5 Benda Ini Tidak Sepatutnya Viral Di Malaysia
Pelbagai perkara yang mengarut menjadi viral di Malaysia. Segala aksi bodoh mahupun gimik syarikat, pantas mendapat perhatian netizen lantas merebak di seluruh laman sosial.
Berikut adalah beberapa perkara yang penulis merasakan mengarut yang pernah atau masih menjadi viral di Malaysia baru-baru ini.
5. Gadis Shell
Sumber foto: Google
Bagaimana boleh menjadi viral satu Malaysia? Nampaknya penangan gadis ini bukan calang-calang. Namanya pernah meniti di bibir hampir seluruh rakyat Malaysia yang mengisi minyak di stesen Shell kerana ramai yang terkejut apabila melihat papan kertas yang memaparkan kelibat dirinya yang diletakkan bersebelahan dengan pam minyak.
4. Wanita Berkebaya Merah
Sumber foto: Google
Kecoh satu Malaysia apabila rakaman wanita berkebaya merah disebarkan melalui laman-laman sosial dan menyebabkan rakyat Malaysia ketakutan.
Ketakutan para netizen berakhir setelah akhirnya terbongkar rakaman tersebut adalah untuk mempromosikan filem Dukun lakonan Umie Aida.
3. Gadis Cendol
Sumber foto: Google
Gadis cendol ini menjadi pujaan budak-budak baru nak up di seluruh Malaysia, malahan ramai mat-mat motor yang berharap mendapat awek "gedik" sepertinya.
Keletah manja yang direkodkan teman lelaki beliau menjadi viral hanya kerana sifatnya yang dilihat terlalu mengada-ada kerana tidak dapat menikmati cendol di kala cuaca yang panas terik, menyebabkan tekaknya berasa lapar dan dahaga.
2. Sajat & Rakan-Rakan
Sumber foto: Google
Setiap apa saja tindakan dan keletah Sajat di Instagram mahupun Facebook, pasti jadi viral. Ini diikuti oleh teman seangkatannya seperti Riz Ulala, Safiey Ilyas, Alif Shukri dan sebagainya. Pelbagai aksi lucu, bebelan malah setiap tindak-tanduk mereka menjadi viral sama ada dalam bentuk pujian mahupun kecaman dari para netizen.
1. Keke Challenge
Sumber foto: Google
Sekarang pula kecoh di laman sosial apabila budak-budak baru nak up mahupun mereka yang sudah berumur tetapi masih tidak sedar diri, berlumba-lumba untuk menyahut cabaran Keke dan memuat naik video mereka di dalam Instagram mahupun Facebook. Cabaran yang mencabar mereka untuk menari-nari gedik di tepi kereta yang sedang bergerak menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.
Penulis merasakan cabaran ini agak berbahaya apabila dilakukan di tepi jalan, apatah lagi direkodkan oleh mereka yang sedang memandu. Malah lebih membimbangkan sebahagian artis-artis Malaysia merupakan antara pelopor utama di dalam mempopularkan cabaran ini di Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kinistylo.blogspot.com/2018/08/5-benda-ini-tidak-sepatutnya-viral-di.html