5 Bulan Tak Update Tak Sedar Total Pageviews Blog Hampir 14 Juta
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Long time no seee! Hehe. Sebelum saya terpaksa ‘tinggalkan’ blog ni, rasanya baru 12 juta plus plus plus. tak tahu lah bila masa total PV reach 13 juta tapi yang pasti 7 julai 2021 adalah tarikh total PV mencapai 12.4 juta. Dan tup tup tupp harini 5 Mac 2022 dah nak mencapai 14 juta pula.. Alhamdulillah!
Makin berkembang dengan jayanya walaupun lama dibiarkan sepi sendiri tanpa coretan dan celoteh seketul Sayidah Napisah haa gitchuw haha.
KE MANAKAH ENGKAU PERGI SAYIDAH NAPISAH?!
Okay last saya update blog sebelum ditinggalkan lama adalah pada hujung bulan September 2021. Masa tu kandungan bayi nak masuk 31 weeks kalau tak silap. Nak dekat 8 bulan dah. Bayangkan perut macam mana kan time tu? Makin membesaq. Makin memboyot. Makin macam macam lah.
Oh, masa tu juga rasanya busy dengan benda lain. Paling utama dua ‘benda’ di bawah ni..
1. sibuk membuat duit dengan affiliate Involve Asia Shopee& Lazada sambil promote barang di twitter&blog. memang syok dan semangat berkobar kobar bila first month join dah boleh jana income 3k dari situ sahaja. tapi bulan pertama tu jelah, lepas saya tahu proses nak keluarkan duit tu amat payah dan leceh dan agak tidak adil so saya pun stop membazir tenaga di situ. beralih ke affiliate lain yang lebih menguntungkan muehehe.
2. mood nak keluar jenjalan + nafsu makan minum tersangat lah membuak buak time ni. saya selalu ajak suami keluar, mentang mentang la dah cucuk 2 dos vaksin time tu kan.. tak sedar diri tengah pregnant tapi tetap meredah virus covid demi melempiaskan nafsu makanku muahaha. tapi takdelah pergi mall bagai, masih waras untuk tidak mencari nahas lalu membahayakan kandungan bayi sulungku.
Dan…..
15/11/2021 masuk labour room sebab dah pecah air ketuban dan ada keluar lendir coklat kehijauan tanda baby dah berak di dalam rahim. induce.. sakitttt walawehh tak boleh bincang sakit contraction dia hahaha. ingatkan boleh normal tapiiii..
… disebabkan bukaan maksimum boleh sampai 6cm sajaaa + hampir 12 jam menahan sakit contraction + epidural + tiba tiba demam panas (maybe sebab tak tidur, kurang air dan tak makan).. emergency czer last minit. i is redhooo walaupun niat nak normal but Allah is the best planner kan? hehe.
16/11/2021 9.16pm lahirlah zuriat pertamaku seorang tentera pahlawan yang gagah dan panjang dan kacaksss, Ahmad Rizqi bin Abdul Rahman. saya duduk di wad Hospital Kajang 4 hari. baby di NICU kerana jangkitan kuman paru-paru. stay 7 days there.
Lepastu berpantang di tiga tempat - hulu langat, seremban dan felda kumai pahang hahahaha. Masa dalam pantang ada sekali luka czer pernah keluar darah sikit. Pergi KK dressing (no need antibiotik sebab kecik je tempat luka terbuka) lusa tu dah ok dah. Habis pantang 44 hari pada hujung bulan januari 2022.
Haa tiba tiba cerita pasal mengandung bersalin pantang pula kan.
Tapi itu lah sebabnya. Sebab kenapa saya lama menyepi di blog ni.. sebab itu lah.
TAK RINDU BLOG KE?
Haihhh, tanya soalan tu pada seorang blogger mestilah jawapannya rindu.
Walau sesibuk mana pun pada benda lain dan se-busy mana pun dengan kerja lain yang duitnya lebih lumayan dari hasil pendapatan blog, tapi masih. Masih rindu pada blog.
Ingatan pada blog tu tak pernah hilang. Rindu nak menulis menaip bercerita berkongsi ilmu dan info. Rindu nak berinteraksi dengan followers di bahagian komen. Rindu juga nak datang singgah ke blog blogger lain dan join segmen/giveaway.
Semangat nak ‘kembali’ dalam dunia blogging sentiasa ada dan baru sekarang ada kesempatan extra.
My baby sekarang dah menginjak ke 3 bulan lebih, saya makin faham dia dan dia pun makin bijak mengenal dunia.. so ada lah ruang dan peluang sedikit untuk saya curi masa kembali update blog ni hehe.
Itu sahajaa, till next time!
Daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayidahnapisah.com/2022/03/5-bulan-tak-update-blog-tak-sedar-total.html