5 Aneka Roti Klasik Resipi Ori Chef Frederic Oger Dari Perancis


Teringin nak makan roti klasik ori dari Perancis. Tekstur ringan, dan peroi berderai jadi identiti roti Perancis yang ori. Nah ini dia 5 aneka roti klasik dari  Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis.
Beliau yang menetap di Kuala Lumpur adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi rotinya ada yang rangup dan sedikit keras seperti juga roti Perancis yang lain. Dan ada juga variasi lembut gebu.

Rahsia tekstur ringan roti klasik ini adalah campuran doh ‘poolish’ atau doh matang pra penapaian yang disediakan sekurang-kurangnya 16 jam yang kemudiannya diadunkan dengan doh utama roti. Jom cuba…
1. ROTI RYE

BAHAN-BAHAN :
 Bahan doh utama :
375gm tepung gandum protein tinggi375gm tepung rye15gm garam17.5gm yis100ml minyak masak @ minyak zaitun30gm gula375ml air sejuk * dari peti sejuk CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin penguli roti, gaulkan hingga membentuk doh yang lembut.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang  sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Bulatkan doh dan biarkan ia berehat selama sejam sehingga mengembang dua kali ganda.
4. Ambil doh uli dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin, dan biarkan berehat selama 30 minit
5, Panaskan oven dengan suhu 210 darjah C
6. Masukkan dan bentukkan doh ke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak.
7. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong .
Saiz hidangan : 2 buku roti, 600gm tiap satu.
Waktu memasak : 20- 25 minit
2.BAGUETTE

BAHAN-BAHAN :
Bahan poolish
 *doh yis matang pra penapaian pre ferment untuk dicampur ke dalam doh utama :
209gm tepung gandum serba guna209ml air0.2gm yis kering*menghasilkan 418gm poolish
Bahan doh utama :
418gm tepung roti199ml air2gm yis13gm garam418gm adunan  poolish yang sudah dibuat 12 jam sebelum doh utama CARA MEMASAK:
Cara buat adunan poolish :
Satukan dan campurkan ke semua bahan menggunakan senduk kayu (rata)Biarkan ia rehat semalaman, iaitu kira-kira 12 jam untuk dicampurkan sekali dengan doh utama.Biarkan rehat dalam suhu bilik.Cara buat doh utama ,baguette :
Masukkan semua bahan termasuk poolish ke dalam mesin adunan kecuali garamBiarkan diadun dengan kelajuan sederhana, selama 5 minit.Kemudian laju selama 5 minit lagiGaram dimasukkan ketika 2 minit sebelum berhenti.Biarkan ia rehat 20 minitKemudian bentukkan roti menjadi lonjong, kelar di atasnyaBiarkan ia rehat dan mengembang (beberapa jam)Panaskan oven dalam suhu 210 Celcius untuk selama 10 minit.Bentukkan doh dan bakar baguette dalam suhu 210 selama 25 minitKeluarkan dan biarkan ia sejuk di atas redai , barulah dipotongSaiz hidangan : 3 buku roti, 330gm tiap satu.
Waktu memasak : 25- 30 minit
3. ROTI FOCACCIA

BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum10gm garam12gm yis275gm kentang lecek | direbus dan lecek280ml air50ml minyak zaitun20gm daun rosemary15gm garam lautLada benggala secukupnya untuk hiasan | dipotong kecilCARA MEMASAK :
Campurkan dan gaulkan kesemua bahan ramuan hingga membentuk doh yang licin dan lembut.Kemudian masukkan minyak zaitun dan kentang,Griskan papan canai dan tangan sebelum mengadun doh. Doh seharusnya licin dan tidak melekat di tepi mangkuk adunan.Biarkan ia rehat kembang sekali ganda, keluarkan dan tumbuk-tumbukan hingga dikeluarkan angin.Biarkan sebentar dan bentukkah doh di atas dulang pembakar.Hiaskan di atasnya dengan daun rosemary cincang (atau yang kering) dan lada benggalaBiarkan ia kembang sekali lagi dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan 10 minit sebelum itu dengan suhu 230 darjah Celcius.Bakar dalam tempoh 20-25 atau hingga keperangan.Saiz hidangan :2 buku roti, 500gm tiap satu.
Waktu memasak : 20-25 minit
ROTI MULTIGRAIN
 BAHAN-BAHAN :
Bahan doh masam :
* pra penapaian (pre ferment)
250gm tepung gandum2 gm yis kering150ml air*menghasilkan 375gm doh masam 
Bahan doh utama :
250gm tepung roti5gm yis375gm doh masam5gm garam100gm bijirin campur3gm bread improver CARA MEMASAK :
Cara buat doh masam (pre fermentasi/ doh yis matang)
Buatkan doh dengan mencampurkan segala bahan doh masam sehingga konsistensi tercapai. Gaulkan dengan tangan sehingga ia berada dalam keadaan licin..Rehatkan doh masam di dalam chillerTutup dengan kain dan biarkan semalaman sekurang-kurangnya 16 jam.Cara buat doh utama :
Cara membuat doh utama :
Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengadun dan bentukkan menjadi dohMulakan dengan adunan perlahan dan sudahi dalam mode laju.Setelah doh tidak melekat di tepi mangkuk biarkan ia berehat dan mengembang, dalam masa 2 jam.Tumbuk-tumbukkan doh dan bentukkan dohBiarkan berehat dan mengembang dalam masa 45 minit.Taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh, bentukkan doh memanjang. Bentukkan semula doh dan biarkan berehat dan mengembang lagi 45 minit.Biarkan berehat untuk mengembang/menaik sehingga 2 kali ganda saizSusunkan roti dalam dulang atau tin pembakar .Bakar di dalam kaedah ‘steam bake’ (meletakkan tin pembakar di atas bekas berair). Pastikan over sudah dipanaskan dengan suhu 210-240 darjah celcius dan bakar dalam 25 minit dan 15 saat dalam mode stim 15 saatSaiz hidangan : 3 buku roti, 300gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
CIABATTA
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
310gm tepung gandum10gm garam2 gm yis kering190ml air50ml minyak zaitun382gm poolish (doh pra fermentasi, yis matang)Bahan poolish :
190gm tepung190ml air2 gm yis keringCARA MEMASAK :
Sehari sebelum sediakan doh poolish *rujuk cara buat poolish di resipi roti baguette.Poolish tutupkan dengan pembalut plastik dan biarkan berehat dalam suhu bilik hingga matang, kira-kira 12 jam.Esok harinya, buatkan doh utama dan masukkan poolish dalam adunan dan adun untuk 10 minit tetapi hanya guna 140 ml air dulu di atas papan canai. Baki 50ml air diketepikan untuk kegunaan kemudian.Masukkan minyak zaitunDoh kemudian di letakkan balik di dalam mangkuk adunan dan masukkan baki 50ml air tadi.Ini akan mengambil masa tambahan 5 minit.Hasil doh adalah doh yang lembab dan basah dan kemudian tuangkan di dalam bekas yang telah digris minyak, tutupkan dan biarkan ia menapai untuk 3jam.Lipat dan kaup selepas 1 hingga 2 jamSelepas 3 jam, ambil doh dan letakkan atas papan canai bertepung dan bahagikan kepada 1/2. (2 keping)Setiap doh,dilipatkan dari kiri ke tengah dan kanan ke tengah, letakkan kepingan di atas alas dulang bertepung dan tutupkan dengan kainSelepas ia menapai selama 40 minit, letakkan kepingan doh di atas tin pembakar roti , dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 230 darjah Celcius.Bakar selama 25-35 minit, letakkan bekas berisi air di bawah tin pembakar.Tambahkan lagi 15 saat dalam mode ‘steam bake’Saiz hidangan : 2 buku, 500gm tiap satu
Waktu memasak : 35 minit
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/5-aneka-roti-klasik-resipi-ori-chef.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Tart Telur Guna Roti Gardenia

Resipi Mudah Tart Telur Guna Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1529 hits
Kali ini nak kongsikan dengan anda resepi yang simple dan menarik bahan bahan pun tidak perlu risau untuk dapatkannya Resepi Tart Telur Simple Guna Roti GardeniaBahan bahanRoti gardenia5 biji telur300gm susu segar50gm susu pekat140gm gula a...
Roti Perancis Telur Bersayur Untuk Sarapan Dan Minum Petang

Roti Perancis Telur Bersayur Untuk Sarapan Dan Minum Petang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1380 hits
Selamat pagi Roti Perancis Telur Bersayur Untuk Sarapan Dan Minum PetangRoti telur bersayur untuk bekpes pagi ni
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1028 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
5 Idea Aneka Roti Menarik Boleh Hidang Di Jamuan Anak Anak

5 Idea Aneka Roti Menarik Boleh Hidang Di Jamuan Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 792 hits
Pilihan bakeri kali ini memang sesuai kalau nak buat tea party atau makan petang bersama anak anak dan seisi keluarga Selain tekstur yang gebu dan lembut gaya hiasan dan persembahan roti yang lahir daripada kreaviti pembuatnya juga menjadik...
Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1766 hits
Kuih Apam kukus adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu dulu keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini Nak buat pun mudah Jom cub...
4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 497 hits
Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang chef apabila makanan yang dihidangkan mendapat pujian Terasa berbaloi keringat yang menitik itu Setiap detik berlalu adalah pelajaran yang baharu buat mereka yang bergelar chef Ini lah antara lua...
Chef Wan Dikecam Netizen Dakwa Peneroka Felda Malas

Chef Wan Dikecam Netizen Dakwa Peneroka Felda Malas

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 297 hits
Baru sahaja dilantik sebagai Ikon Anak Felda Chef Wan telah mencetuskan kontroversi dengan melontarkan kritikan pedasnya terhadap golongan peneroka Felda yang dikatakan malas bekerja serta menyamakan golongan berkenaan seperti kucing Chef W...
Chef Wan Dilantik Ikon Anak Felda

Chef Wan Dilantik Ikon Anak Felda

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 373 hits
Selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sedia turun padang dan berkongsi pengalamannya sebagai inspirasi membantu generasi baharu anak peneroka FELDA JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya