5 Anggota Polis Disyaki Curi Barang Kemas Ketika Serbuan



5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan
SEKUMPULAN lima anggota polis disyaki mencuri barang kemas dan wang di dalam tabung ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Kedah, pada Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, seorang suri rumah berusia 36 tahun telah membuat laporan polis setelah mendakwa pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu mencuri seutas rantai dan gelang emas yang bernilai lebih RM8,000.
Wanita berkenaan turut mendakwa wang kertas dalam tabung milik anaknya yang dianggarkan bernilai RM700 juga lesap dan hanya tinggal syiling selain dua barang kemas terbabit.
Menurut sumber, pasukan polis yang diketuai seorang pegawai pada mulanya menyerbu rumah teres dua tingkat dihuni wanita berkenaan bersama suami dan dua anak mereka pada 1.20 pagi Sabtu lalu.
Ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur di bilik tingkat atas dan wanita berkenaan membuka pintu sebelum membawa polis yang mahu melakukan pemeriksaan terhadap suaminya.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui syabu yang dianggarkan seberat hampir empat gram dalam kotak rokok milik suami wanita terbabit sebelum lelaki itu digari di ruang tamu rumah,” katanya.
Tambah sumber itu, anggota polis kemudian menggeledah rumah yang mempunyai tiga bilik di tingkat atas rumah itu dengan masing-masing dijadikan bilik tidur, bilik menjahit dan bilik komputer.
Katanya, ketika polis menggeledah rumah dan tidak menjumpai dadah serta bahan bukti lain, wanita berkenaan sedang menyusu anaknya dalam bilik utama.
Baca juga: Syarikat sarung tangan getah, perabot diingatkan patuhi Akta 446
“Anggota polis kemudian membawa suami wanita terbabit ke IPD untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah,” katanya.
Namun, pada pukul 5 pagi hari yang sama, wanita tersebut yang memasuki bilik menjahit digeledah polis terkejut apabila mendapati barang kemas yang disimpan dalam kotak hilang manakala tabung besi milik anaknya pecah.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke IPD untuk bertanyakan mengenai barang kemas dan wang yang hilang itu namun kecewa apabila tiada sesiapa di bilik bahagian narkotik.
“Bagaimanapun, dia berjaya menghubungi seorang pegawai polis keesokannya sebelum dinasihatkan membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut mengenainya masih lagi dijalankan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan jika benar seperti didakwa kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota yang melakukan perbuatan terbabit,” katanya. E9
5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan
Baca Artikel Menarik:
‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi Bagi Anju peluang jadi ustazah ye.. Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video) Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15? ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/11/5-anggota-polis-disyaki-curi-barang-kemas-ketika-serbuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pulau Pinang Jalankan Siasatan Terperinci Dua Anggota Trafik Iring Kenderaan

Polis Pulau Pinang Jalankan Siasatan Terperinci Dua Anggota Trafik Iring Kenderaan

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 368 hits
GEORGE TOWN 8 Mei Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Ma...
Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 255 hits
Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota p...
Jangan Bazir Masa Anggota Polis Trafik

Jangan Bazir Masa Anggota Polis Trafik

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri digesa mengeluar mengumum dan menguatkuasakan dengan tegas garis panduan serta peraturan penggunaan iringan polis trafik Naib Presiden MUDA Zaidel Baharuddin menegaskan penggunaannya wajar dihadkan hany...
Cuba Rempuh Anggota Polis Tembak Kereta Penjenayah

Cuba Rempuh Anggota Polis Tembak Kereta Penjenayah

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 356 hits
Dua suspek yang cuba merempuh anggota polis berjaya ditahan di Jalan Melulugus Beaufort malam tadi BEAUFORT Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dinaiki dua pengedar dadah selepas mereka cuba merempuh anggota keselamatan ...
Tiga Anak Ni Tak Pernah Pakai Barang Kemas Bukan Kedekut Tapi Selesa Hidup Sederhana Bahagia

Tiga Anak Ni Tak Pernah Pakai Barang Kemas Bukan Kedekut Tapi Selesa Hidup Sederhana Bahagia

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 250 hits
Lain orang lain cara kehidupannya Memilih gaya hidup sederhana tanpa dipengaruhi oleh orang lain adalah yang sebaiknya kita lakukan Sederhana dalam segala segi Jika ada ibu bapa yang memewahkan anak dan isteri dengan barang kemas dan barang...
Emas Pelaburan Atau Barang Kemas Mana Lebih Baik

Emas Pelaburan Atau Barang Kemas Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 416 hits
Emas sebenarnya terbahagi kepada dua kategori Kategori pertama adalah emas yang digunakan untuk melabur manakala kategori kedua pula adalah emas untuk tujuan dijadikan barang kemas Ia adalah dua perkara yang berbeza Sebagai contoh emas labu...
Tiga Lelaki Rompak Wang Tunai Rm1 Juta Barang Kemas Dari Kedai Pajak

Tiga Lelaki Rompak Wang Tunai Rm1 Juta Barang Kemas Dari Kedai Pajak

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 289 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myPasir Mas Tiga lelaki menjadi buruan selepas terbabit dalam rompakan wang tunai bernilai RM1 juta dan pelbagai barangan kemas di sebuah kedai pajak gadai di sini semalam Kejadian berlaku kira kira 4 45 petang...
Mengeluh Belanja Barang Habis Rm200 Isteri Tenyeh Pampers Anak Ke Muka Suami

Mengeluh Belanja Barang Habis Rm200 Isteri Tenyeh Pampers Anak Ke Muka Suami

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 317 hits
Dengan peningkatan harga barang saban hari wang belanja setiap isi rumah juga semakin besar nilainya tambah lagi yang sedang membesarkan anak anak kecil
Rakyat Jangan Beli Barang Mentah Terlalu Banyak Nasihat Timbalan Menteri

Rakyat Jangan Beli Barang Mentah Terlalu Banyak Nasihat Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 382 hits
nbsp Masyarakat dinasihati untuk tidak membeli barangan mentah dalam kuantiti yang terlalu banyak bagi mengelak berlaku isu terputus bekalan sepanjang musim perayaan Aidilfitri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenangan Di Montreux Day 6

Beriadah Di Mana Mana Janji Bahagia

Resepi Kentang Putar Homemade

Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Irresistible Healthy Yogurt Recipes For Breakfast

Semoga Allah Melindungi Kita