5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Senang Dan Jimat Buat Sendiri


5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor - Senang Dan Jimat Buat Sendiri || hi there. Sekarang ni musim hujan, dan kalau musim hujan beginilah antara waktu yang terbaik untuk kita pantau sekiranya terjadi kebocoran bumbung rumah.

Seperti rumah kami, ada beberapa kali kami dapati air hujan menitik ke dalam rumah ketika hujan lebat bersama angin kuat.

Ada sekali tu, air hujan betul-betul menitik di celah-celah kipas siling rumah. Fuh, memah risau kerana terbayang kalau boleh terjadi short circuit (kahkahkah, macam-macam benda dalam imaginasi aku).

Dan antara yang teruk kalau kebocoran di biarkan, kalau yang guna siling plywood tu, memang tak perlu tunggu lama, kalau dah selalu air hujan menitik masuk, siling kayu akan mengembang dan rosak. 
Jadi perlu sangat kita take action segera kalau bumbung rumah bocor ya, jangan biarkan lama-lama sangat tau



Bagaimana Bumbung Rumah Bocor Boleh Berlaku?Masalah bumbung bocor biasanya berlaku disebabkan terdapat aliran air pada penutup bumbung (roof covering) yang menembusi ke ruang dalam rumah. 
Biasanya kebocoran berlaku pada kedudukan paku atau skru pengikat, sambungan, karat, retak dan sebagainya.

Selain masalah kemasukan air ke dalam rumah, bumbung bocor boleh menyebabkan kerosakan pada struktur lain seperti kerosakan pada siling, kemasan dinding dan lantai, peralatan rumah dan juga berbahaya apabila melibatkan aliran elektrik.

Cara mengatasinya ialah mengenalpasti jenis kerosakan yang berlaku terlebih dahulu dengan cara membuat pemerhatian terperinci kedudukan kebocoran serta jenis bahan bumbung tersebut agar dapat merancang kaedah pembaikan yang bersesuaian.

Pentingnya kita mengetahui serba sedikit tentang masalah bumbung bocor pada rumah kediaman dan cara mengatasinya agar kita mengetahui cara mengatasinya lebih awal serta dapat mengelak daripada sebarang masalah lebih besar yang mungkin boleh berlaku sekiranya dibiarkan.

Masalah bumbung bocor yang berlaku boleh diperbaiki bergantung kepada jenis dan tahap masalah yang berlaku.

Terdapat kes-kes tertentu yang mana kerosakan yang berlaku terpaksa diperbaiki dengan cara menukar atau mengubahsuai struktur supaya ianya bersesuaian dengan keadaan tersebut, faktor bekalan bahan dan rekabentuk

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Proses Membaiki Bumbung Rumah Yang Bocor Sebelum kebocoran bumbung ditampal, adalah penting untuk membersihkan terlebih dahulu permukaan daripada sebarang kotoran seperti lumut, debu, minyak dan sebagainya dengan cara mengikis, gosok atau mencuci dengan air sabun serta dikeringkan. 
Ketahui 5 Cara Membaiki Bumbung Rumah Bocor Yang Boleh Dibuat SendiriTerdapat pelbagai bahan dan kaedah daripada pembekal yang biasanya boleh didapati di kedai peralatan rumah, hardware ataupun daripada pembekal itu sendiri. 
Antara bahan yang biasa digunakan ialah , cat kalis air, konkrit dan sebagainya. 
Kaedah pembaikan pula adalah berbeza mengikut jenis bahan yang digunakan yang mana akan di beri tunjukajar oleh pembekal bahan tersebut secara bertulis pada setiap bahan yang dijual. 
Bagi kerosakan pada tahap kritikal, adalah lebih baik menghubungi kontraktor penyelenggaraan rumah untuk penyelesaiannya

1) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan pita kedap (Sealing tape)Kaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis metal, zink, asbestos dan plastik. Terdapat banyak jenis pita kedap yang dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 


Kebiasaannya pita kedap dijual dalam bentuk gulung dan ianya mudah di buka dan dipotong mengikut saiz kebocoran yang hendak ditampal.

2) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan silikonKaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis metal, zink, asbestos, plastik dan kaca. Terdapat banyak jenis silikon dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Kebiasaannya silikon dijual dalam bentuk tube dan ianya memerlukan silikon gun untuk memudahkan silikon di tampal pada kedudukan yang bocor

3) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan bancuhan kalis air Kaedah ini sesuai digunakan untuk bumbung jenis asbestos, konkrit dan roof tile. Terdapat banyak jenis bahan bancuhan dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 


Kebiasaannya bahan bancuhan dijual dalam bentuk serbuk, cecair atau dalam bekas yang telah siap dibancuh untuk di tampal pada kedudukan yang bocor.

4) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan menggunakan spray kalis airKaedah ini agak mudah diaplikasi dan sesuai digunakan untuk apa-apa jenis bumbung. Namun, bagi kebocoran yang agak besar adalah tidak sesuai menggunakan kaedah ini. 
Terdapat banyak jenis spray kalis air dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 

Kebiasaannya spray kalis air dijual dalam bentuk botol tin spray yang siap sedia digunakan untuk diaplikasi pada kedudukan yang bocor

5) Membaiki masalah kebocoran bumbung dengan aplikasi cat kalis airKaedah ini sesuai digunakan untuk apa-apa jenis bumbung yang melibatkan kebocoran kecil pada permukaan yang luas. Terdapat banyak jenis cat kalis air dijual di pasaran mengikut kegunaan dan pengeluar. 
Kebiasaannya cat kalis air dijual dalam bentuk campuran siap sedia digunakan untuk diaplikasi pada kedudukan bumbung. 

Kelemahan penggunaan kaedah ini ialah ianya terhad kepada kebocoran kecil disamping akan menunjukkan perbezaan warna yang ketara dengan warna bumbung asal. 
Jadi, pernah tak berlaku bumbung rumah korang bocor? Biasanya, cara yang mana satu korang lebih prefer akan buat? 
Macam aku prefer cara baiki bumbung rumah bocor menggunakan kaedah sealing tape kerana lebih jimat. Tetapi bukan semua bumbung rumah bocor boleh guna cara tersebut

Contohnya bumbung rumah yang flat roof,  kalau berlaku kebocoran lebih sesuai menggunakan bancuhan kalis air atau cat kalis air

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2021/01/5-cara-membaiki-bumbung-rumah-bocor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Bangga Dengan Pencapaian Ni Keluar Modal Hampir Rm10k Linda Onn Bina Konti Radio Sendiri Di Rumah

Hiburan Saya Bangga Dengan Pencapaian Ni Keluar Modal Hampir Rm10k Linda Onn Bina Konti Radio Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 113 hits
Semenjak dua ini bekas penyampai radio Era FM yang cukup terkenal Linda Onn dikatakan sanggup berbelanja lebih RM10K bagi membina konti radio dirinya sendiri di rumah dan diberi nama Onns FM Persiapan alat alat Menurut Linda perbelanjaan te...
Trauma Jadi Mangsa Pencuri Di Rumah Sendiri

Trauma Jadi Mangsa Pencuri Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 183 hits
Pembuka tirai untuk tahun 2024 di hari ke 15 bulan Januari berlaku perkara yang sebolehnya Diah elak dari dulu lagi terjadi Kejadian kurang menyenangkan bila berlaku kes kecurian di kediaman sendiri ya kejadian kecurian kecil je tapi cukup ...
Takut Usai Kkb Tembak Brimob Dan Bakar Rumah Warga Sugapa Intan Jaya Berbondong Bondong Mengungsi Ke Pos Tni

Takut Usai Kkb Tembak Brimob Dan Bakar Rumah Warga Sugapa Intan Jaya Berbondong Bondong Mengungsi Ke Pos Tni

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 150 hits
KKB juga membakar bangunan pelayanan kesehatan dan tempat ibadah Hal ini juga menambah rasa takut dan trauma warga Sugapa
Suri Rumah Kerugian Rm1 5 Juta Ditipu Scammer Yang Menyamar Sebagai Polis

Suri Rumah Kerugian Rm1 5 Juta Ditipu Scammer Yang Menyamar Sebagai Polis

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 168 hits
PETALING JAYA Seorang suri kerugian hampir RM1 5 juta selepas membuat pindahan wang ke beberapa akaun tidak dikenali selepas panik didakwa terlibat jenayah penipuan Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa dihubungi seorang...
Makin Menjadi Warga Asing Selamba Duduk Rumah Kosong Yang Disangka Tiada Pemilik

Makin Menjadi Warga Asing Selamba Duduk Rumah Kosong Yang Disangka Tiada Pemilik

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 175 hits
nbsp Isu berkaitan warga asing buat onar di negara ini semakin menjadi jadi Terbaharu seorang lelaki Srilabu Kedah telah memuat naik di Facebook apabila rumah kenalannya yang kosong telah dihuni oleh sekumpulan warga asing tanpa pengetahuan...
Kerajaan Naikkan Kadar Bantuan Isi Rumah Kepada Rm1 200

Kerajaan Naikkan Kadar Bantuan Isi Rumah Kepada Rm1 200

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 191 hits
Kerajaan naikkan kadar bantuan isi rumah kepada RM1 200 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jan 2024 7 40AM
Pemilik Terkejut Warga Asing Ceroboh Rumah

Pemilik Terkejut Warga Asing Ceroboh Rumah

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 387 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myWARGA asing yang dikatakan menceroboh rumah kenalan lelaki berkenaan yang terletak di Puchong sejak beberapa tahun lalu serta keadaan yang diceroboh warga asing FOTO Ihsan PembacaKuala Lumpur...
Ceroboh Duduk Rumah Kosong Secara Haram 3 Warga Bangladesh Ditahan Polis

Ceroboh Duduk Rumah Kosong Secara Haram 3 Warga Bangladesh Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 170 hits
Baru baru ini tular di media sosial berkenaan tentang sekumpulan warga Bangladesh telah menceroboh sebuah unit pangsapuri di Puchong dan menduduki di unit tersebut secara haram tanpa kebenaran Terbaharu polis telah menahan tiga individu ter...
Aksi Bengis Kkb Di Intan Jaya Bakar Empat Rumah Bantuan Dinas Sosial

Aksi Bengis Kkb Di Intan Jaya Bakar Empat Rumah Bantuan Dinas Sosial

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 189 hits
Selain membakar rumah warga KKB juga menembak anggota Brimob Briptu Alfando Steve Karamoy hingga gugur
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui