45 Pati Ditahan Sebaik Sahaja Tiba Di Perairan Malaysia


Oleh Afiq Mohd. Shah ATM berjaya menahan 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru sahaja tiba di perairan Malaysia. SERAMAI 45 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru sahaja tiba di Malaysia melalui ‘jalan tikus’ berjaya ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tiga siri tangkapan selama dua hari sejak semalam.
Markas Divisyen Ketiga Infrantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 45 PATI warganegara Indonesia itu ditahan berdekatan kawasan Teluk Punggai, Kota Tinggi, Johor.
Menurut 3 Div, serbuan pertama melibatkan 30 PATI dilakukan selepas Radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot mencurigakan menghala ke Teluk Punggai pada pukul 8 malam semalam.
Selepas itu, 3 Div berkata, anggota petugas pos pemerhati turut mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di perairan tersebut serta mengesan kelibat individu sedang menuruni bot menuju ke arah pantai.
“Hasil serbuan yang dilakukan pada pukul 11 malam telah berjaya menahan dan membuat penangkapan ke atas 30 PATI berkenaan yang dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan tidak sah.
“Pasukan Gerakan Reaksi Pantas (QRF) bersama pasukan dron ATM telah diatur gerak bagi membuat penjejakan untuk mencari kemungkinan saki-baki PATI yang masih bersembunyi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasilnya, 3 Div memberitahu pasukan QRF telah berjaya menangkap tujuh lagi individu berhampiran kawasan serbuan pertama pada pukul 8.40 pagi tadi dan lapan lagi PATI turut ditahan kira-kira pukul 11 pagi.
3 Div berkata, kesemua individu tersebut yang terdiri daripada 33 lelaki dan 12 wanita merupakan warganegara Indonesia berusia antara 17 hingga 56 tahun.
“Kesemua mereka telah dibuat saringan COVID-19 di Pos Tanjung Sepang dengan hasil ujian mendapati kesemuanya negatif COVID-19.
“Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas dengan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM32,851.19 melibatkan mata wang ringgit, rupiah dan beberapa mata wang asing lain,” jelasnya.
Pihak 3 Div turut merampas 38 telefon bimbit dan barang perhiasan.
Jelasnya, usaha atur gerak pasukan QRF dan dron ATM serta bantuan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diteruskan bagi menjejak kemungkinan saki-baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/45-pati-ditahan-sebaik-sahaja-tiba-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 220 hits
Tangkapan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Osaka April lalu selepas pihak kastam menjumpai jongkong emas melebihi 100 kilogram dianggarkan bernilai lebih 500 juta yeb SHAH ALAM Seramai 10 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa...
Pati Myanmar Bayar Rm5 000 Untuk Masuk Malaysia

Pati Myanmar Bayar Rm5 000 Untuk Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh Polis merampas kenderaan yang digunakan sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar melalui Op Pintas di daerah Seberang Perai Utara FOTO ihsan FB PDRM Pulau Pinang BUTTERWORTH Polis menumpaskan sindiket pemer...
Malaysia Bukan Sahaja Hadapi Korupsi Ilmu Malah Korupsi Nilai

Malaysia Bukan Sahaja Hadapi Korupsi Ilmu Malah Korupsi Nilai

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 268 hits
Seorang bekas Perdana Menteri telah didapati bersalah dengan kesalahan salah guna kuasa dan dihukum 12 tahun penjara beserta denda RM210 juta Tapi dengan tak malunya dia pohon kepada Kerajaan untuk dihadiahkan kepada dia rumah dan tanah ber...
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 479 hits
Di bawah dikongsikan informasi berkaitan permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia Ia merangkumi tarikh tarikh penting cara memohon dan maklumat lanjut The post appeared first on
Siapa Pm Malaysia

Siapa Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 293 hits
Siapa PM Thailand aku langsung Tak boleh ingat Tak boleh Teka pun Siapa PM Laos Vietnam kemboja sama juga Tak tau Siapa PM Myanmar Tentera ITU Saja jawapan aku Siapa PM Indonesia dengan bangga aku sebut Jokowi Siapa PM Filipina aku tahu tap...
Pm Malaysia Working With Asia Europe Meeting Partners To Establish Vtl

Pm Malaysia Working With Asia Europe Meeting Partners To Establish Vtl

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 328 hits
PM Malaysia working with Asia Europe Meeting partners to establish VTL Malaysia is currently working with a few Asia Europe Meeting partners like Singapore and Indonesia to establish the Vaccinated Travel Lane on the path of socio economic ...
Mohon Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40 Semak Syarat Kelayakan

Mohon Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40 Semak Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 548 hits
Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2 500 dan ke bawah kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dengan nilai bantuan sebanyak RM2 000 untuk setiap isi rumah di Malaysia Nilai bantuan ini lebih banyak berband...
Program Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera Kukuhkan Semangat Kerjasama Rakyat

Program Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera Kukuhkan Semangat Kerjasama Rakyat

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 416 hits
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui semua agensinya harus memastikan usaha yang lebih agresif dijalankan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan segmen pelancongan budaya Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri Malay...
Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Ethiopia

Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Ethiopia

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 234 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray Menurut kenyataan kem...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63