40 Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru Popular Dan Menarik
Sukaneka hari guru wajib ada semasa sambutan hari guru! Rasa tidak meriah sekiranya tiada aktiviti sukaneka hari guru bukan? Tahukah anda, terdapat banyak aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh laksanakan atau sertai. Antara sukaneka yang popular adalah seperti Radio karat, teka lirik lagu, anugerah guru dan lain-lain yang mungkin anda biasa dengar atau tidak biasa dengar.
Jadi untuk perkongsian kali ini, anda boleh ikuti senarai lengkap aktiviti sukaneka hari guru yang boleh memeriahkan sambutan hari guru!
Penerangan Sukaneka Hari Guru dan Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Apa itu Sukaneka Hari Guru?
Sukaneka hari guru adalah merupakan aktiviti yang diadakan samaada secara outdoor atau indoor bagi memenuhi dan memeriahkan sambutan hari guru di Malaysia. Ia seringkali dianjurkan aktiviti berkait dengan keseronokan dan kemesraan murid dan guru untuk mewujudkan hubungan baik di sekolah rendah atau sekolah menengah.
Antara aktiviti sukaneka hari guru yang terkenal adalah melibatkan aktiviti permainan tradisional seperti anyam ketupat, menyumpit belon, radio berkarat dan lain-lain.
Himpunan Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Terdapat perkongsian daripada Cikgu Fariezza Rahim berkenaan senarai aktiviti sukaneka hari guru yang boleh diadakan secara outdoor atau indoor. Berikut adalah senarai aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh ikuti:
Pindah getah guna straw
Anyam ketupat
Master Chef guru lelaki
Selfie guru dan murid (print gambar dan murid akan undi)
Anugerah Guru
Radio berkarat
Makan epal tergantung
Make over guru atau murid
Melukis sambil tutup mata
Melukis pada pinggan kertas yg diletak atas kepala
Cikgu Comot (Makan paling banyak dan cepat)
Kutip kacang guna chopstick
Teka Lirik Lagu
Gunting kertas A4 paling panjang
Gubahan bunga,buah atau kain
Murid sedodon dengan guru
Mumia guna tisu tandas
Musang berjanggut (asingkan kacang-kacang, beras dan rempah ratus paling cepat)
Cari kacang hijau atau gula-gula dalam tepung
Reka baju guna kertas surat khabar atau plastik sampah
Menyumpit belon
Menyumpit kotak minuman kosong guna straw besar dan peluru kacang tanah
Clever Teacher (Kuiz soalan pengetahuan am)
Baling Dart ke arah belon berisi air
Cari duit syiling dalam air berwarna hitam
Tangguk ikan kecil guna penapis tisu
Bawa belon berisi air guna senduk
Tuju tin
Tuju selipar
Main bola pakai kain pelikat
Susun gelas plastik jadi piramid
Basikal lambat
Tarik upih Teka Rasa (tutup mata, rasa makanan budu, kicap, belacan, asam dan lain-lain)
Baling dan tangkap bola,belon berisi air atau pundi kacang sambil tutup mata
Cari guli dalam bekas ada air atau ais dan buih sabun
Kopek kelapa Kukur kelapa
Gunakan benda-benda yang ada di sekeliling, buatkan barisan paling panjang
Siapa ada…?(MC boleh sebut apa-apa benda (syiling 5sen/cincin perak/gambar passport emak/dan lain-lain), siapa cepat, datang depan dan tunjuk.
Cari barang-barang dalam kotak gelap atau tutup mata (letak benda lembut atau geli sebagai gangguan)
Water Gun Shoot (tembak bola ping pong yg diletak pada muncung botol guna pistol air)
Pindahkan guli dalam bekas guna jari kaki
Sedut coklat smarties guna straw, lalu pindah dalam mangkuk
Masukkan mashmellow atau kacang dalam kon aiskrim (Satu orang berdiri atas kerusi, Satu orang baring dan kon aiskrim dalam mulut)
Masuk manik dalam tali tangsi
Kupas epal,oren atau kentang paling panjang
Murid teka gambar cikgu zaman kecil atau muda
Panduan Laksana Sukaneka Hari Guru
Tip untuk pengajur atau guru dalam melaksanakan sukaneka hari guru adalah perlu merujuk beberapa perkara supaya program sukaneka yang bakal diadakan berjalan seperti dirancangan dan selamat.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil cakna dalam pelaksanaan aktiviti sukaneka sempena sambutan hari guru:
Lokasi. Penting untuk memastikan lokasi bagi aktiviti sukaneka dipilih dengan merujuk kawasan, keadaan, selamat dan lain-lain yang boleh diambil kira.
Jenis aktiviti. Penganjur boleh membuat pengkelasan adakah sukaneka yang diadakan sesuai untuk guru atau murid atau kedua-dua sekali bagi mengelakkan kejanggalan.
Penyediaan bahan. Sukaneka juga perlu merujuk kepada penyediaan bahan, contohnya aktiviti kupas buah perlu disediakan alat pengupas, buah dan kawasan yang sesuai.
Soalan FAQs Berkenaan Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Bila kebiasaannya sukaneka hari guru diadakan?
Kebiasaannya diadakan pada setiap 16 mei dalam setahun semasa sambutan hari guru.
Apakah sukaneka yang mudah dibuat?
Sukenaka yang mudah dibuat adalah tidak memerlukan penyediaan bahan seperti teka lirik lagu, radio berkarat, lawan pantun dan lain-lain.
Apa sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru?
Antara aktiviti sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru sertai bersama adalah Murid sedodon dengan guru , Mumia guna tisu tandas, Main bola pakai kain pelikat dan lain-lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/05/aktiviti-sukaneka-hari-guru.html