40 000 Pelari Ubah Dataran Menjadi Biru Untuk Larian Klscm 2019
Acara Larian Terbesar yang ditunggu-tunggu di Malaysia iaitu
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) telah mendapat perhatian
40,000 peserta. Acara yang memasuki edisi ke 11 itu dimulakan di Dataran Merdeka itu telah
berlangsung pada pagi tadi (29.9.2019) . Dalam
kejohanan kali ini , Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq telah
mengambil bahagian dalam acara Half Marathon (21 kilometer) . Selain itu,
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad dan Timbalan Menteri Industri dan
Perdagangan YB Dr. Ong Kian Ming juga turut serta dalam acara larian itu.
Acara ‘Full Marathon’ menyaksikan lebih dari 13,000 pelari terbabit manakala 12,500 pelari
mengambil bahagian dalam acara ‘Half Marathon’ menjadikan kategori ini semakin
popular di Negara.
Pelari dari Kenya Victor Kipchirchir memenangi acara Terbuka Full Marathon Lelaki apabila mencatatkan masa 2:19:41 untuk membawa pulang hadiah wang tunai USD 17,500 manakala Gladys Jepkemoi Chemweno juga dari Kenya memenangi kategori wanita dan juga membawa pulang wang tunai jumlah yang sama.
Pemenang Kategori Terbuka Lelaki
Kiprop Tonul, Tallam James Cherutich kedua-duanya dari Kenya
mendapat tempat kedua dan ketiga bagi Full Marathon lelaki terbuka apabila
masing-masing mencatatkan masa 2:20:05 dan 2:21:04. Dalam acara wanita pula.
Elizabeth Chepkakan Rumokol dan Ngigi Pauline kedua-duanya dari Kenya mendapat
tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2:41:48 dan 2:45:44.
Bagi kategori Lelaki Malaysia pula dimenangi oleh peserta kebangsaan, Muhaizar bin Mohamad dengan catatan masa 2:35:23 mankala tempat kedua dimenangi oleh Nik Fakaruddin dengan masa 2:40:31 manakala tempat ketiga dimenangi Fabian @ Osmond bin Daimon dengan catatan 2:45:06.
Pemenang Kategori Terbuka Malaysia
Bagi acara Full Marathon wanita Malaysia pula dimenangai
oleh juara bertahan Loh Chooi Fern yang mencatat masa 3:21:33 manakala Tho Siaw
Khim di tempat kedua 3:29:41 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yap Yee Ling
dengan catatan 3:30:50.
Pemenang FM Terbuka, Kipchirchir gembira dengan kemenangan
beliau di kejohanan kali ini. Menurutnya, ini merupakan penyertaan pertamanya
dan kemenangan ini akan memberikan inspirasi untuk bertanding sekali lagi pada
tahun hadapan.
Bagi juara kategori Malaysia , Muhaizar pula gembira dengan
kejayaan mengekalkan kejuaraan selepas disaing hebat oleh rakan sepelatih, Nik
Fakarudin. Kemenangan ini juga akan memberikan suntikan keyakinan untuk
bertanding dalam Sukan SEA di Manila pada November ini.
Rainer Biemans, Pengarah Projek KLSCM dan Pengarah Dirigo
Events memaklumkan bahawa kejohanan edisi ke 11 ini membuktikan pertandingan
yang baik dalam acara terbesar ini. Syed Saddiq melepaskan peserta Half
Marathon sebelum bersama-sama bersaing bersama Abrar A. Anwar, Pengarah dan CEO
Standard Chartered Bank Malaysia.
Rekod dalam acara ini juga telah menambah dengan terlibatnya ramai peserta dari luar Negara dimana 1,900 pelari dari 49 negara telah hadir untuk menyertainya. Ditambah dengan 10,020 peserta tempatan dari luar Kuala Lumpur menjadikan ianya lokasi yang sibuk pada hari ini dan semalam.
Peserta istimewa, Chris Koch turut mengambil bahagian
KLSCM2019 dimulakan dengan acara Kids Dash dimana 1,000 peserta kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara 1km dan 3 km. Untuk julung kalinya, acara 5 km juga diperkenalkan bagi menambah peserta dan juga untuk pemanas badan bagi peserta Full Marathon.
Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq berjaya menamatkan Half Marathon dengan bergaya
Acara KLSCM ini telah bertambah dimana ramai peserta mengambil bahagian dimana Standard Chartered Bank Malaysia kekal sebagai penaja utama termasuk syarikat korporat lain seperti Seiko, Under Armour, 100 Plus, Jaybird, TudungPeople,BananaBoat dan Pacific Regency. Acara ini di miliki dan dianjurkan oleh Dirigo Events dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Aksi menarik peserta memakai pakaian Storm Troopers
Keputusan Penuh Juara KLSCM 2019
Full Marathon Men’s Open
Position
Name
Country
Time
1st
Victor Kipchirchir
Kenya
2:19:41
2nd
Kiprop Tonui
Kenya
2:20:05
3rd
Tallam James Cherutich
Kenya
2:21:04
Full Marathon Women’s Open
Position
Name
Country
Time
1st
Gladys Jepkemoi Chemweno
Kenya
2:36:45
2nd
Elizabeth Chepkanan Rumokol
Kenya
2:41:48
3rd
Ngigi Pauline Wangui
Kenya
2:46:44
Full Marathon Malaysian Men
Position
Name
Country
Time
1st
Muhaizar bin Muhamad
Malaysia
2:35:23
2nd
Nik Fakaruddin bin Ismail
Malaysia
2:40:31
3rd
Fabian @ Osmond bin Daimon
Malaysia
2:45:06
Full Marathon Malaysian Women
Position
Name
Country
Time
1st
Loh Chooi Fern
Malaysia
3:21:33
2nd
Tho Siaw Khim
Malaysia
3:29:42
3rd
Yap Yee Ling
Malaysia
3:30:50
Full Marathon Malaysian Veteran Men
Position
Name
Country
Time
1st
Muniandy a/l Ramadass
Malaysia
2:54:21
2nd
Looi Mun Fai
Malaysia
2:55:37
3rd
Suresh a/l Muniandy
Malaysia
3:02:12
Full Marathon Malaysian Veteran Women
Position
Name
Country
Time
1st
Wong Boon Jien
Malaysia
3:46:08
2nd
Neoh Hueih Ching
Malaysia
3:46:50
3rd
Ewe Bee Hong
Malaysia
3:50:05
Half Marathon Men Open
Position
Name
Country
Time
1st
Kiplagat Philemon Korir
Kenya
1:07:15
2nd
Mathew Samperu
Kenya
1:07:29
3rd
Mburu Francis Karau
Kenya
1:09:41
Half Marathon Women Open
Position
Name
Country
Time
1st
Edith Chemjor
Kenya
1:25:05
2nd
Jepkosgei Naum
Kenya
1:32:59
3rd
Agnieska Najnigier Pierzynowska
Poland
1:35:58
Half Marathon Malaysian Men
Position
Name
Country
Time
1st
Vimal a/l Govendarajoo
Malaysia
1:15:36
2nd
Mohd Nor Afifi bin Haron
Malaysia
1:16:07
3rd
Sivaneshwaran a/l Gunasegaran
Malaysia
1:19:25
Half Marathon Malaysian Women
Position
Name
Country
Time
1st
Sheela a/p Samivellu
Malaysia
1:30:08
2nd
Chua Kit Yeng
Malaysia
1:33:11
3rd
Chuah Cheng Ean
Malaysia
1:34:21
Half Marathon Men Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Jeffrey Ross
Great Britain
1:21:25
2nd
Cao Yuming
China
1:23:57
3rd
Chan Shan Ching
Hong Kong
1:25:22
Half Marathon Women Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Jasmine Goh Mei Ling
Singapore
1:31:25
2nd
Susan Khoo
Great Britain
1:46:38
3rd
Wang Sing Yee
Singapore
1:50:24
Half Marathon Malaysian Men Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Brij Ravinder a/l N Kathiravelu
Malaysia
1:21:32
2nd
Lim Khon Seng
Malaysia
1:23:51
3rd
Alex Tiong King Hee
Malaysia
1:26:29
Half Marathon Malaysian Women Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Looi Mei Yan
Malaysia
1:44:18
2nd
Joanne Poh Leng Grange
Malaysia
1:45:20
3rd
Seah Bee Lian
Malaysia
1:45:46
10km Speed Men Open
Position
Name
Country
Time
1st
Soh Wai Ching
Malaysia
0:34:02
2nd
Azwan bin Bunjing
Malaysia
0:36:05
3rd
Ku Aliff Aiman bin Ku Zainol
Malaysia
0:36:38
10km Speed Women Open
Position
Name
Country
Time
1st
Eunice Ong Huey Shen
Malaysia
0:43:56
2nd
Lim Cai Qin Daphne
Singapore
0:44:16
3rd
Michele Tan Bee Kiang
Malaysia
0:44:41
10km Speed Men Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Prabakharan a/l Madhavan
Malaysia
0:38:43
2nd
Dayalan a/l Suppayah
Malaysia
0:40:46
3rd
See Hock Leong
Malaysia
0:41:33
10km Speed Women Veteran
Position
Name
Country
Time
1st
Yong Chiew Ling
Malaysia
0:50:06
2nd
Jayce Chua Poh Cheng
Singapore
0:50:52
3rd
Karen
Malaysia
0:52:11
Untuk ketereangan lanjut sila rujuk
Facebook : http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Twitter : https://twitter.com/scklmarathon
Instagram : https://www.instagram.com/klscmarathon/
Website : www.kl-marathon.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/40000-pelari-ubah-dataran-menjadi-biru-untuk-larian-klscm-2019/