Zahid Saran Bpn Diperluas Pada Peniaga Kecil Bawah Ssm


MALAYSIAKINI    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan supaya memperluaskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merangkumi peniaga kecil yang mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zahid berkata, beliau khuatir jika individu yang pernah mendaftar perniagaan sebelum ini sudah tidak lagi aktif berniaga dan akhirnya tercicir daripada menerima bantuan kerajaan itu.

"Kekhuatiran saya adalah bagi pemohon BPN yang satu ketika dulu pernah mendaftar perniagaan dengan SSM tapi kini mereka sudah tidak lagi aktif berniaga.

"Mungkin sekarang mereka sudah kembali menjadi pekerja ataupun bekerja sendiri dengan pendapatan yang tak seberapa.

"Lebih malang lagi jika perniagaan yang cuba mereka ceburi mengalami kerugian dan kini tidak punya sumber pendapatan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod mereka yang mendaftar perniagaan dengan SSM secara automatik tidak layak untuk mendapat BPN.

Sebaliknya mereka perlu memohon Geran Khas Prihatin (GKP). Bantuan yang diberikan melalui GKP ini adalah berjumlah RM3,000.

Namun, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu memohon GKP antaranya adalah jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan kurang daripada RM300,000 dan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Pada 27 Mac lalu, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatian Rakyat (Prihatin), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan BPN.

Melalui BPN kerajaan menyalurkan bantuan dalam bentuk one off atau sekali bayar kepada kumpulan B40 dan M40.

Semalam, sebanyak 2.3 juta lagi permohonan baru dan rayuan BPN telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baru dan rayuan ini.

Dalam pada itu, Zahid berkata alasan yang digunakan sebelum ini sekiranya seseorang itu mempunyai syarikat yang berdaftar dgn SSM, secara automatik tidak layak untuk mendapat bantuan tunai BSH, BPN dan sebagainya tidak tepat.

Ini kerana katanya, di negara ini terdapat ramai individu berniaga pada skala kecil, ramai juga yang mengambil gaji bulanan sedikit saja dari syarikat mereka dan keuntungan syarikat yang diaudit dilaporkan ke LHDN juga menunjukkan keuntungan yang sangat.

"Saya berpandangan, sekiranya jumlah pendapatan tahunan mereka layak sebagai penerima bantuan (dari dividen syarikat dan gaji bulanan yang diambil), maka kerajaan seharusnya tetap memberi bantuan tunai kepada mereka menerusi BPN.

"Sekiranya ini dilaksanakan, pada hemat saya, secara tak lansung kerajaan dapat galakkan rakyat untuk melaporkan pendapatan secara telus dan jujur pada masa akan datang.

"Justeru, saranan saya adalah kerajaan perlu memperluaskan bantuan BPN kepada golongan ini agar tujuan pakej rangsangan ekonomi yang dirangka kerajaan mencapai objektifnya," kata Zahid lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/zahid-saran-bpn-diperluas-pada-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemohon Atau Pasangan Berdaftar Ssm Tidak Layak Bpn Fasa 2

Pemohon Atau Pasangan Berdaftar Ssm Tidak Layak Bpn Fasa 2

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 437 hits
PEMOHON ATAU PASANGAN BERDAFTAR SSM TIDAK LAYAK BPN FASA 2 Berdasarkan semakan status BPN anda berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama Walau bagaimanapun mengapakah semakan semula di Portal BPN mendapati status BPN anda telah bertuka...
Leave No One Out Zahid Urges Gov T To Widen Bpn Scope

Leave No One Out Zahid Urges Gov T To Widen Bpn Scope

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 268 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has urged the government to widen the scope of Bantuan Prihatin Nasional to include those in need who don t qualify on the surface to receive the financial aid In a statement Zahid said that the suggested m...
Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 529 hits
Minggu ini kecoh di media sosial tentang rasa kekecewaan beberapa pihak dan individu apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional telah ditolak dengan alasan mempunyai rekod SSM Jumlah ini melibatkan seramai 451 865 pemohon yang telah ditol...
Normal Baharu Peniaga Guna Wang Bpn Jadikan Modal Jual Buah Dalam Talian

Normal Baharu Peniaga Guna Wang Bpn Jadikan Modal Jual Buah Dalam Talian

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 405 hits
Astro Awani Setiap hari Azizi akan mengambil tempahan daripada pelanggan dan menghantar sendiri buah buahan ke rumah pelanggan Astro AWANI Adie Sufian Zulkefli ALOR SETAR Seorang peniaga buah di Kepala Batas Alor Setar tidak mahu perintah k...
451 865 Permohonan Bpn Di Tolak Kerana Ada Rekod Ssm

451 865 Permohonan Bpn Di Tolak Kerana Ada Rekod Ssm

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 234 hits
CYBERJAYA Hampir separuh daripada 1 05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Seri Sabin ...
Ada Anak Kecil Bukan Halangan Rumah Syatilla Melvin Macam Tongkang Pecah

Ada Anak Kecil Bukan Halangan Rumah Syatilla Melvin Macam Tongkang Pecah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 382 hits
Gemar melakukan aktiviti dekorasi di rumah Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin kongsi perubahan yang dilakukannya di laman Instagram Syatilla juga memaklumkan sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan tem...
Kisah Orang Orang Keturunan Jawa Yang Terjebak Di Suriname Negara Kecil Di Amerika Selatan

Kisah Orang Orang Keturunan Jawa Yang Terjebak Di Suriname Negara Kecil Di Amerika Selatan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 553 hits
Gimana sih awal mulanya kok bisa banyak orang Jawa tinggal di Suriname Apalagi mereka nggak bisa ngomong bahasa Indonesia dan lebih fasih berbahasa Jawa
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First