5 Cara Mengatasi Jika Bayi Demam Di Rumah
Demam pada bayi sebenarnya merupakan suatu gejala. Keadaan ini biasanya menjadi petanda bahawa tubuh bayi sedang melawan penyakit. Dalam ilmu perubatan, bayi dikatakan mengalami demam jika suhu tubuhnya mencapai 38 darjah celcius atau lebih.
Cara mengatasi demam pada bayi perlu dilakukan dengan tenang. Adakalanya demam pada bayi adalah suatu keadaan yang normal terjadi dan boleh ditangani di rumah. Namun, ibu bapa perlu waspada jika bayi mengalami demam dengan berbagai gejala lainnya.
Gejala berikut sering dialami pada bayi yang mengalami demam seperti:
- Tiada nafsu makan
- Muntah dan ceret beret
- Tidak responsif
- Badan meruam
- Merengek ketika tidur dan Kejang
- Sesak nafas atau nafas bayi berbunyi
-Terlihat tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, tidak ada air mata semasa menangis, atau kurang kencing.
Sebaiknya anda menggunakan thermometer untuk mengukur suhu tubuh bayi. Sebagai informasi, suhu tubuh bayi normal adalah antara 36-37.9 darjah celcius.
Cara mengatasi demam pada bayi boleh dilakukan di rumah dengan beberapa cara berikut:
Lap atau Mandi Air Hangat
Lap atau mandikan bayi dengan air hangat suam-suam kuku. Elakkan mandi menggunakan air dingin kerana akan menyebabkan suhu tubuhnya meningkat.
Tuam
Semasa bayi anda sedang tidur, tuam di bahagian dahi dengan kain lap basah untuk menurunkan suhu panas pada bayi, atau letakkan kain lap basah tadi pada celah ketiak dan sekitar celah paha.
Susu Ibu Atau Susu Formula
Perkara penting ibu-ibu perlu tahu ialah memastikan tubuh bayi tetap terhidrasi dengan baik. Berikan susu secukupnya sama ada susu ibu atau susu formula. Pastikan juga nutrisinya mencukupi.
Menggunakan Pakaian Tipis
Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang tipis. Jika bayi menggunakan pakaian yang berlapis atau tebal, anda harus melepaskannya. Biarkan bayi menggunakan satu lapis pakaian saja dan pastikan pakaian tersebut selesa dan nyaman dikenakan. Jika bayi kedinginan, pakaikan selimut.
Jaga Suhu Kamar Senantiasa sejuk
Usahakan untuk menjaga suhu tempat bayi tetap sejuk. Jika suhu biliknya panas, boleh menggunakan pendingin hawa atau kipas angin, tetapi jangan terlalu kencang dan jangan diarahkan langsung pada bayi.
Semoga bayi anda sihat dan riang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2019/12/5-cara-mengatasi-jika-bayi-demam-di.html