5 Aplikasi Percuma Setiap Pelancong Muslim Wajib Dowb




Apabila mengunjungi destinasi asing dengan penduduk majoriti bukan Islam, ternyata ia sedikit mencabar bagi pelancong Muslim untuk menikmati pengalaman tempatan tanpa kebimbangan. Membaca papan tanda saja pun dah pening, inikan pula memberanikan diri untuk mencuba makanan tempatan yang belum tentu halal, betul?

Zaman moden ini, anda tidak patut berasa terhalang untuk meneroka benda-benda baru kerana terdapat bermacam jenis rekaan aplikasi percuma yang mudah diakses menggunakan smartphone. Daripada menterjemah bahasa, mencari aktiviti berhampiran, tempat makan halal dan lokasi masjid terdekat, berikut adalah beberapa aplikasi percuma yang sesuai untuk panduan pengembaraan halal:



1. Google TranslateKredit: App Store

Melihat menu ataupun petunjuk arah dalam bahasa berlainan pasti membuat anda bingung. Jangan risau, Google Translate kan ada! Melalui ciri butang kamera yang tersedia, ia akan terus memaparkan terjemahan bacaan asing dalam bahasa pilihan anda dengan sekali imbasan. Selain itu, ciri butang conversation dan voice memberi anda peluang untuk berbual dan memahami bahasa asing dengan membenarkan akses mikrofon pada peranti anda.

Google Translate juga boleh digunakan tanpa Internet dengan memuat turun offline translation file yang terdapat dalam beberapa bahasa. Tetapi, hati-hati apabila anda menggunakannya untuk sebarang maklumat kritikal terutamanya seperti isi kandungan dan preskripsi ubat-ubatan, kerana aplikasi ini tidaklah memberi terjemahan yang 100% tepat.


2. Maps.MeKredit: App Store

Mesti anda pernah tersesat semasa berjalan-jalan di tempat baru, lagi-lagi semasa ketiadaan Internet (oh, tidak!). Mujurlah ada peta offline percuma yang boleh disimpan dalam aplikasi Maps.Me. Ia bukan sahaja menawarkan peta dalam bandar, tetapi juga peta lengkap bagi sesetengah negara dan peta pengangkutan pilihan. Sebelum memulakan perjalanan, anda hanya perlu memuat turun peta dan memilih laluan anda sebagai persediaan.

Maps.Me mengesan lokasi melalui GPS peranti anda dan ia boleh ditapis khusus untuk mencari kategori tempat tertentu seperti restoran, WiFi, ATM, stesen minyak, hospital, tandas, dan banyak lagi. Walaupun anda tidak boleh mendapat info trafik semasa tanpa Internet, peta dalam aplikasi ini sentiasa dikemaskini dan hampir sempurna untuk digunakan sebagai pemandu arah.

3. ZabihahKredit: App Store

Mencari tempat makan halal yang paling dekat? Inilah penyelamat anda yang sentiasa kelaparan! Dibanggakan sebagai aplikasi makanan halal terbesar di dunia, Zabihah menyenaraikan lebih daripada 50,000 restoran halal, pasar makanan halal, dan masjid di seluruh dunia. Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan kupon diskaun eksklusif daripada 2,000 rakan kongsi restoran yang bekerjasama dengan aplikasi ini.

Senarai yang disediakan dalam aplikasi Zabihah amat menyeluruh. Ia juga mempunyai lebih daripada 150,000 ulasan dan tips yang dikongsikan oleh pengguna, dan ini memudahkan anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak! Aplikasi Zabihah boleh digunakan di kebanyakan negara, termasuklah di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah.

4. Verify HalalKredit: App Store

Sementara berada di negara orang, rugilah tak mencuba pelbagai produk tempatan mereka. Mudah saja untuk memastikan sama ada ianya halal untuk digunakan. Dalam aplikasi Verify Halal yang mendapat kelulusan JAKIM, anda boleh mengimbas barkod pada pek produk tersebut untuk menyemak maklumat dan status halal. Cara lain adalah cari mengikut nama produk, syarikat keluaran, atau jenama produk tersebut.

Aplikasi Verify Halal menyenaraikan pelbagai produk yang diiktiraf halal dalam pangkalan data JAKIM mengikut kategori yang berbeza, antaranya termasuklah makanan, minuman, produk kecantikan dan kosmetik, serta ubat-ubatan. Ia juga turut memberi maklumat tentang produk yang diiktiraf halal oleh badan pensijilan halal luar negara.

p.s. Tahukah ada bahawa JAKIM mempunyai taraf pensijilan halal tertinggi di dunia? Banyak badan pensijilan halal luar negara melaksanakan pengiktirafan mereka mengikut piawaian yang ditetapkan JAKIM. Jadi, aplikasi ini semestinya boleh dipercayai!

