40 Senarai Lagu Merdeka Dan Lagu Patriotik Malaysia Terbaik Dengan Lirik


Selain mendeklamasikan sajak sempena hari Kemerdekaan, lagu Merdeka dan juga Lagu Patriotik juga membangkitkan semangat patriotisme. Lagu patriotik evergreen (malar segar) sering menjadi pilihan dan membakar semangat jika didengarkan sehingga kini. 
Berikut senarai himpunan lagu Merdeka dan lagu patriotik Malaysia terbaik baru dan lama dengan lirik

40 Senarai lagu merdeka dan lagu patriotik Malaysia Terbaik1. Lagu Tanggal 31 - Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji ArshadLagu patriotik Tanggal 31 dinyanyikan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad. Rentak lagu ni rancak dan catchy mudah melekat dalam kepala. Sampai sekarang masih ingat bait-bait liriknya.

Sempena lagu Tanggal 31 ini juga,  Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad telah mencipta sejarah dengan memakai busana inspirasi daripada bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sewaktu menyanyikannya.

Lagu Tanggal 31 juga merupakan karya patriotik ikonik yang asalnya dinyanyikan oleh penciptanya sendiri iaitu Allahyarham Ahmad CB. Menariknya, versi Ahmad CB melodinya berentak perlahan dan kedengaran lebih klasik


Lirik Lagu Tanggal 31Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka merdeka merdeka
MERDEKA

2. Lagu Malaysia MADANI Lagu Malaysia MADANI merupakan lagu tema rasmi bagi pentadbiran negara kini yang berkonsepkan MADANI dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia kesepuluh atau lebih dikenali dengan PMX iaitu YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim

baca juga : lagu Malaysia MADANILirik lagu Malaysia MADANIPeradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!

3. Lagu Tekad Perpaduan Penuhi HarapanLagu Hari Kemerdekaan Ke-66 2023 bertajuk "TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN" dicipta dan lirik ditulis oleh Affan Mazlan, dinyanyikan oleh penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul. Suara Latar oleh Gemersik Korus dengan iringan Orchestration oleh Datuk Mokhzani Ismail dan diterbitkan oleh Bhg Muzik RTM

baca juga : lagu hari Kemerdekaan 2023
Lirik lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Khai Bahar & Aina AbdulTakkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
(Ulang 2x)

Cintai Malaysia…Selamanya
4. Lagu Keluarga Malaysia Teguh BersamaLagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama merupakan lagu tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022

Lirik Lagu Keluarga Malaysia Teguh BersamaLagu : Kusham
Lirik : Zaira Sham
Laungan kita Malaysiaku... tanah airku Negaraku...Malaysiaku Lihatlah kita... wahai bangsaku 
Setiap jiwa pasti bangga Atas nama bangsa Malaysia Sekian lama merdeka Tertumpahnya cinta 
Usia kita makin dewasa Berkali-kali kita diuji Kasihnya bangsa dibela Maruah dijaga 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Laungan kita Malaysiaku... tanah airku Negaraku...Malaysiaku Lihatlah kita... Wahai bangsaku 
Semaikan cinta gerak hati pasti murni Nyala semangat dipalu Kita bagai aur dengan tebing 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Laungan kita Malaysiaku... tanah airku Negaraku...Malaysiaku Lihatlah kita... wahai bangsaku 
Semaikan cinta gerak hati pasti murni Nyala semangat dipalu Kita bagai aur dengan tebing Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Semaikan cinta gerak hati pasti murni Nyala semangat dipalu Kita bagai aur dengan tebing Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Semaikan cinta Gerakkan hati Nyala semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Semaikan cinta Gerakkan hati Nyala semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama
5. Lagu 1 MalaysiaLagu Satu Malaysia dicetuskan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53 dan masih popular sehingga hari ini. Kejayaan lagu ini bertitik tolak daripada matlamat kerajaan untuk mencapai gagasan terhadap pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia

Lirik Lagu 1 MalaysiaDunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
6. Lagu Jalur GemilangLagu Jalur Gemilang judul asalnya 'Benderaku' yang ditulis oleh penulis lagu, Tony Fonseka. Selepas bendera Malaysia diberikan nama Jalur Gemilang, lagu kebangsaan telah dikemas kini pada tahun 1997 selari dengan perubahan ini.

Kemudian disusuli dengan pengenalan lagu bendera baharu, dengan susunan oleh penulis lagu Malaysia Pak Ngah dan lirik oleh penulis lagu Siso Kopratasa.

Lagu Jalur Gemilang dicipta sebagai dedikasi terhadap bendera kebangsaan Malaysia. Lirik yang terkandung dalam karya ini menjelaskan setiap warna dan lambang yang terdapat pada bendera ini. Menerusi nyanyian, dapat membantu anak-anak terutamanya, mengetahui maksud di sebalik lambang dan warna yang ada dengan mudah.

Lirik Lagu Jalur GemilangMerahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang
7. Lagu Keranamu MalaysiaLagu Keranamu Malaysia dicipta oleh pengubah lagu terkenal Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Lirik oleh Syed Indera Syed Omar atau dikenali sebagai SISO

Keranamu Malaysia merupakan lagu patriotik sekitar tahun 2000 sehingga 2006. Rentak lagunya yang rancak menjadikan lagu ini sedap didengari selainmengeluarkan bait-bait lirik yang membuatkan pendengar berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Bait lirik di bahagian akhir “Terima kasih Malaysia!” seperti laungan membuatkan sesiapa saja yang menyebutnya akan merasai semangat yang berkobar-kobar dalam diri. Rangkap-rangkap lirik sebelumnya menceritakan perkembangan dan kemajuan negara yang berlaku, di mana telah memberikan keselesaan kepada kelangsungan rakyat pada hari ini

Lirik Lagu Keranamu MalaysiaBuruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia...
Malaysia...

TERIMA KASIH, MALAYSIA

8. Lagu Inilah Barisan KitaLagu Inilah Barisan Kita sinonim dengan Perajurit Tanah Air. Lagu ini merupakan diptaan oleh saudara Saiful Bahari. Di dalam karya in mengandungi lirik-lirik pujian kepada kesediaan perajurit untuk berperang dan mati.

Mendengar lagu ini pastinya akan membuatkan pendengar rasa merinding berdiri bulu roma kerana semangat yang ada pada liriknya berjaya disampaikan. Bait-bait liriknya membuatkan pendengar membayangkan para perajurit yang berjuang melindungi keamanan dan kedaulatan negara.

Lirik Lagu Inilah Barisan KitaInilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
9. Lagu Sejahtera MalaysiaVersi asal lagu Sejahtera Malaysia diyanyikan oleh Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil, Elaine Kang dan Desree pada tahun1980-an. Walaupun Lagu Sejahtera Malaysia telah dinyanyikan semula dalam pelbagai versi namun lagu ini masih mengekalkan semangat cintakan negara.

Lagu ini melambangkan kesyukuran rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, budaya dan bangsa kerana dapat menjalani kehidupan di sebuah negara yang aman dan makmur.

Lirik Lagu Sejahtera MalaysiaPuji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
10. Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal TahirLagu patriotik bernuansa pop dengan gabungan hip hop yang mengangkat kisah perjuangan pelayar Melayu hebat, Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca yang telah berjaya mengelilingi dunia. Lagu ini dipersembahkan oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir pada 2016

Lirik Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal TahirNegaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya

Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Kalau kata itu kota
Kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu pewira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf

Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila berlayar
Hamba keliling dunia
Tuannya yang terkenal
Dah merdeka dijasad harus bebas diakal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Dan dari lima puluh tujuh jalannya
Telah disuluh bangkit
Seakan subuh rebung
Dilentur buluh terus ke
Enam tiga
Kami menjadi kita jangan dipersia
Akibat titik-titik nila

Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya ini

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita (negaraku)
11. Lagu Malaysia - Faizal TahirLagu Malaysia ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir dihasilkan pada tahun 2018. Lagu ini bergenre pop rock tetapi dipersembahkan dengan lenggok nyanyian ala irama Malaysia yang sangat subtle pada verse tertentu

Lagu Malaysia berkonsep patriotik dan lagu ini sangat kena dengan jiwa pendengar generasi muda. Ia mengisahkan tentang luahan jiwa seseorang yang sanggup mempertahankan tanah air tercinta kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi dan walau apa pun rintangan mendatang, Malaysia tetap di hati selamanya.

Lirik Lagu Malaysia - Faizal TahirAku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Malaysia
12. Standing In The Eyes Of The World - EllaLagu Standing In The Eyes Of The World dicipta oleh Datuk Wah Idris manakala liriknya pula ditulis Datuk Habsah Hassan. Standing In The Eyes Of The World, sebuah lagu patriotik ikonik bertaraf dunia yang mampu membuatkan bulu roma meremang bila mendengarnya

Asalnya ia menjadi lagu tema Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Akan tetap apabila dihayati liriknya, ianya bersesuaian untuk dijadikan lagu patriotik untuk kemerdekaan negara.

