5 Jenis Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi



Pelaburan yang tidak akan rugi. Pada saya, terdapat 5 jenis pelaburan yang pasti tidak akan rugi.

Bersedekah
Orang yang melabur dengan cara bersedekah dan menderma pasti tidak akan rugi kerana itu adalah janji Allah. Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki yang akan Allah berikah kepada kita.  Sebagai contoh kita menderma untuk pembangunan sebuah masjid baru, apabila masjid tersebut telah siap dibina dan digunakan, setiap kali orang datang menunaikan solat atau menuntut ilmu di sana pasti kita akan mendapat bahagian pahala. Dan ianya adalah berpanjangan sehingga ke dalam kubur!

Sedekah tidak semestinya banyak. Tetapi sedekah mestilah ikhlas. Jadi jika tidak ikhlas tidak perlu bersedekah, begitukah maksudnya? 
Pastinya bukan begitu yang dimaksudkan. 
Bagaimana kita boleh mengetahui bila kita akan ikhlas? Bagi saya keikhlasan adalah lahir dari hati tetapi keikhlasan adalah sesuatu yang boleh dipupuk.

Satu lagi perkara adalah sedekah tidak semestinya dengan harta / wang / material. Sedekah boleh jadi dalam bentuk ilmu, tenaga dan macam-macam lagi. Sedangkan hanya dengan menuturkan kata-kata yang baik itu telah dikira sebagai satu sedekah. Ada satu cerita, seorang pakcik datang bertemu dengan saya dan meluahkan perasaan, beliau menyatakan hasrat untuk menebas rumput-rumput di tepi-tepi jalan kampung tetapi hasratnya dihalang oleh beberapa pihak. Beliau bukan orang yang berharta tetapi mempunyai tenaga yang kuat untuk berkebun dan menebas rumput, beliau ingin bersedekah dengan tenaga yang beliau ada. Bagi saya hasratnya itu sangat mulia! Saya sendiri tidak mampu menyumbangkan sebegitu banyak tenaga.

Ilmu
Ilmu yang baik jika disampaikan dan diamalkan pasti ganjaran bagi orang yang mengajarnya sangat banyak. Sebab itulah banyak imam-imam dulu mengeluarkan pelbagai jenis buku dan kitab untuk panduan umat sehingga ke hari ini. Cuba bayangkan berapa viralnya pahala ilmu yang mereka dapat. Ilmu juga bukanlah hanya sesuatu yang formal seperti belajar matematik, sains, dan sebagainya. Tetapi juga termasuk semua perkara-perkara yang tidak formal seperti ilmu memasak, menjahit, melukis dan sebagainya. Sebagai contoh tukang jahit yang menjahit baju tempahan. Jika baju yang dijahitnya menutup autrat pasti setiap kali orang memakainya tukang jahit tersebut akan mendapat pahala. Dan apabila diajarkan ilmu jahitan itu kepada orang lain, dan orang lain mempraktikkan juga, saham pahala tersebut tetap akan dapat kepada orang yang mengajarkannya.

Dan amaran juga kepada sesiapa yang mengajarkan sesuatu perkara keburukan seperti mencuri dan sebagainya, kerugian akan berterusan juga dan sukar untuk menebus semula kerugian tersebut.

Wakaf
Wakaf paling mudah adalah berwakaf alquran atau tanah. Setiap kali orang membaca quran yang kita wakafkan pasti kita akan mendapat pahala. Cara paling mudah adalah dengan mewakafkan alquran di masjid atau surau berdekatan  kita.

Satu lagi cara yang unik adalah dengan mewakafkan selipar untuk mengambil wudhuk. Caranya mudah sahaja, sediakan selipar jepun 2 atau 3 pasang di dalam kereta kita. Dan setiap kali kita singgah ke mana-mana surau yang tiada selipar, kita tinggalkan sepasang.

Anak
Anak-anak kita dalah pelaburan terbesar kita. Sehingga jika telah mati pun, kita masih bergantung kepada anak-anak. Ibu bapa akan gembira dengan kejayaan anak-anak, tetapi ibu bapa yang lebih gembira adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dapat mendoakan mereka apabila mereka sudah tiada kelak. Sebenarnya bagi saya, itulah tujuan sebenar sesebuah keluarga dikurniakan anak. Anak adalah pelaburan utama ibu bapa bermodalkan pendidikan dan ilmu dengan harapan anak-anak dapat mendoakan mereka setelah mereka tiada.

Tanam Pokok
Cara ini adalah paling mudah. Tanam apa sahaja pokok buah-buahan dan sekiranya ianya berberbuah dan dimakan binatang atau manusia, ia akan dikira sebagai satu sedekah. Dan selagi poko itu hidup dan berbuah, pasti pahala mengalir laju.

Apa yang saya cuba disampaikan adalah pelaburan bukan hanya bermaksud menambahkan duit di dalam poket, tetapi pelaburan sebenar yang tidak pernah rugi adalah pelaburan akhirat dengan duit yang kita ada





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://simpanuntukkaya.blogspot.com/2017/01/pelaburan-yang-tidak-akan-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Dalam Pelaburan Unit Trust Ini 3 Sebab Utama

Rugi Dalam Pelaburan Unit Trust Ini 3 Sebab Utama

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 303 hits
Ramai pelabur Unit Trust cemas apabila harga unit mereka jatuh Lebih parah apabila ada yang panik dan terus bertindak menjual unit mereka tanpa berfikir panjang
Mitc Bakal Tarik Pelaburan Rm500 Juta Syarikat Multinasional

Mitc Bakal Tarik Pelaburan Rm500 Juta Syarikat Multinasional

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia bakal menarik pelaburan asing RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti minyak tekstil perladangan dan makanan be...
Cara Pelaburan Emas Persoalan Yang Sering Ditanya

Cara Pelaburan Emas Persoalan Yang Sering Ditanya

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 371 hits
Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas org Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat sahabat semua faham teknik pelab...
Pelaburan Matawang Kripto Bitcoin

Pelaburan Matawang Kripto Bitcoin

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 338 hits
Beberapa tahun kebelakangan pelaburan matawang kripto menjadi fenomena baru dunia dan di Malaysia matawang kripto Bitcoin agak ke depan berbanding matawang lain Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan bahawa entri kali ini agak berat dan ter...
Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 559 hits
Sejak anak lahir sampailah besar kuasa pelukan ibu bapa paling power untuk anak anak Mereka ini amanah nombor satu dari Allah untuk kita menjaganya sebaik mungkin Sebab itu kita kena selalu ingat apa saja yang elok untuk anak buatlah yang t...
Hotel Hotel Yang Di Jual Tak Pernah Rugi

Hotel Hotel Yang Di Jual Tak Pernah Rugi

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 333 hits
PH kata hotel hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih syarikat utama TH Hot...
Usd 29billion Rugi Fuhhhh

Usd 29billion Rugi Fuhhhh

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 202 hits
2020 akan menjadi tahun yang sangat mencabar bagi industri penerbangan global berikutan syarikat penerbangan dijangka kehilangan AS 29 3 bilion daripada perolehan penumpang akibat penularan Covid 19 Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekuti...
Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 320 hits
https t me johortimes klik untuk follow kami di Telegram
Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

Harga Emas Pelaburan Rm231 G Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 325 hits
Harga Emas Pelaburan RM231 g Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu Harga emas pelaburan dah mencecah harga tertinggi sejak 7 tahun lalu Ini disebabkan oleh kebimbangan global terutamanya mengenai kesan kes jangkitan coronavirus COVID 19 ke ...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib