5 Aplikasi Edit Video Paling Best Untuk Android
Assalamualaikum dan hai. Siapa disini suka edit video?Cik Renex adalah salah seorang yang suka edit video tapi hasil editting CR takde lah menarik pun, hanya biasa-biasa sahaja. CR suka tengok youtuber2 edit video, cantik sangat. Kalau CR entah hape-hape jadinya,asalkan boleh je. Video yang paling CR suka tengok adalah Yasmin Redzuan atau Princess Meenie dan Atiyah Saadon.
CR selalu edit video guna laptop kesayangan Acer tu je guna software Wondershare Filmora tapi tu lah, kadang tak sempat nak edit video guna laptop. Bila edit guna laptop, confirm akan makan masa lama sebab jadi 'ralit' edit. :) Jadi, kadang-kadang tu CR akan edit menggunakan smartphone je. CR nak kongsikan beberapa aplikasi telefon pintar anda yang boleh kita gunakan untuk edit video yang simple2 je dan cepat
CR akan kongsikan aplikasi yang boleh didownload dengan telefon yang ada software Android sebab CR guna android. Lets start
1. FilmoraGoFilmoraGo adalah salah satu aplikasi video yang CR paling suka sebab mudah untuk edit dan masukkan gambar atau video. Dan yang paling best, watermark dia hanya di hujung video, jadi kita boleh cut bahagian last video sebelum upload ke mana2 media sosial
Berikut adalah video yang diedit dengan menggunakan apps FilmoraGo.
View this post on Instagram
A post shared by Cik Renex | CR (@cikrenex) on Jul 25, 2017 at 3:56am PDT
2. Viva VideoViva video ni memang menjadi aplikasi kegemaran semua orang CR rasa cuma yang tak bestnya ada watermark. Untuk buang watermark kena lah bayar kan. :) Yang seronoknya apps ni adalah dia da sediakan template video yang cantik,tinggal kita je masukkan gambar dan trim apa yang patut
Bawah ni contoh video yang CR edit guna viva video
View this post on Instagram
A post shared by Cik Renex | CR (@cikrenex) on Apr 8, 2018 at 3:58am PDT
3. InshotPerkara yang CR suka tentang aplikasi Inshot ini adalah dia boleh squarekan video kita jadi ssesuai untuk post di instagram.
4. QuikQuik adalah aplikasi yang selalu digunakan oleh pengguna GoPro. Untuk yang tiada GoPro pun boleh jugak gunakan. Quik ini yang bestnya dia dah ada template video nya sendiri yang menarik. Jadi mudahlah keje kita,pilih je mana yang berkenan kan.
5. KineMaster
Kinemaster CR tak pernah guna tapi selalu tengok ramai kawan yang menggunakan apps ni. Pasti ianya mudah kan. Nanti CR cuba pulak.
Jadi, antara lima ni mana apps yang menjadi pilihan kegemaran anda? Tiada satu pun diatas? Sudi lah berkongsi aplikasi apa yang anda gunakan pulak. Boleh CR cuba nanti. Untuk edit gambar CR pernah berkongsikan juga aplikasi yang best untuk edit. Klik link dibawah untuk baca
http://renex89.blogspot.com/2017/08/3-aplikasi-edit-gambar-paling-best.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://renex89.blogspot.com/2019/03/5-aplikasi-edit-video-paling-best-untuk.html