu negara Lubnan Beirut pada 4 Ogos lalu menjadi perhatian di seluruh dunia Ianya lebih meruntun jiwa apabila tragedi itu ditengah tengah kekalutan wabak pandemik Covid 19 yang melanda negara berkenaan Susulan...
Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim As Kesayangan Allah Swt

Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim As Kesayangan Allah Swt

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 451 hits
Nabi Ibrahim ialah seorang nabi yang dilahirkan di tengah tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir Beliau adalah anak Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masehi di negeri Mausul Ay...
Rumah Dirusak Warga Besipae Diusir Aparat Saat Tinggal Di Bawah Pohon

Rumah Dirusak Warga Besipae Diusir Aparat Saat Tinggal Di Bawah Pohon

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 352 hits
Beredar rekaman video di media sosial yang memperlihatkan sejumlah anak anak dan wanita histeris dengan suara tembakan peringatan dari aparat Dalam video berdurasi 3 menit 42 detik tampak para wanita cuma berteriak teriak saat aparat gabung...
Hiburan Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Hiburan Suami Pun Lagi Suka Saya Duduk Rumah Falisha Crossley Akui Selesa Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1131 hits
Mengakui semakin mula selesa menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu pelakon Falisha Crossley dedah dirinya langsung tidak kekok jalani perubahan itu Meskipun sudah lama tidak...
13 Ide Kreatif Pembatas Ruangan Untuk Rumah Mungil Satu Ruangan Bisa Disulap Jadi Dua Atau Lebih

13 Ide Kreatif Pembatas Ruangan Untuk Rumah Mungil Satu Ruangan Bisa Disulap Jadi Dua Atau Lebih

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 289 hits
Pas banget diterapkan untuk rumah yang cuma punya 2 kamar tidur serta satu ruangan utama untuk dapur dan ruang tamu
Amalan Memagar Rumah Dengan Ayat Al Quran Boleh Atau Tidak

Amalan Memagar Rumah Dengan Ayat Al Quran Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 777 hits
Amalan memagar rumah bukanlah hal yang asing dalam masyarakat Melayu di Malaysia Malah kita akan lebih kerap mendengar amalan memagar rumah apabila berlakunya gangguan gangguan pelik dan seram ke atas sesebuah keluarga Lalu ustaz akan dipan...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Restoran Tiga Ikan Kl East Mall


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport

Aiskrim Farm Fresh Choco Bar

Kalau Roh Boleh Kembali Ke Dunia Pasti Mereka Akan Minta Satu Perkara Amal Soleh

Angga Dermawan Bimsalabim Chord