Tambah menarik lagi, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam temasya Sukan Komanwel pada 1998 dan kemudian menyanyikannya sekali lagi pada acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017

Lirik Lagu Standing In The Eyes Of The World - EllaPahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

13. Lagu Malaysia BerjayaLirik lagu Malaysia BerjayaMalaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
14. Lagu MuhibbahLirik lagu MuhibbahMuhibbah muhibbah
Itulah amalan kita semua
Muhibbah muhibbah
Sejak sedari zaman purbakala

Tunaikanlah ikrar
Satu nusa satu bangsa merdeka
Satu loghat dan satu suara
Dalam Malaysia jaya

(Chorus)
Junjung tinggi cita-cita bangsa
Hormatilah perlembagaanya
Marilah kita berganding tangan
Hapuskanlah jurang perbezaan

Muhibbah muhibbah
Gema bersatu padu satu bangsa
Negara ‘kan makmur bahgia
Dalam Malaysia jaya

Junjung tinggi cita-cita bangsa
Hormatilah perlembagaanya
Marilah kita berganding tangan
Hapuskanlah jurang perbezaan

Muhibbah muhibbah
Gema bersatu padu satu bangsa
Negara ‘kan makmur bahgia
Dalam Malaysia jaya
15. Lagu Malaysia TercintaLirik Lagu Malaysia TercintaTanah air tercinta
Ibu pertiwi warisan bangsa
Negaraku Malaysia bebas merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran

Bertekap dan berbakti
Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita
Keluhan resah

Tiada main di jiwa
Semuanya bergantiukan ceria
Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan

Malaysia tanah tercinta
Budimu tinggi nilainya
Kami menerima jasamu
Tak terbalas walau bergalang nyawa
Demi mu tetapku relakan
Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dn budi
Tetapku sanjung tinggi
Tetapku sanjung tinggi
16. Lagu Bumi MalaysiaLirik Lagu Bumi MalaysiaBersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku
Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru
17. Lagu Fikirkan BolehLirik Lagu Fikirkan BolehJika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
18. Lagu Zapin Malaysia – P. Ramlee & SalomaLirik Lagu Zapin Malaysia[P. Ramlee]Anak sekolah menangkap ikan
Di dalam paya hilang sepatu
Anak sekolah menangkap ikan
Di dalam paya hilang sepatu
Alhamdulillah kami ucapkan
Negara Malaysia sudajh bersatu

[Saloma] Tiup serunai di tengah kota
Pukullah tabuh bertambah riuh
Rukun dan damai tujuan kita
Bersatu teguh bercerai jatuh

[P. Ramlee]
Pergi ke kota ditengah hari
Membeli sikat sitanduk rusa
Pergi ke kota ditengah hari
Membeli sikat sitanduk rusa

Marilah kita makmurkan negeri
Supaya rakyat hidup sentosa

[P. Ramlee]
Anak senangin di paya-paya
Si ikan sagai termasuk pukat
Anak senangin di paya-paya
Si ikan sagai termasuk pukat

Kalau ingin kita bahagia
Jauhkan perangai dengki khianat

19. Lagu Dirgahayu Tanahair Ku – Norsheila Amin & Rohana JalilLirik Lagu Dirgahayu TanahairkuKau
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera-puterimu tersenyum riang ria
Tegas bebas sejahtera makmur maju jaya
Di bawah naungan payung mahkota

Oh pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu budaya satu bahasa
Malaysia nusaku tercinta

[Chorus]
Tumpuan pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepadamu oh pertiwi
Kasihku abadi
Sejati murni
Rela ku berbakti meski berkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh tanah airku

[Chorus]
Kepadamu oh pertiwi
Kasihku abadi
Sejati murni
Rela ku berbakti meski berkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh tanah airku
Dirgahayu oh tanah airku

20. Lirik Lagu Wawasan 2020Lirik Lagu Wawasan 2020Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
21. Lagu Saya Anak MalaysiaLirik Lagu Saya Anak MalaysiaSaya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!

Owhhh...owhhh...owhhh...
Owhhh...owhhh...owhhh...
Owhhh...owhhh...owhhh...

Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris
Kamikaze dan Portugis

Owhhh...owhhh...owhhh...
Owhhh...owhhh...owhhh...

Dari Perlis ke Kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah, hasil melimpah
Siapa rajin, hidup mewah

Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!

Owhhh...owhhh...owhhh...
Owhhh...owhhh...owhhh...

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan Portugis pun ada, owhh...
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Sa...ya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan Portugis pun ada,
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera...!

Sa...ya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!

Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
Saya anak Malaysia!
21. Lagu Perwira – Sharifah Aini
22. Lagu Warisan – Sudirman23. Lagu Tegakkan Bendera Kita – Sudirman24. Lagu Sukom 98 (Bersatu Selamanya)
25. Lagu Tari Tualang Tiga
26. Lagu Tari Silat Melayu
27. Lagu Tanjung Puteri
28. Lagu Tanah Pusaka
29. Lagu Siti Zubaidah
30. Lagu Setia
31. Lagu Setangkai Mawar
32. Lagu Senyum
33. Lagu Sekapur Sirih Seulas Pinang
34. Lagu Putra Putri
35. Lagu Pahlawanku
36. Lagu Malaysia Baru
37. Lagu Kemegahan Negaraku
38. Lagu Ilham Pujangga
39. Lagu Bahtera Merdeka
40. Lagu Di Hari Penghabisan

Sumber : Getaran / Wikipedia / Sirap Limau

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/08/40-senarai-lagu-merdeka-dan-lagu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos Sudirman Hj Arshad Lagu Patriotik

Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos Sudirman Hj Arshad Lagu Patriotik

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 248 hits
Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos Sudirman Hj Arshad Lagu Patriotik Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhMerdeka Merdeka Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhHari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa ...
Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman

Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 241 hits
Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman Lagu Patriotik dicipta bagi memberi suntikan semangat nasinonalisme kepada rakyat agar sentiasa mencintai Dan menghargai Malaysia Di Malaysia lagu Patriotik sering be...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2024

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 242 hits
Ranking IPTS dan IPTA UA terbaik di Malaysia 2024 Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2023 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2024 Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti univers...
Lirik Lagu Bersama Dengan Rindu Diana Danielle

Lirik Lagu Bersama Dengan Rindu Diana Danielle

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 291 hits
VERSE Di larut malam yang dingin ku masih terjaga oleh rasa asmarayang hangat membara kerna kamuTanpamu di sini aku mulai gelisahKu fikir apakah sudah engkau dustakan cinta kitaPRECHOJangan biarkan hari hariku sepi tanpamuCHORUSBersama deng...
Lirik Lagu Ok Faizal Tahir

Lirik Lagu Ok Faizal Tahir

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 274 hits
Faizal Tahir kembali dengan single terbaru berjudul OK OK ke tu Lagu OK mula didengarkan di semua digital streaming platforms jam 12 00 mulai 11 Ogos 2023 Lagu OK yang catchy dan santai didengar Yang penting fahami liriknya itu OKLagu Lirik...
Lirik Lagu Menanti Di Alam Barzakh Nyanyian Far East

Lirik Lagu Menanti Di Alam Barzakh Nyanyian Far East

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 228 hits
Lirik Lagu Menanti di Alam Barzakh Nyanyian Far East Lagu nasyid yang sering menjadi halwa telinga semasa zaman persekolahan aku dulu time Cikgu tayangkan pasal Hal ehwal kematian Siapa pernah dengar Melodinya Merdu Dan liriknya sungguh men...
Lirik Lagu Jiwa Yang Bersedih Ghea Indrawari

Lirik Lagu Jiwa Yang Bersedih Ghea Indrawari

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 144 hits
Lirik Lagu Jiwa Yang Bersedih Ghea IndrawariKemarilahSinggah dulu sebentarPerjalananmu jauhTak ada tempat berteduhMenangislahKan kau juga manusiaMana ada yang bisaBerlarut larutberpura pura sempurnaKorus Sampaikan pada jiwa yang bersedihBeg...
Lirik Lagu Ratu Syurga Ost Gudang Kubur

Lirik Lagu Ratu Syurga Ost Gudang Kubur

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 131 hits
LIRIK LAGU RATU SYURGA OST GUDANG KUBUR I Don t Know Tengah layan facebook sebuah lagu OST yang mengetuk pintu jiwa aku untuk search lagunya merupakan lagu soundtrack filem Gudang Kubur yang diterbitkan pada tahun 2015 bertajuk Ratu Syurga ...
Lirik Lagu Bahagia Milik Kita Syamel

Lirik Lagu Bahagia Milik Kita Syamel

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 168 hits
VERSE 1 Anugerah terindah dikirimkan tuhan untuk kuVERSE 2yang mencinta dari waktu terburuk ku masakan ku lupa kenangan kita berduaPRE CHORUSdihatikuhanyalah kamu kupertaruhkan sluruh hidupku ragakuuntukmuCHORUSkini bahagia milik kita Kamu ...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Misteri Surat Addendum Pengampunan Najib

Aksi Tfc Tempang Tanpa Akhyar

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto