4757 Fikir Mudarat Lebih Besar Utusan Malaysia 3 1 19
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mencagarkan MyKad kepada pihak ketiga atas alasan kesempitan wang
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, wang yang dipinjam daripada aktiviti cagaran itu tidak berbaloi kerana boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar
“Mykad boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dalam kes pemalsuan dokumen mahupun jenayah lain sehingga menyebabkan orang lain yang tidak bersalah pula disabitkan kesalahan
“Apatah lagi kalau kad pengenalan diri itu digunakan untuk tujuan lebih besar seperti meminjam wang dengan menggunakan nama orang lain sehingga menyebabkan orang yang memajak itu pula terpaksa menanggung beban hutang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini
Hasil pendedahan eksklusif Utusan Malaysia pada 6 Disember lalu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana menjalankan aktiviti pajak MyKad sejak 10 tahun lalu bagi meraih keuntungan mudah di sebuah rumah kedai di Tanah Merah, Kelantan, semalam
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan melihat situasi yang berlaku itu sebagai masalah sosial yang perlu ditangani segera
“Kita bukannya berada di sebuah negara daif sehingga berlaku situasi terdesak itu dan saya rasa pelik kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negeri yang majoritinya penduduk Islam
“Jadi, perkara ini perlu dibanteras supaya tidak timbul masalah besar lain sehingga boleh menyebabkan keadaan huru-hara,” jelasnya
Artikel Oleh : Utusan MalaysiaFIKIR MUDARAT LEBIH BESAR http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fikir-mudarat-lebih-besar-1.814993#ixzz5bW6ZhcUe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ppim4u.blogspot.com/2019/01/4757-fikir-mudarat-lebih-besar-utusan.html