5 Cerita Di Sebalik Secawan Kopi Nombor 3 Akan Buat Korang Termalu Sekali


Kata Savi Sharma, “Setiap orang mempunyai cerita tersendiri sama ada tertulis di dalam buku atau terbuku di dalam hati.”
Setiap kisah yang berbeza memberi pengajaran yang tersendiri. Kali ini, kami akan kongsikan 5 kisah santai di sebalik secawan kopi untuk menemani hari anda. Jom baca!
1. Orang Yang Marah Selalu Rugi Ting! Papan LED di kafe itu menunjukkan angka giliran 0321. Masih ada 6 orang beratur di hadapan Adya. Taklah ramai mana, tapi dia rasakan masa menunggu lebih lama dari biasa. Dah 20 minit dia menunggu.
“Kenapa lama sangat? Bancuh air je pun,” omel seorang wanita sambil terjenguk-jenguk ke hadapan barisan.
Tak terhenti di situ, dia cuba menarik perhatian dengan meninggikan suara, membuatkan orang lain terganggu.
“Kalau korang lambat sangat buat kerja, aku pergi sekarang dan bagi review buruk kat kafe ni,” kata wanita itu kepada barista separa menjerit.
“Maaf puan, mohon bersabar, kami cuba yang terbaik untuk siapkan pesanan pelanggan terawal dahulu,” kata salah seorang barista, tenang.
Geram kerenahnya tidak dipenuhi, wanita itu pergi dari situ dengan wajah mencuka. Lelaki di hadapan sekali kelihatan serba salah dan memohon maaf kepada orang ramai di belakangnya.
Tak lama kemudian, lelaki itu pergi dengan membawa beberapa cawan minuman, mungkin untuk rakan-rakan sepejabatnya. Serba salah buatkan orang lain ternanti-nanti, dia membayar sejumlah wang minuman bagi semua pelanggan yang beratur selepasnya.
“Kalaulah auntie tadi sabar menunggu.. ” fikir Adya di dalam hati sambil meneguk IT’S Teh Tarik Gula Melaka percuma.
“Sedapp.”

2. Cafephobia Hujan renyai-renyai malam ini. Alex meneguk kopi segera IT’S Long Black coffee dalam cawan kertas berwarna merah. Melihat air bersisa di dalamnya, lelaki itu tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepala.
Hari ini, tamat sesi persekolahan, Alex pulang ke rumah dan mendapati semua ahli keluarganya belum pulang. Disebabkan dahaga, dia terus ke dapur dan menuang lebihan kopi, minuman harian keluarganya ke dalam cawan.
“Ni mesti kopi tengah hari tadi. Dah sejuk. Ah, tak apalah,” katanya di dalam hati.
Sambil meneguk minuman itu, rasa bosan menjengah fikirannya. Tiba-tiba, dia terpandang bekas gula dan mendapat satu idea nakal.
Dia mengambil garam kasar lalu mencampurkannya ke dalam bekas tersebut. Dia tahu risiko kenakalannya, tapi.. saja.
Malam itu, Alex dan adik beradiknya menonton televisyen di ruang tamu. Sesekali langsir terselak ditiup angin luar menandakan hujan akan turun. Kedua-dua ibubapa mereka pula sedang mengopi di dapur seperti hari-hari lainnya.
Gambar hiasan. (Kredit: Gracea Campbell) Tiba-tiba, kedengaran suara si ayah memanggil seorang demi seorang ke dapur. Suara tegas bekas tentera itu jelas menunjukkan sesuatu yang menakutkan akan berlaku.
Abang, kakak dan adiknya telah dipanggil untuk soal siasat, mereka semua tidak mengaku menjadi dalang di sebalik kopi masin itu. Kini giliran Alex. Disebabkan semua orang telahpun menafikan, dia tiada jalan untuk berhelah.
Dia menghulurkan tapak tangan, sedia untuk dirotan. Namun si ibu menghulurkan satu mug kopi kaw untuknya. Eh?
“Minumlah,” kata si ibu. Alex teragak-agak, tapi kerana ketakutan, dia terus meneguk kopi tersebut.
“Bluerkk!” Kembang tekaknya. Nyaris termuntah. Dia memandang ayah dan ibunya untuk meminta simpati.
“Habiskan. Kamu mesti bertanggungjawab,” ujar si ayah, tegas.
Malam itu merupakan mimpi ngeri baginya. Habis kosong perut selepas memuntahkan kopi diminumnya. Serik.
Sejak hari itu, bau sahaja kopi, dia akan merasa loya dan kembang tekak. Dia berjanji itu kopinya yang terakhir. Sehinggalah dia menemui kopi yang sedang dipegangnya itu. Nostalgik.

3. “Itu Air Saya” Anis pergi ke perhentian bas seorang diri sambil memegang kopi IT’S Cappucino with Choco Topping yang baru dibelinya. Bosan menunggu bas sendirian, dia melayari media sosial. Refresh, refresh, tiada berita baru.
Seorang lelaki datang kemudian duduk di sebelah kanannya sambil menatap telefon pintar. Masing-masing khusyuk dengan gajet sendiri.
Tiba-tiba, dari ekor mata, Anis terlihat lelaki itu meneguk kopi dari cawannya.
“Biar betul mamat ni, tak malu minum air aku,” kata Anis dalam hati. Setelah mengumpul keberanian, Anis menegur lelaki itu.

“Encik, maaf, tu air saya,” kata Anis.
Lelaki itu mengangkat wajah dengan kehairanan, ditenungnya Anis atas bawah kiri kanan lalu berkata,
“Ouh, kalau macam tu, kopi sebelah kiri awak tu siapa punya?”
“???”
Gambar hiasan. 4. Jar of life Dewan kuliah yang bising menjadi sepi apabila melihat seorang pensyarah melangkah masuk dengan membawa beberapa barang di tangannya; bola tenis, bola pingpong, batu kerikil, serbuk kopi dan dua buah balang. Pelik.
Sambil diperhatikan para pelajar, dia memasukkan serbuk kopi, diikuti batu kerikil, bola pingpong dan bola tenis ke dalam balang yang dibawanya.
“Saya ingin kalian lihat, adakah balang ini masih ada ruang kosong?” katanya sambil mengangkat tinggi bekas tersebut.
“Ya, masih ada ruang kosong antara bola tu,” jawab beberapa pelajar.
Kemudian, pensyarah itu mengisi balang kedua dengan bola tenis, bola pingpong, batu kerikil dan diakhiri dengan serbuk kopi lalu bertanya soalan sama kepada pelajarnya.

“Masih ada ruang kosong?”
“Mampat prof.”
Sambil tersenyum, pensyarah itu menjelaskan, “Beginilah kehidupan.”
“Kalau kita asyik utamakan benda kecil, kita akan sukar untuk fokus perkara besar seperti mana saya tekan bola ke dalam bekas yang dipenuhi serbuk kopi dan batu kerikil tadi.
“Tapi, bila saya memasukkan bola ke dalam balang terlebih dahulu, saya boleh memasukkan serbuk kopi dan penuhi ruang di dalam balang dengan mudah.
“Bila kita fokus perkara penting, perkara kecil akan menyusul. Hidup akan lebih mudah,” kata pensyarah disusuli anggukan pelajar.
5. Tak perlu kaya untuk bahagia Dah lima bulan bergraduasi, Aiman masih mengganggur walaupun telah beratus resume dihantarnya. Atas nasihat bapanya, dia mengambil keputusan belajar sesuatu yang baru, yang tidak pernah dia lakukan sebelum itu.
Setiap kali hujung minggu, dia akan membeli dua cawan kopi untuk dirinya dan orang lain. Dia ingin mendekati individu dari pelbagai latar belakang di kampungnya untuk mempelajari sesuatu dari setiap orang yang ditemuinya.
Suatu hari, dia terlihat seorang lelaki menemani anaknya bermain di padang. Dia mendekati si bapa dan memberi secawan kopi kepada lelaki itu dan mengajaknya berbual.
“Seronoknya dorang bermain,” kata Aiman, terhibur melihat telatah mereka.
“Budak-budak, tak ada masalah nak difikir,” kata si bapa tersenyum ke arah anaknya yang sedang berlari-lari menuju ke arah mereka berdua.
Kebetulan, ada sebungkus gula-gula di dalam poket Aiman. Dia menghulurkannya kepada kanak-kanak tadi.
“Yeay, dapat gula-gula! Terima kasih pakcik,” ujar kanak-kanak itu riang.
Gambar hiasan. (Kredit: Flickr/Dave_S) “Mudah terhibur,” fikir Aiman dalam hati sambil tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tersenyum hingga ke telinga.
Ketika itu, Aiman sedar; untuk bahagia tak semestinya memerlukan harta yang banyak. Cukup dengan mensyukuri apa yang kita ada, seperti kanak-kanak tadi yang cukup gembira hanya kerana satu gula-gula.
Kebahagiaan bermula dari dalam diri kita sendiri.
“IT’S with you,” fikirnya sambil menghirup sisa IT’S Matcha Latte dengan Nata de Coco miliknya.

Oh ya, bercerita tentang kopi, apa kata korang cuba IT’S Series yang terbaru?
Jangan risau, IT’S Series ni didatangkan dengan 5 perisa baru yang bukan semata-mata kopi, tapi ada minuman lain untuk korang yang kurang minum kopi.
Kalau korang ‘hantu kopi’, korang wajib cuba IT’S Flat White Extra Shot, Cappucino Choco Topping dan Long Black Extra Shot.
Bagi yang tak berapa minum kopi pula, Teh Tarik Gula Melaka dan Matcha Latte Nata de Coco mesti akan buatkan korang jatuh hati. Yummy!
Sudahlah sedap, harga pula cukup murah berbanding kopi lain iaitu RM 4.80 sahaja!
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan IT’S Series di Shopee dan mana-mana cawangan 7-Eleven berhampiran anda. Dann, sekarang ni ada promosi BELI 10 PERCUMA 2 tau kat Shopee. Jangan lepaskan peluang!
Korang juga boleh jenguk Facebook dan Instagram rasmi IT’S Series. Manalah tahu IT’S akan buat promosi atau bagi hadiah kat korang macam mereka yang bertuah ni.
IT’S with you.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/14/5-cerita-di-sebalik-secawan-kopi-nombor-3-akan-buat-korang-termalu-sekali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semarakkan Sail Nias 2019 Kemendes Pdtt Gelar Festival Kopi Nusantara

Semarakkan Sail Nias 2019 Kemendes Pdtt Gelar Festival Kopi Nusantara

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 263 hits
Festival ini akan berlangsung selama empat hari mulai tanggal 11 14 September 2019 di Area Taman Ya ahowu Kota Gunungsitoli
6 Pengganti Kopi Yang Bisa Memberimu Suntikan Semangat Di Pagi Hari

6 Pengganti Kopi Yang Bisa Memberimu Suntikan Semangat Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 184 hits
Walau konsumsi kopi ini merupakan hal yang sudah menjadi kebiasaan namun tak ada salahnya mencoba alternatif lain Pilihan konsumsi atau hal lain bisa jadi pilihan bagimu selain konsumsi kopi di pagi hari
Kopi Sehat Seberapa Sehat Is It

Kopi Sehat Seberapa Sehat Is It

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 220 hits
Meskipun masih ada beberapa orang akan pod efek merek Reishi instan tetapi merasakan tongkat uap otomatis Pembuat ini berfungsi dengan mendorong udara pelupa kopi dan kantor tidak dapat hidup di lingkungan yang basa Mesin super otomatis san...
Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Makanan Sedap

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 782 hits
hai assalammualaikumLuckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap Pertama kali rasa kopi yang betul betul KAW Tak manis rasa kopi tu memang asli Makanan pulak sedap dengan suasana yang santai Hah tu la kedai makana...
Bagaimana Idea Kafe Kopi Biasa Bertukar Menjadi Start Up Bernilai Billion Dollar Di Malaysia

Bagaimana Idea Kafe Kopi Biasa Bertukar Menjadi Start Up Bernilai Billion Dollar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 375 hits
Airwallex merupakan bisnes yang diasaskan oleh Xijing Dai Lucy Liu Jack Zhang dan Max Li Pada mulanya Jack Zhang dan Max Li mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain daripada pekerjaan mereka yang sedia ada
Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 637 hits
Siapa pemnat tegar kopi atau mereka yang suka berkunjung ke warung kopi Tentu korang terfikir susahnya nak cari warung kopi yang padu dan halal di tengah bandar Kuala Lumpur ni Dari luar nampak macam santai dan memang style kampung Bila mel...
Modus Selundupkan Ganja Dalam Kemasan Kopi Robusta Dibongkar Polisi

Modus Selundupkan Ganja Dalam Kemasan Kopi Robusta Dibongkar Polisi

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 202 hits
Namun tersangka sepertinya kurang jeli Di bawah juga tertulis Gayo Coffee Aceh Robusta Pasalnya di dataran tinggi Gayo tidak diproduksi kopi robusta tetapi lebih dikenal tempat produksi kopi arabika yang sudah dikenal hingga ke mancanegara
Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka

Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 410 hits
Anak nombor dua memang sering dipandang bermasalah banyak karenah dan mempunyai personaliti yang agak berbeza daripada anak anak yang lain Namun sebagai ibu bapa jangan pernah memandang mereka dengan pandangan yang lain kerana setiap anak a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner