4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini



4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini
Assalamualaikum Bismillahi MashaAllah
Panduan Nutrisi untuk WANITA pada semua peringkat umurSumbangan wanita kepada insan-insan di dalam kehidupan mereka memang tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri mereka sendiri terlebih dahulu. Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul

Bagi wanita Dewasa, kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita ntuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri. Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari. Apabila wanita yakin dirinya terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampil terbaik

Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih-lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata apatah lagi jika sedang mengandung. Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja meningkatkan peluang untuk hamil, tetapi ia juga menjadi asas kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Berikan tumpuan kepada kaedah pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi yang sihat

Selepas melahirkan anak pula, ibu perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan badan, usaha untuk kembali kepada berat badan asal atau mengekalkan berat badan ideal, memastikan diri sentiasa kuat dan bertenaga, dan membekalkan keperluan zat yang mencukupi kepada bayi melalui susu badan

Bagi wanita di usia emas pula, hormon yang tidak stabil ketika fasa pra-menopaus dan menopaus memang memberi kesan kepada mereka. Selain itu, kesihatan tulang dan jantung juga akan turut terkesan. Kadangkala, pemakanan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang timbul ketika fasa perubahan ini

Apabila seseorang wanita itu berasa hebat, penampilan mereka juga menarik dan mereka pasti akan lakukan yang terbaik di dalam kehidupan seharian.
Nutrisi yang lengkap adalah kunci bagi wanita sibuk dan mahu kekal cemerlang serta berani menghadapi cabaran harian. Kekalkan berat badan yang sihat, tahap tenaga yang tinggi dan kulit yang cantik berseri setiap hari dengan 4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini ini

✅️VITA-LIZE 

Vitamin adalah nutrien mikro yang terbabit dalam hampir kesemua proses fisiologi badan anda. Terdapat 13 vitamin asas yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang


Mineral adalah sejenis nutrien mikro yang sangat kritikal untuk badan yang sihat. Ia memainkan pelbagai peranan dalam badan anda seperti pembinaan tulang dan gigi yang kuat, terbabit dalam proses metabolisma, dan memastikan status hidrasi badan yang betul. Antara mineral biasa yang penting untuk badan kita adalah kalsium, zat besi dan zink


Adakah Anda Benar-Benar Mendapat Nutrien Yang Mencukupi Setiap Hari?
Kajian telah menunjukkan bahawa makanan hari ini mempunyai paras protein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, riboflavin (vitamin B2) dan vitamin C yang lebih rendah berbanding beberapa dekad yang lalu. Walaupun kita cuba dengan sebaik mungkin untuk makan makanan yang seimbang, kita masih memerlukan nutrien tambahan melalui suplemen multivitamin untuk menutup jurang nutrien kita agar dapat mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum


Shaklee Vita-Lize Dirumus Untuk Melengkapi Gaya Pemakanan Moden dengan mengurangkan jurang nutrien antara pelbagai vitamin dan mineral untuk badan yang lebih sihat
📌Menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum

📌Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 25 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B


✅️Asid Linolenik Gamma (GLA)
Pembantu bagi Wanita - Tambahkan GLA untuk meningkatkan kesihatan anda


Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian

🌹Menggalakkan Kesihatan KulitRahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:
📌Meningkatkan tahap kelembapan kulit
GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita

📌Meredakan kerengsaan dan keradangan kulit

Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku

🌹Menyeimbangkan hormon ketika haid dan meredakan Sindrom Pra-Haid (PMS)

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:
📌Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.3📌Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).3
🌹Meredakan simptom menopaus.
Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:
📌Melegakan simptom-simptom ketegangan payudara
📌Menambah baik kesihatan emosi


✅️Asid Lemak Omega-3

Agen Anti-KeradanganMinyak ikan dan minyak biji flax adalah sumber asid lemak Omega-3 yang bagus seperti EPA, DHA dan ALA, lemak sihat yang kita perlukan untuk kekal sihat



🌹Fokus dan cemerlang dalam pelajaran atau kerja
🌹Untuk mengawal emosi saya dan menikmati mood yang lebih baik




🌹Perkembangan otak bayi saya yang sihat semasa kehamilan


🌹Meningkatkan kesihatan jantung dengan tekanan darah, peredaran darah dan paras kolesterol yang terkawal

🌹Tulang yang lebih kuat dan sendi yang fleksibel, untuk memudahkan pergerakan


🌹Minda yang cerdas dengan daya ingatan kuat hingga usia tua saya



✅️Kalsium

Nutrien Yang Menyayangi TulangKalsium adalah mineral yang penting untuk kesihatan tulang. Ia memainkan peranan utama dalam hampir setiap aktiviti harian yang anda lakukan

🌹Tulang yang kuat dan sihat
🌹Mengurangkan kekejangan otot
🌹Tidur yang lebih lena
🌹Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, retensi air, kerengsaan dan emosi tidak menentu
🌹Kalsium untuk bayi saya yang sedang membesar dan mengekalkan simpanan kalsium dalam badan saya semasa perjalanan kehamilan dan penyusuan badan
🌹Mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang

Anda juga boleh membaca di Vitamin Untuk Wanita ini juga dari blog aeinnamusa.com sebagai info tambahan anda

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini. Jangan lupa komen😘
Alhamdulillah 'ala kulli hal Assalamualaikum. 



#nextlevelblogging#shakleethrive2023#shakleetriumph2023#blogmegashaklee#shakleepuchong2023

Disclaimer: Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda di bawah rawatan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen kesihatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nurulsyahidaali.blogspot.com/2023/08/4-vitamin-wajib-dan-utama-wanita-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda

5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 65 hits
5 Sebab Utama Mengapa Vitamin E Penting Untuk Anda Assalamualaikum Bismillahi MashaAllahApakah VITAMIN E Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak la mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan Vitamin E merupa...
Doa Yang Wajib Dan Bagus Untuk Wanita Bergelar Ibu

Doa Yang Wajib Dan Bagus Untuk Wanita Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 62 hits
Assalamualaikum Bismillahi MashaAllah Entri kali ini Syida ingin kongsikan beberapa doa yang wajib dan sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu Ibu ibu bolehlah mengamalkan membaca doa doa ini sambil memeluk atau mengusap ...
Jeslina Hashim Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat

Jeslina Hashim Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 77 hits
nbsp Penyanyi Jeslina Hashim akhirnya memaklumkan akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan kerabat Negeri Sembilan dalam beberapa hari lagi Memetik Astro Gempak Jeslina atau nama seb...
Ketua Dpr Ingatkan Pbsi Evaluasi Untuk Raih Kemenangan Olimpiade Di Masa Depan

Ketua Dpr Ingatkan Pbsi Evaluasi Untuk Raih Kemenangan Olimpiade Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 87 hits
Kemenangan Indonesia yang berhasil raih satu medali di Olimpiade Paris 2024 oleh Gregoria Mariska Tunjung menjadi sorotan Ketua DPR RI Puan Maharani
Polemik Kepala Daerah Pengganti Tak Bisa Maju Pilkada Karena Terbentur Masa Jabatan

Polemik Kepala Daerah Pengganti Tak Bisa Maju Pilkada Karena Terbentur Masa Jabatan

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 63 hits
Salah satunya Bupati petahana dikabarkan tidak bisa kembali maju karena aturan masa jabatan
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya