5 Inspirasi Coklat Koko Untuk Candy Buffet


Menu dari coklat dan koko pasti memikat selera tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Meja Candy Buffet pastinya disukai kanak-kanak yang dibawa hadir meraikan majlis perkahwinan.
Setelah puas menjamu selera nasi dan lauk pauk, meja candy buffet pasti jadi pencuci mulut yang dicari.Jom ambil inspirasi daripada variasi menu manisan, pastri dan kek yang diilhamkan oleh barisan Chef di The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim.

KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD 1. BITTER CHOCOLATE ÉCLAIR WITH CHOCOLATE GANACHE & PRALINOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan eclair :
125ml susu segar125 air5gm garam112.5gm mentega137.5gm tepung3 biji telurBahan coklat ganache & pralinosa filling :
100 gm coklat gelap (bulat syiling)20gm mentega100gm krim masakan20gm pes hazelnutCARA MEMASAK :
Cara masak éclair:
1. Campurkan susu segar, air, garam ,gula dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih , kecilkan api dan masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan sambil dikacau.
3. Kacau hingga tepung masak dan adunan tidak melekat di periuk.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dimask tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi suam.
5. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul hingga aduan menjadi melekit (sticky).
6. Paipkan adunan di atas dulang dilapik kertas minya dan paip bentuk éclair
7. Masukkan dulang pembakar ke dalam oven dengan suhu 160- 165 C se;a,a 35 minit. Keluar dan ketepikan
Cara masak inti coklat ganache dan pralinosa :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk.
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus ke mentega.
4. Masukkan ke dalam chiller dan biarkan selama satu malam
5. Campurkan pes hazelnut ke dalam adunan yang telah disimpan selama satu malam itu.
Cara penyediaan bitter coklat eclair :
1. Buat lubang kecil di tengah eclair kemudian paipkan inti ke dalam eclair. Pastikan inti tidak terlalu keras atau cair untuk lebih mudah dipaipkan.
2. Celup permukaan eclair dengan coklat gelap yang dicairkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Saiz hidangan : 25 ketul
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pastri lembut cair di mulut dengan inti coklat pralin yang lazat
Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Ketika membakar eclair pastikan ianya betul-betul masak keseluruhannya baru dikeluarkan dari oven. Jika tidak eclair tidak kembang dan menjadi kecut dan leper.
2. DOUBLE CHOCOLATE MOUSSES WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan coklat mousses :
200gm krim masakan240gm coklat gelap kompound20gm gelatin80ml air120gm krim putarBahan coklat ganache :
100gm coklat gelap 61% ( bentuk bulat)20gm mentega100gm krim masakanCARA MEMASAK :
Cara masak mousse
1. Masakkan krim masakan sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat gelap dan kacau hingga cair sepenuhnya,
2. Campurkan gelatin dan air dan kacau hingga sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tuangkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10-15 minit.
4. Pukul krim putar sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan coklat yang sejuk tadi dengan menggunakan kaedah ‘fold in’.
5. Paipkan ke dalam bekas yang ingin digunakan dan simpan dalam chiller selama 30 minit atau sejam.
Cara masak coklat ganache :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap dalam satu mangkuk
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus pada mentega.
4. Paipkan ke dalam bekas adunan coklat tadi.
5. Masukkan ke dalam chiller sekejap semasa suam lagi tuangkan atas mousse.
Saiz hidangan : 22 cawan bekas plastik, 30ml setiap satu
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan Chill
Jenis masakan : Mousse
Keistimewaan : Lembut dan cair di mulut, sedap dimakan sejuk
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Ketika mencampurkan krim putar dan adunan coklat pastikan anda menggunakan cara ‘fold in’ (kaup balik) dan kacau dengan perlahan.
3. ORANGE MARSHMELLOW DIP WITH DARK CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
250gm gula200ml air30gm gelatin70ml air sejuk (dari peti sejuk)20gm perisa orenCARA MEMASAK :
1. Masak air dan gula sehingga suhu 121 darjah celcius.
2. Masukkan gelatin dan air sejuk ke dalam mixer dan kacau hingga tidak berketul.
3. Setelah air dan gula tadi telah siap, tuangkan perlahan-lahan ke dalam mixer (berisi larutan gelatin dan air), pukul dengan kelajuan yang laju.
4. Masukkan perisa oren (flavour) ke dalam mixer.
5. Sediakan satu bekas dan lapik dengan kertas minyak
6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam bekas yang ingin digunakan dan ratakan marshmellow. Kemudian tutup marshmellow dengan kertas minyak di permukaannya.
7. Simpan dalam suhu bilik selama semalam.
Cara hiasan:
1. Potong marshmellow bentuk empat segi.
2. Celup dengan coklat gelap kompound yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Masak atas api
Jenis masakan : Marshmellow
Keistimewaan : Enak dengan rasa oren dan coklat
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Ketika masak gula dan air pastikan suhu tidak lebih dari yang ditetapkan, gula akan menjadi karamel dan marshmellow akan cair jika terlebih suhu.
4. CAKE BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
Bahan lapisan bawah (kek batik):
100gm mentega500gm Milo250gm susu pekat600gm biskut MarieBahan lapisan tengah ( white chocolate mousses):
50gm krim masakan100gm mentega50gm coklat putih10gm gelatin40ml air sejuk500ml krim putarBahan coklat ganache :
100gm coklat gelap20gm mentega100gm krim masakanCARA MEMASAK :
Cara masak lapisan bawah (kek batik) :
1. Cairkan mentega dalam periuk dan masukkan susu pekat, kacau hingga sebati.
2. Masukkan milo ke dalam acuan dan kacau hingga adunan menjadi cair dan tidak berketul.
3. Angkat periuk daripada api dan masukkan biskut Marie yang dihancurkan.
4. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang nak digunakan, tekan hingga menjadi padat dan masuk ke dalam chiller
Cara masak lapisan tengah (white chocolate mousse) :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat putih dalam satu periuk kemudian tuangkan krim yang telah mendidih.
3. Campurkan gelatin dan air sejuk dan kacau sehingga tidak berketul dan kemudian masukkan ke dalam adunan coklat tadi.
4. Masukkan dalam chiller selama 10-15 minit .
5. Pukul krim putar hingga kembang dan campurkan dalam adunan coklat dengan cara ‘fold in’.
6. Tuangkan adunan white chocolate mousses yang telah siap ke atas permukaan kek batik yang telah disejukkan tadi dan kemudian masukkan ke dalam chiller semula.
Cara masak lapisan atas (coklat ganache) :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam mangkuk.
3. Setelah mendidih tuangkan krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati.
4. Tuang atas kek dan jadikan ia permukaan kek.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Masak atas api dan chill
Jenis masakan : Kek dan mousse
Keistimewaan : Tiga lapisan kek, mousses dan coklat yang lembut dan lazat
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Simpan di dalam chiller selama satu malam agar ketiga lapisan tidak mudah tertanggal atau lekang.
5. DOUBLE CHOCOLATE MINI TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart :162gm mentega92gm gula245gm tepung10gm serbuk kokoBahan coklat ganache :
100gm coklat gelap (bentuk bulat), 61% koko20gm mentega100gm krim masakanCARA MEMASAK ;
Cara masak doh :
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak perlahan-lahan dalam mixer.
3. Gaul sehingga adunan menjadi doh.
4. Setelah selesai doh perlu direhatkan, keluarkan doh dari mixer dan simpan di dalam chiller selama 30 minit.
5. Letakkan doh yang telah disejukkan ke dalam acuan tart yang hendak digunakan.
6. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180-185 darjah Celcius. Selama 20-25 minit.
7. Setelah tart shell (kulit tart) selesai dibakar , biarkan ia sejuk.
8. Paipkan coklat ganache yang telah disimpan satu malam ke dalam tart tersebut.
9. Hias coklat tart mengikut citarasa anda.
Cara masak coklat ganache :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk.
3. Setelah mendidih masukkan krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati.
4. Letakkan ke dalam chiller selama semalam.
Saiz hidangan : 18 biji
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Chill (didinginkan)
Jenis masakan : Tart
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat , sesuai citarasa penggemar coklat
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Untuk mendapat bentuk tart yang cantik, letakkan pemberat di permukaan tart shell sebelum membakar.
RESIPI : KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KUALA LUMPUR, Batu 5, Jalan Klang Lama, KL. www.pearl.com.my
FOTO : AZFARINA SULAIMAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/5-inspirasi-coklat-koko-untuk-candy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Manisan Candy Buffet Ilham Hebat Dari Hotel The Pearl Kl

5 Manisan Candy Buffet Ilham Hebat Dari Hotel The Pearl Kl

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 366 hits
Manisan pana cotta muffin dan bikut memang sedap makan setelah puas menikmati hidangan berempah majlis perkahwinan Sekiranya anda masih mencari menu sesuai untuk Candy Buffet majlis perkahwinan anak atau rakan jom semak lima resipi hebat da...
Nougat Candy Sedap Tapi

Nougat Candy Sedap Tapi

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 367 hits
Eh lupa pula ada dapat Nougat candy ni Dah simpan awal awal dalam peti ais sampai lupa nak bawa keluar ambil gambar Dah lama rasanya teringin nak rasa nougat candy ni sebab katanya sedap Diperbuat daripada susu unta dan dicampurkan dengan p...
Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 573 hits
Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Lembaga Koko Malaysia yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekoso...
Chu Char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C Est Si Bon

Chu Char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C Est Si Bon

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 515 hits
Chu char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C est Si Bon Di Vouk HotelC est Si Bon restoran di vouk hotel menawarkan Chu Char Ikan Bakar Semi buffet Dinner di Vouk hotel yang memperlihatkan pelbagai makanan lazat yang dibuat dari makanan laut...
Spanish Buffet Dinner Di Cafe Bld Renaissance Jb

Spanish Buffet Dinner Di Cafe Bld Renaissance Jb

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 479 hits
Spanish Buffet Dinner di Cafe BLD Renaissance JB Mencari Makanan Spanish di Johor Bahru umi cadangkan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Untuk Buffet Dinner di Renaissance setiap bulan The post appeared first on
Hi Tea Buffet Poolside Di The Grand Renai Kota Bharu

Hi Tea Buffet Poolside Di The Grand Renai Kota Bharu

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 740 hits
Hi Tea Buffet Poolside di The Grand Renai Kota Bharu October Trip kali ni aku dan family ke Kota Bharu memandangkan cuti sekolah agak lama iaitu Jumaat hingga Selasa Tahun ni cuti bersempena perayaan Depavali 5 hari Memang best kalau plan h...
Buffet Seafood Di Warung Kak Eta Kuala Perlis

Buffet Seafood Di Warung Kak Eta Kuala Perlis

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 299 hits
Kuala Perlis Perlis memang terkenal dengan seafood segar dan murah Banyak betul Kedai Seafood yang dibuka disini Kami di Kedah kalau nak merasai ikan bakar memang akan ke Kuala Perlis terutama di Medan Selera Ikan Bakar atau KOMA berhampira...
Meh Makan Johor Food Buffet Promotion

Meh Makan Johor Food Buffet Promotion

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 490 hits
Assalamualaikum SEPANJANG hujung minggu pada bulan November ini MEH MAKAN Masakan Johor bersama keluarga dan sahabat handai di Restoran Cinta Terrace Pulai Springs Resort Johor Bahru Kali ini Chef Ronny Koh akan membawakan citarasa asli mas...
Muzium Coklat Beryl S

Muzium Coklat Beryl S

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 282 hits
Assalammualaikum Dunia Dah masuk kilang coklat Beryl s kan Kita pi jelajah apa yang ado kat sane Acah Acah tourism Kate nyer Dak ayin Dak abang Cerita banyak tak mo Jom tengok gambau yer Ini adalah biji koko yang telah dikeringkan yer kengk...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024

Sophia Liana Mahal Chord

Beratnya Tantangan Rusaknya Moral Dari Luar Dan Dalam By Dr Hm Rakib S

Euro Berjaya Melepasi Cabaran