5. Islamic GPSKredit: App Store

Islamic GPS merupakan aplikasi Islamik pertama yang menampilkan ciri augmented reality untuk menunjukkan masjid dan surau berhampiran anda. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu membenarkan akses kamera dan lokasi pada peranti anda. Kemudian, pusingkan kamera telefon bimbit di sekeliling anda untuk melihat masjid dan surau terdekat, termasuklah jaraknya dari anda dan alamat penuh.

Selain itu, ia membenarkan anda memandu arah sendiri ke lokasi menggunakan ciri route yang dipaut dengan aplikasi Google Maps. Islamic GPS juga memberi panduan arah kiblat tidak kira di mana anda berada, dan ini sangat menyenangkan jika penginapan anda tidak mempunyai arah kiblat dalam bilik. Anda juga boleh mencari tarikan dan mercu tanda Islamik serta melihat panduan dan fakta menarik tentang tempat-tempat di Mekah dan Madinah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.irahzaraune.com/2019/09/5-aplikasi-percuma-setiap-pelancong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

Aplikasi Produk Muslim Semak Produk Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1889 hits
Isu boikot produk semakin hangat dibincangkan sekarang ni Kempen boikot produk pula giat dijalankan dan macam biasalah kecaman dan isu perkauman pun timbul Sebenarnya bab memboikot ni adalah sesuatu yang tidak bagus bila melibatkan perkauma...
Ppim Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim Bumiputera

Ppim Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim Bumiputera

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Kempen mendahulukan produk Muslim dan bumiputera dijangka akan berlarutan kerana program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan penyaluran maklumat kepada pengguna supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik ketika membeli...
Pencuci Serba Guna Yang Wajib Ada Di Setiap Rumah

Pencuci Serba Guna Yang Wajib Ada Di Setiap Rumah

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 724 hits
HiSetiap kali hujung minggu je mesti pening kepala fikir nak kena kemas rumah Nak cuci itu nak cuci ini Habis semua nak sental sana sini sebab dah lama tak membersih Nak sental sana sini tu takkan nak guna air je kan mesti nak kena guna bah...
100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim Produk Bumiputera

100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim Produk Bumiputera

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 686 hits
1 Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20 4 juta orang iaitu sebesar 69 3 Namun begitu pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera iaitu RM6 267 berbanding RM8 213 ...
Aplikasi Android Bagi Koleksi Komik Percuma

Aplikasi Android Bagi Koleksi Komik Percuma

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 174 hits
Sambutan yang diterima bagi salah satu posting amat memberangkan dan sehingga kini mencecah 16 000 kali akses Tahukah anda dalam tempoh 7 tahun blog juga turut telah berevolusi dan mereka telah menawarkan satu medium baru untuk membaca komi...
Pelancong Muslim Ke Jepun Melonjak Separuh Pertama 2019 Perluas Peluang Perniagaan Halal

Pelancong Muslim Ke Jepun Melonjak Separuh Pertama 2019 Perluas Peluang Perniagaan Halal

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 185 hits
KOCHI Semakin banyak kedai makan di Jepun menawarkan menu halal seiring lonjakan jumlah pelancong beragama Islam pada separuh pertama tahun ini Pelancong dari Malaysia dan Indonesia membentuk kumpulan terbesar pelawat Muslim ke Jepun Di wil...
Jom Sokong Produk Muslim Oku

Jom Sokong Produk Muslim Oku

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 644 hits
Jom sokong produk Muslim OKU pula la kali nie Anda pasti pernah jumpa mana mana oku menjual ditepi jalan kan Beli lah walaupun satu kalau anda tak nak makan atau pakai boleh je sedekah kepada orang lain Oku Muslim diluar sana banyak menjual...
Barangan Keperluan Asas Keluaran Muslim

Barangan Keperluan Asas Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 2003 hits
Barangan Keperluan Asas Keluaran Muslim siapa lagi tiada idea nak beli apa barang keluaran Muslim Ni haa is sertakan gambar kat sini boleh anda tengok dan dapatkan idea Walaupun tak banyak mana tapi dengan membeli barang keperluan asas kelu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City