5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir
5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir. Kini anda mampu mencipta persekitaran TERBAIK yang mampu membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih mudah & pantas - hanya dalam 14 hari!
Ramai para ibu bapa pada hari ini semakin risau apabila menyedari anak mereka masih gagal menghafal sifir walaupun usianya semakin meningkat.. Ini kerana menghafal sifir adalah asas PENTING yang memudahkan mereka menguasai Matematik..
Jika sebelum ini tugas membimbing anak menghafal sifir terletak pada bahu para guru Matematik, pada zaman COVID-19 ini tanggungjawab membimbing tersebut adalah tanggungjawab anda sepenuhnya kerana mereka sentiasa ada di rumah.. Anda perlu melakukan sesuatu untuk memastikan mereka mampu menghafal sifir agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran..
Untuk mengajar anak menghafal sifir di rumah, anda perlu tahu cara atau teknik yang paling berkesan untuk mendorong mereka mula menghafal sifir tanpa sebarang paksaan mahupun drama air mata..
Tahukah anda, sebenarnya anda boleh memupuk sikap nak menghafal sifir ini dengan lebih mudah jika anda mengetahui cara yang betul mengajar anak anda dan menyediakan persekitaran yang terbaik untuk pembelajaran di rumah dengan melakukan aktiviti yang menarik..
Ini antara 5 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda mula menghafal sifir dan menguasai matematik dengan lebih baik:
#1 - Aktiviti Menggunakan LEGO bricksGunakan LEGO bricks untuk membina kumpulan yang sama atau gunakannya untuk membuat susunan. LEGO bricks juga merupakan kaedah terbaik untuk memodelkan kumpulan jika anda menggunakan setiap bonggol yang ada pada bahagian atas brick tersebut sebagai satu unit.
#2 - Aktiviti Permainan Dam UlarModenkan kembali permainan lama yang menjadi kegemaran ramai ini dengan versi sifir. Untuk bermain, pemain pertama melempar dadu dan kemudian menggerakkan permainan mereka mengikut ruang yang ditetapkan.. Anak anda mesti menjawab masalah sifir dengan betul.. Sekiranya mereka dapat melakukannya dengan betul, mereka akan tetap bertahan pada kedudukan tersebut.. Sekiranya tidak, mereka kembali ke ruangan sebelumnya sehingga mereka dapat menjawab dengan betul. Yang pertama sampai di kepala ular akan menang.
#3 - Aktiviti Menggunakan DominoDomino adalah alat yang bagus untuk menghasilkan persoalan sifir yang berbilang digit. Ambil dua domino dan gariskan secara mendatar. Ia akan menjadi persoalan matematik yang perlu pelajar selesaikan.. Sebagai contoh, katakanlah satu domino mempunyai 4 dan 2, dan domino kedua mempunyai 1 dan 6. Maka persoalan Matematiknya ialah 42 x 16.
#4 - Aktiviti Permainan JengaGunakan penanda untuk menulis masalah pendaraban pada setiap 54 blok dalam permainan Jenga.. Pelajar mula bermain permainan ini dengan mengumpulkan semua blok menjadi menara terlebih dahulu, kemudian mengeluarkan satu blok pada satu masa mengikut giliran. Objektif permainan adalah untuk membuang blok tanpa meruntuhkan menara.. Kelainan dalam versi ini adalah, setiap pelajar perlu berjaya menyelesaikan soalan sifir pada blok yang mereka keluarkan untuk mengambilnya.. Jika menara runtuh, pemain dengan blok terbanyak akan menang.
#5 - Aktiviti Membina Menara Dengan Cawan Plastik/KertasMula-mula, tulis masalah pendaraban pada bahagian luar cawan, kemudian tuliskan jawapan di dalam cawan (pada bahagian bawah). Sekiranya pelajar mendapat jawapan yang betul, mereka boleh mula membina menara. Setiap kali jawapan yang betul diberikan, mereka akan menambahkan cawan tersebut ke menara yang di bina.. Ini boleh dilakukan secara solo atau dengan rakan-rakan dan keluarga anda..
Memilih cara pembelajaran yang sesuai dan berkesan sangatlah penting.. Antara cara yang terbukti berkesan untuk menghafal sifir ini selain cara di atas ialah dengan menggunakan flashcard "Gaya MathMedic" yang diperkenalkan oleh Encik Osman Affan yang telah membantu ramai pelajar menguasai sifir & Matematik dengan lebih mudah dan pantas..
Dengan aktiviti yang menarik, ditambah pula dengan cara pembelajaran yang berkesan seperti flashcard gaya MathMedic ini, anda pasti berjaya membimbing anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar dalam tempoh kurang 14 hari!
Kini masa depan anak anda ada di tangan anda.. Inilah langkah pertama yang anda perlukan untuk mengubah mereka menjadi lebih berjaya menguasai Matematik dengan mula menghafal sifir dalam masa yang singkat.. Inilah kejayaan pertama yang penting untuk anak anda!
Klik link berikut untuk mula belajar teknik menghafal sifir gaya MathMedic agar dapat membantu anak anda hafal sifir dan menguasai asas Matematik dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rujukanniaga.com/2023/02/5-aktiviti-menarik-yang-mampu-tarik.html