5 April Bicara Kes 1mdb


Murni Wan Omar
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan perbicaraan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan peguam Harvinderjit Singh ketika sebutan semula kes anak guamnya yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan permohonan itu semalam di Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun tarikh pendengaran belum diperoleh.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula kes Najib membabitkan 1MDB.

Ia berikutan permohonan pendakwaan yang memohon supaya tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan bermula 15 April hingga 3 Mei ini dilapangkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes membabitkan dana SRC.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pihaknya diarahkan Peguam Negara untuk memohon penangguhan kes itu pagi semalam.

“Pada 29 Mac lalu, Peguam Negara menulis surat kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim memohon supaya mahkamah memberi keutamaan terhadap perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC.

“Kami menerima surat kembali daripada Hakim Besar Malaya yang mengesahkan ada menerima surat daripada Peguam Negara, namun menyerahkan keputusan untuk menangguhkan kes itu kepada mahkamah itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Harvinderjit membantah perkara berkenaan kerana tiada alasan istimewa untuk tarikh perbicaraan kes terbabit dilapangkan bagi memberi laluan kepada kes lain.

“Apa beza kes SRC dengan kes yang lain? Semua kes adalah penting dan tidak sepatutnya memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana kes bermula dulu. Mahkamah juga sudah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes 1MDB lebih awal.

“Malah, mahkamah sendiri pernah menolak permohonan kami untuk menangguhkan kes ini sebelum ini dan mengarahkan supaya perbicaraan dijalankan mengikut jadual sudah ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Collin mempertikaikan tindakan Peguam Negara yang memohon untuk menangguhkan kes membabitkan dana 1MDB tanpa membuat permohonan rasmi kepada mahkamah.

“Saya tidak boleh menunggu kes membabitkan dana SRC habis terlebih dulu baru boleh memulakan kes dana 1MDB. Saya tidak mahu kes saya bermula tiga bulan lagi, ia perlu bermula Mei ini.

“Saya boleh lapangkan kes saya dengan syarat Mahkamah Tinggi 3 (yang mendengar kes membabitkan SRC) mempunyai kelapangan untuk mendengar kes itu. Saya tetapkan Khamis ini untuk sebutan semula bagi mengetahui status tarikh perbicaraan,” katanya.

Najib, 66, didakwa dengan empat tuduhan sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 14 Jun 2011.

Bagi tuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat sama antara 31 Oktober 2012 hingga 20 November 2012, manakala tuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/5-april-bicara-kes-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 341 hits
Astro Awani April 02 2019 12 55 MYT Kehadiran Bekas Pengerusi BN yang terpalit dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad itu tidak akan memberi kesan kepada pengundi di Rantau Gambar failSEREMBAN Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad...
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 555 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 424 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang di...
Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 401 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Najib dan peguamnya cuba menangguhkan perbicaraan kes SRC International Foto Nikkei Asian Review Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik pasukan peguam bela Najib Razak yang didakwanya cuba menangguhkan perbi...
Apa Beza Tilam Kes Anwar Kapal Mewah Equanimity

Apa Beza Tilam Kes Anwar Kapal Mewah Equanimity

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1815 hits
Pembelian kapal mewah Equanimity kononnya milik Jho Low yang juga merupakan barang kes untuk kes penyelewengan wang 1MDB baru baru ini membuatkan ramai pihak membuat spekulasi sendiri Pelik dan tak masuk dek akal tiba tiba barang kes yang b...
Laporan Penuh Suhakam Kes Kehilangan Amri Koh

Laporan Penuh Suhakam Kes Kehilangan Amri Koh

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 380 hits
MALAYSIAKINI INKUIRI SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini membentangkan laporan hasil 18 bulan inkuiri berhubung kes kehilangan individu Laporan itu membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terlibat dalam kehilangan paksa mem...
Harap Dakwaan Sogok Tutup Kes Terowong Bukan Sandiwara Politik

Harap Dakwaan Sogok Tutup Kes Terowong Bukan Sandiwara Politik

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 368 hits
Pendakwaan ke atas seorang ahli perniagaan membabitkan kes penipuan berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan kes terowong dasar laut diharapkan bukan sandiwara politik semata mata Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP Rahmad Isahak berk...
Kes Tetak Mic Gesa Streram Buktikan Atau Berdepan Saman

Kes Tetak Mic Gesa Streram Buktikan Atau Berdepan Saman

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 301 hits
Calon PKR Rantau Dr S Streram digesa membuktikan dakwaan bahawa anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam Timbalan presiden MIC M Saravanan berkata parti itu akan menyaman Streram jika gagal membuktikan tuduhan itu dalam...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej