40 Contoh Menu Jamuan Kelas Untuk Sekolah Anak
Menjelang akhir tahun ni, tentu ibu ayah tengah sibuk memikirkan menu apa yang sesuai untuk anak bawa ke kelas sempena jamuan sekolah akhir tahun nanti.
Kalau boleh, tentulah kita nak fikirkan menu yang ringkas untuk disediakan, mudah dibawa, sedap dan dengan bajet sederhana.
Kadang-kadang, kita hanya perlu kreatif untuk ‘twist’ sedikit menu biasa untuk menambah ciri menarik kepada sesuatu makanan yang biasa dimakan agar ia nampak lebih menyelerakan dan PALING PENTING – mudah anak nak bawa ke sekolah. Tidak terlalu berat, tidak mudah tumpah, dan senang dimakan.
Jom kami kongsikan beberapa idea netizen yang menarik di media sosial untuk anda cuba buat untuk menu jamuan kelas di sekolah anak nanti.
40 Contoh Menu Jamuan Kelas / Sekolah Untuk Anak
Agar-agar
Puding roti milo / oreo
Sandwich telur / sardin
Sandwich peanut butter / fruit jam
Dadih
Aiskrim malaysia
Bihun Singapore / bihun putih
Mee goreng (tak perlu campur segala seafood)
Nasi goreng simple² tapi bagi nampak menarik
Macaroni cheese
Macaroni goreng
Pasta / spaghetti bolognese
Pasta / spaghetti carbonara
Creamy spiral pasta (skrol resepi di bawah)
Meatball black pepper sauce
Roti poket Doraemon (skrol resepi di bawah)
Beli kek pisang, kek coklat, kek pandan – Potong siap2 letak dalam bekas
Goreng nuggets or sosej
Ayam goreng
Popcorn chicken
Kek batik
Kek apollo
Roti sosej roll
Beli air kotak 1 karton / ikut bilangan murid
Beli buah tembikai potong siap2
Buah anggur / epal / pear cucuk macam sate
Pisang
Keropok keping
Coco jar
Donat
Karipap
Cheesy wedges
Nasi lemak
Maggi goreng
Mee / bihun sup
Roti jala
Cupcake – buat sendiri atau boleh beli yang siap, Gardenia pun dah ada jual sekarang
Roti wrap chicken
Apam polkadot
Mashmallow pop
CONTOH MENU 1 : MINI BURGER
Beli baby bun, potong tengah dia. Isi nugget ayam. Letak mayo n sos cili sikit. Ala² chicken burger. Habis licin anak kata kawan² makan.
Kalau ada modal boleh letak sedikit salad / sayuran lain seperti tomato atau kobis.
Sumber: Facebook Siti Nurur Raihan
CONTOH MENU 2 : MINI SPIRAL PASTA
@mommy3bunga Replying to @faa_asmat done share😊#ideajamuansekolah #jamuanrayasekolah #mommy3bungamasak #creamyspiral
♬ suara asli – Rehit7738 – Rehit7738
Sumber: Tiktok mommy3bunga
MENU 3 : SWEET CORN FROZEN
2kg jagung dapat 20 bekas
Marjerin 3 sudu
Susu pekat 1/2 tin
Secubit garam
Sumber : Facebook Zizah Mizie
MENU 4 : ROTI ROLL SOSEJ
@littleheedaya Replying to @Yanna_ana85 Hai awak ni satu lg idea terpaling senang IDEA JAMUAN ANAK SEKOLAH ,ROTI ROLL SOSEJ… Bahan pun senang dan murah je 😉 JAMUAN ANAK SEKOLAH bawakkn yang simple2 budak2 suka,ehh yang dewasa pun suka 🤭 ROTI ROLL SOSEJ simple ROTI ROLL SOSEJ senang Selingan Meh tengok2 video saya yang ni kot nak shoping Paru Rangup @Little Heedaya Sambal Bajaq@Little Heedaya Gula Sihat@Little Heedaya #jamuanrayasekolah #jamuansekolah #ideamenusekolah #jamuankelas #jamuanraya #rotigulung #rotisosej #rotisosej #bentoboxideas #sosejroll #snackideas #breadrolls
♬ Comandoo – Rian DTM
Sumber: Tiktok littleheedaya
MENU 5 : COCO JAR
@messmymamakitchen Resepi mudah choc jar mini coco crunch. DIY set kita ada mini coco crunch 200gm, beryls milk coklat 200gm dan coklat pop 100gm. Hanya cairkan coklat. sedap dan mudah. #chocojar #chocojarviral #fyp #chocojarmurah
♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound
Sumber: Tiktok messymamakitchen
CONTOH MENU 6 : JELLY BALL
RESEPI JELLY BALL 1
1 pek serbuk jelly 10g plain
1/2 pek (5g) serbuk agar plain
250g gula
1200g air
Kordial lion ikutlh nak perisa ape
Cara-cara
Satukan serbuk jelly serbuk agar2 dan gula
Campurkan dalam air
Masak hingga mendidih.. sentiasa kacau bagi semua bahan larut..
Bahagi kepada beberapa bahagian. Saya buat bahagi 3 je – Setiap bahagian letak 2 sudu besar kordial
Tuang dalam acuan dan tutup.
Kalau takde acuan bulat ni boleh juga guna mana-mana acuan yang ada.
Biar suam sikit baru masuk peti.
Siap, bolehlah cucuk pada lidi macam ni.
Sumber: Facebook Shakila AB Rashid
Boleh juga tengok video di bawah untuk beberapa variasi lain :
@yyaadany Gewram nanti nak buat lagi #jellyball #resepijellyball
♬ original sound – Yyaadany ✿ᰔ☁︎ – Yyaadany ᡣ𐭩
Sumber: Tiktok yyaadany
RESEPI JELLY BALL 2
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus jelly (10 gram)
Serbuk agar-agar (3 gram)
Gula 300 gram
Air 1300ml
Perisa
Buah-buahan
Bekas jelly ball
Cara-cara buat jelly ball:
Sediakan periuk, jangan buka api. Satukan air, serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata.
Kemudian, baru buka api dan masak sehingga mendidih. Masukkan perisa.
Dalam bekas jelly ball, letakkan buah-buahan yang disukai.
Apabila wap agar-agar sudah tiada, tuangkan ke dalam bekas jelly yang berisi buah tadi.
Isi separuh saja, tutup bekas jelly ball dan tekan sampai keluar dari lubang kecil-kecil.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga jelly keras. Selamat mencuba!
@cuna_marlysa Dah lepas ni senang la nak buat jelly ball ni. Pakai je acuan ice ball ni. Pakai serbuk jelly atau agar2 pon jadi. Tapi kalau nak cucuk kat lidi lebih sesuai pakai serbuk jelly. kalau agar2 dia mudah pecah. #jelly #jellyball #agar2 #foryou #tiktokshop #tiktokshopmalaysia #learnontiktok #cunaracuntts #tiktokshop1212megasale
♬ suara asli – Yuz – Yuz
Sumber: Tiktok cuna_marlysa
CONTOH MENU 7 : MEATBALL BLACK PEPPER SAUCE
Caranya mudah saja, mula-mula rebus bebola daging, kemudian buat sos black pepper.
Sumber: Facebook Izu Rosli
Meatball black pepper sauce versi ada sayur. Sumber : Facebook Wawa Arbain
Bahan-bahan sos black pepper:
1½biji bawang holland
Sedikit marjerin atau butter,
2 sudu makan tepung gandum,
1 sudu makan lada hitam
Air rebusan bebola daging
Gula & garam secukupnya
Cara-cara
Tumbuk lada hitam
Tumjs butter
Masuk bawang hollad, tumis hingga sedikit perang
Masukkan tepung gandum,kacau dgn api perlahan sehingga warna tepung bertukar perang
Masukkan lada hitam, kemudian masuk air rebusan meatball.. klu xnk guna ni boleh guna air biasa.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
Boleh juga refer video di sini :
@jzlnashafie Lotus Meatball + Blackpepper sauce 🫶🏻 #masakdirumah #meatballrecipe
♬ Wait a Minute! (Sped Up) – I Think I Left My Consciousness in the 6Th Dimension – Hiko
Sumber: Tiktok Jzlnashafie
CONTOH MENU 8 : ROTI POKET DORAEMON
Roti poket doremon sesuai sangat buat menu jamuan kelas anak-anak.
Caranya pun mudah.
Jom kami kongsikan.
Sumber: Facebook Norfarahin Kasim
Tekap roti putih dua keping dengan cawan.
Salut roti dengan telur,dan serbuk roti.
Goreng sampai garing lepas lepastu gunting tengah roti tu.
Jadi dapatlah dua keping.
Untuk inti
Bawang merah
Bawang putih
Sosej potong nipis
Carrot
Cara buat inti :
Masuk minyak sikit,tumiskan bawang merah n putih. Bila dah naik bau, masuk carrot dan sosej.
Tunggu sejuk.
Sumbatkan semua dalam roti yang dah siap td. Sebelum letak semua bahan tu selitkan dulu dengan salad. OK, lepas tu bole letak sos dann mayonis ikut suka.
@surayamasak Poket Doraemon ✨ Kalau ada roti lebih atau nak dekat expire, try buat menu ni. Guna je bahan apa yg ada. Serius sedap! Bahan-bahan:- 1)Inti -3 keping daging burger -Sedikit bawang holland -Sos cili (agak2) -Carrot,timun, tomato ceri -Mayonis -Serbuk lada putih 2)Poket doraemon -Roti leftovers (su guna 6keping roti) -Alat tekap (guna penutup balang pun boleh) -1 biji telur -Breadcrumbs Selamat mencuba ✨ #rotikebab #poketdoraemon #rotipoketdoraemon #kebab #lebihanroti #rotilebih #rotiexpire #rotigardenia #idearoti #idearesepiroti #ideasbreakfast #minumpetang #easyrecipes #foodie #surayamasak
♬ original sound – Suraya Masak – Suraya Masak
Sumber: Tiktok surayamasak
Selamat mencuba!
Baca juga:
Resepi Nasi Goreng Versi Diet Tapi Sedap Untuk Sarapan
Menu Diet Seminggu Mampu Hilangkan Berat Sampai 20 Kg
Resepi Prosperity Ala McD Khairul Aming (Guna Oblong Ramly)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/senarai-menu-jamuan-kelas-sekolah-anak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=senarai-menu-jamuan-kelas-sekolah-anak