40 Peratus Janji Ditunai Tun M


ISMA WEB Prestasi pencapaian 10 Mei 2018 hingga 30 April 2019 dalam buku “Membina Negara dan Memenuhi Harapan” adalah 39.01 peratus  Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 menyaksikan gabungan Pakatan Harapan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sejak lebih 60 tahun lalu.
PUTRAJAYA– Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan hampir 40 peratus janji-janjinya dalam tempoh setahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Beliau berkata, prestasi pencapaian Janji Kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 seperti yang terkandung dalam buku “Membina Negara dan Memenuhi Harapan” adalah sebanyak 39.01 peratus.
“Kita ada empat tahun lagi untuk memastikan semua janji-janji tersebut dapat dilaksanakan dan kita yakin kesemuanya akan tercapai sebelum mandat pemerintahan kita berakhir,” kata Dr Mahathir dalam perutusan perdana sempena satu tahun kerajaan PH, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Prestasi ini diukur melalui status kemajuan 464 Inisiatif, iaitu dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.
“Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan dari 128 Inisiatif. Manakala, 283 Inisiatif atau 60.99 peratus adalah di peringkat dalam perancangan atau belum mula,” kata perdana menteri.
Jelas Dr Mahathir, prestasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34 peratus berbanding 9.67 peratus pada 31 Disember 2018.
Beliau menggariskan satu per satu pencapaian kerajaan PH dengan memulakannya dengan reformasi undang-undang.
“Semua undang-undang yang zalim dan menekan rakyat sudah dibatal atau dihenti penguatkuasaannya. Pelaksanaan hukum bunuh dihenti sementara meneliti pendapat rakyat yang tidak semuanya bersetuju hukum ini dihapuskan,” kata Dr Mahathir.
Demikian juga undang-undang berkenaan berita palsu telah digantung sementara menunggu penghapusan serta media diberi kebebasan sepenuhnya tanpa perlu menunggu arahan dari Putrajaya seperti sebelum ini.
Janji untuk kembali kepada perjanjian Malaysia tahun 1963 telah dilaksana dan diperakui oleh Kerajaan Pusat dengan pengiktirafan Malaysia sebagai cantuman Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Kata Dr Mahathir lagi, pertumbuhan ekonomi juga masih berterusan dan tanda-tanda menunjukkan kepercayaan pelabur sudah meningkat.
Tambahan pula, katanya, Malaysia yang kekal stabil serta aman adalah kejayaan besar bagi PH kerana ramai yang khuatir kononnya negara akan dilanda rusuhan kaum dan agama jika PH memerintah.
Menurut beliau, “The Rule of Law” atau pemerintahan mengikut undang-undang juga jelas diamalkan oleh PH serta pemisahan kuasa antara tiga pihak iaitu pembuat undang-undang, pelaksana pentadbiran dan kehakiman.
Inisiatif-inisiatif spesifik kesejahteraan warga Felda, masyarakat India dan kaum wanita turut dipergiatkan, katanya.
“Walaupun Kerajaan masih tidak berpuas hati dengan usaha untuk menempatkan lebih ramai wanita sebagai pembuat dasar, beberapa pelantikan memperlihatkan komitmen Kerajaan terhadap inisiatif ini,” jelas perdana menteri.
Dr Mahathir berkata, selain daripada beberapa jawatan penting dalam kabinet, buat pertama kalinya negara mendapat Timbalan Perdana Menteri wanita serta Ketua Hakim Negara wanita pertama.
Bank Negara Malaysia juga, kata beliau, sekali lagi diterajui oleh seorang wanita dan menambah kata beberapa syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) turut diterajui wanita manakala ramai pegawai tinggi kerajaan terdiri daripada wanita.
“Inisiatif-inisiatif untuk memberi peluang untuk anak-anak muda memainkan peranan penting dalam pembuatan dasar turut ditekankan. Kerajaan juga telah melantik seorang anak muda menjadi ahli Kabinet,” kata Dr Mahathir.
Selain itu, perdana menteri berkata, antara isu yang turut mendapat perhatian kerajaan ialah perumahan mampu milik, dengan antara strategi yang telah dilaksana ialah mewujudkan Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan yang menyatukan gerak kerja semua agensi berkaitan di bawah satu bumbung, serta dipengerusi oleh Perdana Menteri.
“Majlis ini, antara lain, akan mengambil langkah-langkah membina satu juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal dan menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual, untuk mengelak penyembunyian maklumat oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab,” jelas Dr Mahathir.
Beliau yakin inisiatif tersebut akan dapat membangunkan 100,000 rumah mampu milik bagi 2019. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/40-peratus-janji-ditunai-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Genap setahun Malaysia Baharu hari ini kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39 01 peratus Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Janji Tun Mahathir Masih Kabur

Janji Tun Mahathir Masih Kabur

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 315 hits
Berikut adalah antara ungkapan terbaru yang dilafazkan oleh Tun Mahathir berkenaan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini Saya telah berpegang kepada janji bahawa akan letak jawatan dan beri laluan kep...
Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 359 hits
dan Astro Awani Dr Mahathir berkata janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan Gambar BERNAMA PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto ...
Ayat Ayat Gaduh Tun Mahathir

Ayat Ayat Gaduh Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 341 hits
Perbalahan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Sultan Johor nampaknya akan berterusan lagi Kali ini ia kelihatannya melibatkan sebidang tanah milik Sultan Johor di Bukit Cagar yang terlibat dalam rancangan pembinaan Sistem Transit Rapid atau...
Tun Dr Mahathir Gelar Tmj Bodoh Sebab Tak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku

Tun Dr Mahathir Gelar Tmj Bodoh Sebab Tak Tahu Apa Yang Sedang Berlaku

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 433 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggelar Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai bodoh sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi persengketaan di antara mereka berdua lapor TMJ ni budak kecil Dia bodoh sebab tidak t...
Tun Mahathir Mohamad Tersenarai Dalam 50 Pemimpin Terhebat Dunia

Tun Mahathir Mohamad Tersenarai Dalam 50 Pemimpin Terhebat Dunia

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 380 hits
Sekali lagi nama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pengiktirafan dunia apabila tersenarai dalam senarai 50 Pemimpin Terhebat Dunia Senarai itu dikeluarkan majalah Fortune dan nama Tun M berada di kedudukan ke 47 dari...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti