4 Variasi Dashing Deo Perfume Body Spray
4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray | Zul bukan jenis yang suka pakai perfume. Cukup dengan deodorant saja. Tapi bila jenama Dashing ada buat produk Dashing Deo + Perfume Body Spray, Fadzi excited nak bagi dia cuba.
Ramai dah tau pasal brand Dashing kan. Bau dia memang sedap. Sampai masa Fadzi belajar dulu, ada kawan Fadzi yang perempuan pun pakai perfume brand Dashing ni tau.
4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body SprayKali ni Dashing keluarkan produk deodorant sekali dengan perfume dalam bentuk body spray. Ada 4 jenis bauan yang dieorang keluarkan. Keempat-empat bauan tersebut adalah:
HattrickWangian Hattrick ini dihasilkan daripada gabungan haruman unik epal, sitrus, bunga dan amber.
Ultimate KickWangian Ultimate Kick ini dihasilkan daripada campuran lemon, buah pelaga, vanila dan musky.
SpeedWangian Speed ini dihasilkan daripada gabungan buah-buahan dan musky.
HitmanWangian Hitman ini dihasilkan daripada campuran sitrus, ice cucumber, lada sichuan, lavender, Patchouli dan kayu gaiac.
Saiz Dan HargaKorang boleh dapatkan 4 variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dengan harga RM12.20 untuk botol spray bersaiz 120ml. Dashing Deo + Perfume Body Spray boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper serta pembelian atas talian.
Personally Fadzi suka bila Dashing decide untuk buat produk 2 in 1 macam Dashing Deo + Perfume Body Spray ni. Sebabnya biasanya orang lelaki ini lebih suka pakai satu produk je kan.
Kalau kena pakai banyak banyak produk, dieorang akan rasa macam leceh. Eh eh pakai deodorant dah lah kan. Nak kena sembur perfume pulak ke?
Tapi bila dah ada Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, senang kerja. Sembur sekali dah siap pakai deodorant dan perfume.
Untuk pengetahuan korang, Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dirumus dengan wangian Dashing Eau De Toilette untuk beri bau yang lebih tahan lama.
Agen anti-bau dan anti-bakteria pula berkesan utnuk memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.
Yang lebih menarik, satu botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ini bertahan sebanyak 880 semburan. Kira sebotol ni boleh tahan selama 5 bulan. Sebabnya kandungan Dashing Deo + Perfume Body Spray adalah 100% deodorant.
Nampak macam jimat duit kan. Tahan ke tidak tahan 5 bulan satu botol ni, nanti Fadzi suruh Zul test.
Lagipun nak bawak merata rata pun tak ada masalah sebab saiz dan bentuk botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ni cantik dan mudah dibawa. Zul masa mula mula nampak botol ni, dia kata design botol ni lawa.
Kalau korang berminat nak dapatkan maklumat lanjut pasal Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, korang boleh pergi ke Facebook Dashing atau Instagram Dashing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2019/07/4-variasi-dashing-deo-perfume-body-spray.html