5 Cara Naikkan Semangat Menulis Blog
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Cara Naikkan Semangat Menulis Blog | Dilema seorang blogger... Bila masa pegang telefon atau komputer nak tulis entry, waktu tu lah takde mood dan idea. Tapi bila waktu sibuk... Waktu tak de depan komputer atau laptop, waktu tu idea mencurah-curah kadang.
MF selalu alami dilema tu... Ada kala tu... Mood dan idea hilang serentak...
Ada juga yang idea ada, tapi mood nak tulis yang tiada... Semangat yang hilang jadinya.
Memang dilema betul...
Disebabkan dilema ini... Blog terabai dan serabut... Kadang berminggu baru nak update.. Bahkan kadang hilang terus dari radar... Hehe...
Jadi, MF cubalah kongsikan beberapa cara MF buat untuk naikkan semangat berblog.
5 Cara Naikkan Semangat Menulis Blog
5 Cara Naikkan Semangat Menulis Blog
1. Betulkan niat
Betulkan semula matlamat kita menulis Blog. Untuk apa dan kerana apa kita berblog. Jika kerana minat, jarang kita nak abaikan benda yang kita minat kan. Kita akan usaha juga untuk pastikan blog kita tak 'berhabuk'.
Kalau berblog untuk dapatkan duit.. Tetap kena maintain kan blog. Jangan update entry berbayar je. Takde job takde entry... Itu akan membunuh industry blog.
Orang bayar kita untuk tulis blog, sebab yakin dengan kekuatan blog kita... Jadi kena maintain kan juga page view... Kena mantapkan SEO blog selain guna media sosial yang lain kan.
Jadi, betulkan niat... Tetapkan matlamat kita berblog. Apa kejayaan yang kita nak dalam berblog. Dan untuk apa kita berblog..
2. Tukar template
Bila dah betulkan niat tu, cuba tukar template... Carilah template yang sesuai ikut citarasa kita. Banyak sangat template yang cantik, responsive dan seo friendly dan up to date Sekarang ni.
Cari, download dan tukar lah.. Mudah sangat... Ikut je tutorial yang diberi dalam setiap template yang kita download.. Ada tersedia....
Kalau tak reti sangat boleh sahaja upah orang untuk buatkan... Asalkan ianya dapat tengok blog kita cantik, kemas dan sejuk la mata memandang kata orang.
3. Bercuti
Bercuti lah sekali sekala... Tapi bila bercuti kita jangan tinggalkan Blog terus.. Sebab nanti lagi lemau nak update.
Pastikan dalam handphone ada simpan gambar yang sesuai supaya kita boleh update Blog bila-bila masa sahaja. Boleh juga guna aplikasi yang kita rasa ok untuk update Blog dengan pantas.
Kalau blog yang niche lifestyle lebih luas penulisannya.
Jadi, bercuti kita akan dapat banyak idea... Boleh tulis pengalaman bercuti, Review hotel atau restoran atau ke mana sahaja atau apa aktiviti kita buat sepanjang bercuti.
4. Berblogwalking
Berjalanlah ke blog orang lain. Bila kita tengok blog orang lain, insha Allah.. Sedikit sebanyak akan bertambah idea dan mood... Bila blog orang lain cantik dan kemas... Insha Allah... Kita juga teruja nak begitu.
5. Semak statistik blog
Semak lah statistik Blog kita sama ada secara berkala atau sekali sekala.
Check ranking alexa dan letakkan target berapa kita nak... Bila ada target tidak akan malas dan cuba lawan rasa mood tak baik untuk update Blog tu.
Boleh juga semak di Google analytics Dan lain-lain... Lepas tu bandingkan pencapaian kita antara hari, minggu atau bulan.
Itulah yang MF cuba buat untuk kekalkan mood berblog. Kalau boleh memang setiap hari MF akan cuba update paling kurang 1 entry. Kalau rasa takde idea sangat memang cubalah update gambar dan buat caption ringkas...
Moga terus datang semangat tu. Idea MF untuk menulis tak pernah kering... Cuma kekangan masa dan menguruskan anak tu buatkan masa terhad.
Tambah dengan usia yang bertambah.. Haii... Terasa bila penat tu... Nak tidur je...
MF biasanya akan pastikan waktu pagi lah untuk update sekurang-kurangnya 1 entry... Kalau pagi tak sempat waktu malam... Kalau tak update 1 entry rasa macam tak best je...
Moga perkongsian pengalaman dan sedikit ilmu ni boleh meningkatkan minat, semangat dan mood untuk menulis blog...
Semoga bermanfaat...
P/s: Teringin nak lihat masa kegemilangan blog macam dulu... Hmmmm....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/04/5-cara-naikkan-semangat-menulis-blog.html