Baru 10 Bulan Jadi Kerajaan Tak Sepatutnya Malaysia Baru Sudah Terpalit Rasuah




Shahbudin Husin

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, Setiausaha Politiknya kini telah ditahan SPRM berhudung dakwaan menerima rasuah seutas jam tangan berharga RM28 ribu.

Siasatan mendapati beliau didakwa menerima rasuah itu sebagai dorongan untuk membantu sebuah syarikat memperolehi projek-projek di bawah kementeriannya.

Adalah dijangka Setiausaha Politik berkenaan akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Dengan kes melibatkan Setiausaha Politik Salahuddin ini, sekurang-kurangnya diketahui sudah ada tiga Setiausaha Politik era Malaysia Baru ini dikaitkan dengan dakwaan rasuah dan salah laku.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Mohamad Sabu telah disiasat SPRM kerana didapati status muflisnya tiba-tiba selesai menjelang hari beliau mengangkat sumpah jawatannya.

Beliau bagaimanapun didapati tidak bersalah kerana dikatakan memperolehi pinjaman daripada rakan-rakan dan keluarga untuk menyelesaikan hutang muflisnya itu.

Kemudian, Setiausaha Politik di Kementerian Kerjaraya juga turut diadukan berkaitan salah lakunya dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.

Seorang lagi Setiausaha Politik pula telah diarahkan berhenti oleh menterinya kerana didapati giat dalam mengatur projek-projek di bawah kementerian di mana beliau bertugas.

Menteri tersebut yang dikatakan kurang senang dengan perlakuan Setiausaha Politiknya itu telah mengarahkannya meletakkan jawatan dan menggantikan dengan individu lain.

Baru 10 bulan menjadi kerajaan, adalah sesuatu yang menyedih dan memalukan berlakunya kejadian-kejadian seperti ini.

Ini kerana ketika kempen-kempen PRU14, PH lalu telah menjanjikan antara lainnya ialah sebuah kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah untuk negara ini.

Itu baru yang kita ketahui dan terdedah kepada umum. Mungkin yang masih tersembunyi lebih dahsyat lagi.

Meskipun ada yang sudah dibersihkan nama dan tidak diteruskan siasatan, tetapi banyaknya berlaku kejadian ini sedikit-sebanyak akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap PH.

Rakyat akan melihat PH bukan saja tidak berbeza dengan BN, malah dilihat lebih dahsyat lagi kerana baru 10 bulan menjadi kerajaan pun sudah banyak berlaku amalan-amalan tidak sihat itu.

Dalam hal ini bukan saja menteri-menteri harus berpegang kepada etika dan intergriti yang tinggi, lebih daripada itu, mereka juga sepatutnya melantik pegawai-pegawai di kementerian daripada kalangan yang bersih dan boleh diyakini saja.

Janganlah semata-mata kerana kawan baik dan sama-sama susah ketika dalam pembangkang dulu, maka setelah berjaya menjadi kerajaan lalu mereka itu diberikan jawatan serta kedudukan.

Malaysia Baru haruslah bersih dan berbeza dengan BN dahulu. Apatah lagi Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang bebas daripada rasuah.

Sekarang apa sudah jadi?

Baru RM28 ribu pun sudah gelap mata tanpa memikirkan nama baik keluarga, parti, perjuangan dan kerajaan yang didokong, bagaimana jika ditawarkan habuan berjuta-juta?

Akhirnya, apakah kejadian ini memberi pengajaran kepada mereka yang lain dalam kerajaan Malaysia Baru ini?

Kerajaan harus menunjukkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam perkara ini. Sebelum kejadian ini menjadi barah yang boleh membunuh masa depan PH, mereka yang durjana dan menjadi petualang dalam Malaysia Baru ini haruslah disingkirkan dengan segera.

Belum terlambat untuk Perdana Menteri  melakukan pembersihan, tidak kira sama ada mereka itu menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, pegawai-pegawai menteri atau sesiapa saja, sebelum rakyat menolak kedurjanaan itu melalui peti-peti undi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/baru-10-bulan-jadi-kerajaan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 787 hits
Malaysia Baru Selamatkan Malaysia Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malay...
Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 577 hits
PH 10 Bulan Memerintah JUAL ASET 1 IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun 2 Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni 3 Menara Felcra dijual juga pada kroni 4 M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura 5 Legoland Dijual juga pada ...
Kerajaan Ph Komited Perangi Kleptokrasi Rasuah

Kerajaan Ph Komited Perangi Kleptokrasi Rasuah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 300 hits
Selepas hampir setahun menerajui pemerintahan negara kerajaan Pakatan Harapan berjaya membersihkan Malaysia daripada imej negara kleptokratik yang dilabelkan semasa pemerintahan terdahulu Ini dapat dilakukan hasil kesungguhan dan komitmen k...
Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 378 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan PH untuk membuktikan kebaikan pemerintahan mereka berbanding terus menyalahkan kerajaan bekas kerajaan Barisan Nasional Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengambil contoh daripada...
Dakwa Diketepikan Tmj Beri Amaran Serius Kepada Kerajaan Malaysia

Dakwa Diketepikan Tmj Beri Amaran Serius Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 385 hits
Menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada pihak kerajaan berhubung isu kerjasama dengan Hutchison Port Holdings Limited Hong Kong Dimaklumkan usahasama itu adalah bagi ...
Malaysia Curi Jadi Boss Tak Malu Budaya Baru Malaysia Dr Mahathir

Malaysia Curi Jadi Boss Tak Malu Budaya Baru Malaysia Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 413 hits
oleh PM Tun Dr Mahathir MohamadBudaya BaruAku curi Apa nak malu Apatah lagi aku boss kamu Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri Sikit sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri Nak malu apa Bossku Bangsaku tak perlu malu Curilah Le...
Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 633 hits
Datuk Seri Noh Omar menyatakan rasa tidak puas hati atas sikap dwistandard kerajaan PH berhubung lawatan ahli politik ke sekolah Noh Omar berkata ada pengetua yang menerima surat amaran kerana membenarkan beliau hadir ke sekolah yang terlet...
Malaysia Wan Azizah Ph Bukan Kerajaan Sepenggal Jangan Bagi Bn Perintah Malaysia Lagi

Malaysia Wan Azizah Ph Bukan Kerajaan Sepenggal Jangan Bagi Bn Perintah Malaysia Lagi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 309 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Foto Astro AwaniTERENGGANU Rakyat diharap jangan labelkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan sepenggal dan dibandingkan dengan rejim Umno BN yang merosakkan negara selepas diberi pe...
Rasuah Terowong Pulau Pinang Kerajaan Ph Perlu Jawab Persoalan Ini Semua

Rasuah Terowong Pulau Pinang Kerajaan Ph Perlu Jawab Persoalan Ini Semua

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 290 hits
Najib Tun Razak DAP in Crisis The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal Pagi ini seorang ahli perniagaan G Gnanaraja didakwa di mahkamah dengan tiga tuduhan atas kesalahan menerima RM19 juta dari pemilik syarikat yang dianugerahkan proj...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine