
Drama thriller jenayah ini mengisahkan Sang-pil (Lee Jun-ki) yang menyaksikan pembunuhan ibunya yang merupakan seorang peguam hak awam. Berbekalkan bantuan pak ciknya, seorang gangster, lelaki ini memulakan misi balas dendam.
“Zombie Detective” ialah sebuah ‘komedi kemanusiaan’ tentang seorang zombi yang berada pada tahun kedua selepas bangkit semula dan menjadi detektif untuk membongkar kisah silamnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk hidup bersama dengan umat manusia.
Ia membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |