5 Doa Hadapi Musibah Wabak


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW apabila baginda diajukan suatu masalah maka baginda akan segera menunaikan solat. (HR. Abu Daud dan Ahmad daripada Hudzaifah bin Yaman RA)

Sabar dalam hal ini boleh ditumpukan kepada dua keadaan, iaitu sabar dalam rangka meninggalkan berbagai perkara haram serta dosa dan bersabar dalam menjalankan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT.

Kata sebahagian ulama, ini bermakna bersabar dalam bentuk yang kedua adalah lebih banyak pahalanya dan itulah sabar yang lebih dekat kepada keredaan Allah iaitu untuk mendapatkan kemudahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia juga boleh menjauhkan bala bencana dan wabak penyakit.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: “Sabar ada dua bentuk: bersabar untuk Allah dengan menjalankan apa yang Dia cintai walaupun berat bagi jiwa dan tubuh badan. Dan bersabar kerana Allah dari segala yang Dia benci walaupun keinginan nafsu menentangnya. Sesiapa yang keadaannya seperti ini, maka dia termasuk daripada golongan orang yang sabar yang akan selamat.”

Antara beberapa doa untuk mendapatkan kemudahan :
Daripada Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW, apabila menghadapi suatu masalah, beliau berdoa,
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
‘Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), hanya dengan rahmat-Mu saja, saya meminta pertolongan’.” (HR. al-Tirmidzi no. 3524)
 Doa Nabi Yunus saat berada di perut ikan:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’: 87).

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA berkata, Nabi SAW bersabda, “Doa Nabi Yunus taatkala ia berada di dalam perut ikan: Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang berdoa kepada Rabb-nya dengan doa itu dalam keadaan apapun kecuali Allah akan mengabulkan untuknya.” (HR. al-Tirmidzi no. 3505)
 Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca:

 بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]
 Daripada Abu Hurairah RA berkata: Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
‘(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)’ nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudaratkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]
 Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Rasulullah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
‘(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)’.” [Riwayat Abu Daud (1554)]
Moga Allah SWT melindungi kita semua dari penyakit yang berbahaya ini dengan izin-Nya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW jua. Amin

sumber
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohdnoorshawal.com/2020/03/5-doa-hadapi-musibah-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Doa Yang Dipanjatkan Soekarno Usai Proklamasi Tapi Belum Terkabul

Ini Doa Yang Dipanjatkan Soekarno Usai Proklamasi Tapi Belum Terkabul

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 123 hits
Usai membacakan teks Proklamasi pada 17 Agustus 1945 Bung Karno lalu memanjatkan doa untuk bangsa Indonesia Seorang warganet pegiat sejarah menemukan bahwa ternyata ada sebuah doa yang masih belum terkabul hingga saat ini Sebuah akun Twitte...
Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 2126 hits
1 Muharram 1442H 20 Ogos 2020 Jadi hari Khamis adalah cuti umum seluruh Malaysia Tahun ni tema Maal Hijrah bertemakan Negara Rabbani Negara Harmoni Jangan lupa kita baca sama sama doa awal tahun dan akhir tahun Doa ni tidaklah wajib Tapi le...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 408 hits
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Selamat tahun baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1442 Pagini KakYa nak kongsikan Doa Akhir Dan Doa Awal Tahun Hijrah buat pembaca blog KakYa Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kalian semua Insya...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Haramkah Membacanya

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Haramkah Membacanya

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 380 hits
Terbaca di beberapa blog dan forum baru baru ini memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid ah yang jelas haram di sisi Islam Benark...
Doa Daripada Orang Hidup

Doa Daripada Orang Hidup

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 277 hits
Doa daripada orang hidup Doa daripada orang hidup adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Doa daripada ora...
Pas Akan Hadapi Dilema Jika Umno Ppbm Bertembung

Pas Akan Hadapi Dilema Jika Umno Ppbm Bertembung

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 320 hits
September 6 2020 PETALING JAYA Penganalisis politik menjangkakan PAS akan menghadapi dilema sekiranya percakaran Umno dan PPBM membawa kepada pertembungan terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang Azizuddin Mohd Sani dari Universi...
Doa Hut Ri Aa Gym Bicara Soal Merdeka Hingga Soroti Sosok Ini

Doa Hut Ri Aa Gym Bicara Soal Merdeka Hingga Soroti Sosok Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 304 hits
Kiai Haji Abdullah Gymnastiar alias Aa Gym menyoroti sosok yang menuhankan nafsu dan duniawi dalam ucapannya saat HUT Kemerdekaan RI Menurut Aa Gym kemerdekaan adalah amanah yakni bagaimana masyarakat mengisinya Aa Gym mengatakan kemerdekaa...
Doa Untuk Elakkan Serta Menghilangkan Sifat Malas

Doa Untuk Elakkan Serta Menghilangkan Sifat Malas

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 596 hits
Doa untuk elakkan serta hilangkan sifat malas Kadang kala sifat malas boleh menyinggah dalam diri kita Manusia tiada yang sempurna Tetapi jika dibiarkan ia berlarutan kita berada dalam kerugian di dunia dan juga akhirat Sifat malas ini ada ...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk