5 Cara Mudah Tambah Selera Makan Anak


Hi korang! Assalammualaikum. 
Okay aku paham, nak menambat selera anak-anak ni memang susah. Macam -macam perangai dan alasan diorang akan bagi untuk melarikan diri tatkala kau start cakap, 'jom makan?' 
Sama lah struggle aku nak bagi Aqilah suka makan dan tak memilih makan. Sekarang ni Aqilah dah 6 tahun, dan dia dah start choosy gila. Masa dia umur 2-4 tahun macam tu, senang sangat nak ajar dia makan memang tak memilih. Later aku akan bagi tips macam mana aku berjaya buat Aqilah suka makan. Tapi sekarang dah dewasa sikit ya,tiba-tiba perangai memilih datang balik. Setiap kali nak makan, dia hanya request TELUR GORENG je kadang-kadang tu nasi kosong je weh hancur hatiku sebagai seorang mak yang melahirkan ha mula lah ni nak drama penat Mummy lahirkan Aqilah kenapa Aqilah buat Mummy macam ni T__T
Kalau Din, dia memang menurut aje lah anak dia nak makan hari-hari telur dengan kicap je sampai tingkatan 5 pun takpe sebab senang dah malas nak nego. Itu lah lelaki, tapi sorry lah Mummy ni berjantina perempuan, kamu ingat perempuan ada masa untuk sakit kepala ke? JAWAPANNYA BANYAK YA MASA NAK SAKIT KEPALA! Aku tak boleh dan pantang bila ada makanan banyak last-last Aqilah mintak goreng telur, HELLO PENAT MUMMY STUDY VIDEO KHAIRULAMING HARI-HARI pastu anak kau "Aqilah nak nasi kosong dengan telur" mendidih telinga oi!

________

Tapi, lepas aku guna 5 cara di bawah kat Aqilah, Alhamdulillah nampak perubahan besar kat selera makan dia.


5 Tips Tambah Selera Makan Anak 1. Mandikan anak dengan daun kucai Cara ni mula-mula aku ingatkan scam tau. Sebab apakah kena mengena kucai dengan tambah selera makan anak? Yang aku tau selama ni kucai hanya untuk di potong kecik-kecik masuk dalam kotiaw goreng atau buat cucuq. So bila aku study rupanya kucai ada banyak khasiat.Contohnya seperti tinggi dengan vitamin B dan C yang boleh bantu tambah selera makan anak. Selain tu, daun kucai ni boleh bunuh kuman dan bakteria serta mencantikkan peredaran darah.

So cara ni adalah dengan kau kena basuh bersih daun kucai tu dan rendam dalam air. Masa mandi, mandi je macam biasa lepas tu bilasan terakhir mandikan dengan daun kucai. Ada juga yang rebus dulu daun kucai tu, then air tu terus buat mandi bilasan terakhir.


2. Berhentikan minum susu formula kepada anak bermula umur 2 tahun   Yang ni kontroversi. Sebab masa Aqilah 2 tahun, aku bagi dia fresh milk je pun asyik kena kecam cakap takde khasiat. Tambah-tambah Aqilah ni jenis kurus macam mak bapak dia, pun orang dok cakap kesiannya anak aku kursus AMENDEE KURSUS, KURUSS KURUSSSS dan dok pertikai kenapa aku tak bagi susu formula supaya anak gemuk. Entah la kenapa norma orang suka nak tengok budak gemuk-gemuk ni, kurus kalau sihat apa salahnya? Lagi satu kalau anak aku gemuk mana aku larat nak dukung, kau nak tolong dukung ke sis? T_T

Lagi satu the reason kenapa aku stop susu formula kat Aqilah sebab aku nak dia rasa lapar dan dia appreciate makanan. Bukan asyik menyusu. Sebenarnya cara aku ni berkesan, memang Aqilah tau macam mana rasa lapar dan minta makanan. Stage ni dari umur 2-3 tahun, Aqilah tak memilih, dia bedal je apa aku bagi so yes, langkah ni sangat berkesan.

Korang boleh baca penjelasan Dr Suriya kat bawah pasal stopkan susu formula kat anak pada umur 2 tahun.  




Macam mana cara aku berhentikan Aqilah susu formula? Ni pun sekejap je masa nak stop kan Aqilah minum botol susu. Pada satu hari masa Aqilah nak tidur, aku cakap botol susu dia hilang. Lalu aku ganti dengan fresh milk kotak / tuang dalam cawan. Alhamdulillah Aqilah redha dan senang je nak stopkan, terus lepas tu dia minum fresh milk je.


3. Bagi supplement yang ada 'lysine' untuk tambah selera makan anak Lysine dalam vitamin ni adalah salah satu bahan yang boleh buat anak tambah selera makan tau. So kalau korang nak beli vitamin, cari yang tulis ‘with lysine’. Yang ni ada je yang budak yang makan naik selera makan, untuk Aqilah aku tak pasti adakah dia naik selera makan sebab ni juga atau sebab perkara nombor 2 aku tulis kat atas, since dah cuba macam-macam cara kan. Aku beli brand appeton yang ni :




4. Makan sekali dengan anak dan buat aktiviti semasa makan Okay yang ni memang wajib ya. Sebab kalau kau biar anak kau sorang makan dan makan pun dalam mode berkabung mesti lah anak kau pun taknak makan. So apa yang aku buat, bila aku goreng sayur, aku akan sama-sama makan dengan dia dan setiap kali aku makan aku akan kunyah kuat-kuat nak kasi dengar the crunchy-ness of the sayur. Ala, macam video ala-ala ASMR kat youtube yang pakai mic tu. Kau kalau nak fefeeling youtuber boleh lah buat ASMR sesama dengan anak guna mic karaoke kat rumah. Selalu nya aku guna sayur kacang buncis, tu paling best makan bunyi-bunyi so Aqilah pun excited nak makan jugak dan kunyah kuat-kuat kasi bunyi. So far kacang buncis memang favorite anak aku lah sampai sekarang.  
5. Tunjuk gambar budak yang kebulur tak dapat makan kat negara luar Ni lah dia cara yang paling saiko aku rasa. Haha. Aku dapat idea ni pun dari kawan aku kat facebook yang ada masalah anak picky eater. So macam biasa lah ada satu hari tu Aqilah bisik kat telinga aku (dia akan bisik bila dia tau  dia nak buat benda yang aku akan bebel)— ‘Mummy, boleh tak Aqilah nak makan nasi kosong je?’ Hah, aku apa lagi. Masa tu aku terus google gambar budak yang kebulur tak dapat makan kurus kering tunjuk kat Aqilah,
  
Masa Aqilah tengok ni muka dia berubah terus dia takot. Aku cakap, 
“Aqilah tengok ni, kesian dia tak dapat makan. Dia takde makanan, lama-lama badan dia kurus kering macam ni. Aqilah nak makan nasi je lauk taknak, nanti nak ke jadi macam ni? Kurus kering tinggal tulang?”
Dia geleng kepala. Terus cakap, 
“Mummy boleh tak nak makan nasi dengan ikan?”





Tengah makan sorang-sorang dengan tekun nasi bersama ikan. Teknik paling mudah dan berjaya guys.

*Mummy flips tudung*
 Bye!
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hannamaruku.com/2020/05/5-cara-mudah-tambah-selera-makan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Ni Cara Nak Ayam Golek Sedap Berkilat Ketika Panggang Anak Anak Makan Berebut

Rupanya Ni Cara Nak Ayam Golek Sedap Berkilat Ketika Panggang Anak Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1191 hits
Anak anak mana yang tidak suka makan ayam lebih lebih ayam goreng Apa kata ubah kelainan rasa yang lebih menyihatkan buat anak anak dan suami di rumah dengan menyediakan ayam golek pula untuk juadah berbuka petang ini Resipi air tangan ibu ...
Resipi Ayam Buat Anak Yang Cerewet Makan Mudah Dan Simple Anak Pasti Suka

Resipi Ayam Buat Anak Yang Cerewet Makan Mudah Dan Simple Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 421 hits
Menurut penyelidik bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru Sebagai ibu bapa bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jeni...
Anak Tak Selera Makan Minum Susu Selalu Meragam Mungkin Jangkitan Kencing Kotor

Anak Tak Selera Makan Minum Susu Selalu Meragam Mungkin Jangkitan Kencing Kotor

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 419 hits
Seperti orang dewasa bayi juga boleh mengalami kencing kotor Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak Antara perkara yang boleh diperhatikan adalah seperti bau air kencing yang busuk terdapat kesan darah pada air ke...
Kuih Lompang Pandan Wangi Dan Lembut Mudah Cara Buatnya Confirm Jadi

Kuih Lompang Pandan Wangi Dan Lembut Mudah Cara Buatnya Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 497 hits
Tak tahan rasanya saat melihat kuih lompang pandan ini dikeluarkan daripada acuannya Teramatlah lembut Kuih tradisional yang satu ini rupanya cukup mudah hendak disediakan Hanya satukan semua bahan dan blender hingga adunan sebati Kemudian ...
Cara Mudah Cepat Buat Pati Susu Kurma Untuk Bersahur

Cara Mudah Cepat Buat Pati Susu Kurma Untuk Bersahur

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 337 hits
Bulan puasa ini tekak kita sudah disebatikan dengan buah kurma yang dimakan dalam pelbagai keadaan yang berbeza Ketika berbuka puasa kita pasti akan menjamah buah kurma dalam tiga ke empat biji sebelum mula menjamu hidangan lain Sama juga d...
5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak Anak Anda Di Rumah

5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak Anak Anda Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 441 hits
Pendidikan adalah sebaiknya bermula dari rumah Dengan serangan Coronavirus yang menjadi pandemik di seluruh dunia ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memastikan anak anak mereka belajar dari rumah Saya melihat ini sebagai sat...
Cara Mudah Buat Prank Kucing Dengan Cicak Tiruan Melekat Pada Dinding Rumah

Cara Mudah Buat Prank Kucing Dengan Cicak Tiruan Melekat Pada Dinding Rumah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 952 hits
Buat mereka yang bela kucing mungkin anda pernah lihat perilaku kucing anda ketika dia melihat cicak di dinding mulut nya nganga mingkem seperti terpaku terpana ada juga seperti mau terkam cicak itu Kucing di habitat semulajadinya suka memb...
Cara Tanggalkan Wallpaper Dinding Dengan Mudah

Cara Tanggalkan Wallpaper Dinding Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 699 hits
Cara tanggalkan wallpaper dinding dengan mudah Ingat lagi masa tengah bersemangat deko rumah menampal Rasa seronok sebab memang rumah totally berubah selepas dapat suasana dinding yang lain dari yang biasa Idea baru deko dinding rumah Koson...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri