4 Sebab Kenapa Playstation 5 Jauh Lagi Power Dari Pc
Maaf kalau saya ter-over sikit dengan tajuk ni, marah abang-abang PC Master Race nanti. Sebenarnya saya nak bagitau sebab apa PS5 jauh lagi power dari PC yang sama harganya.
Pertama sekali saya ambik harga RM1869 untuk sebuah PlayStation 5 Digital Edition RM1869 untuk bangunkan sebuah PC gaming, apa saya dapat?
CPU Intel Core i3
Motherboard Gigabyte H410M S2
Graphic card GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
RAM DDR4 8GB 3200Mhz
SSD 240GB
PSU 500W
Casing Antec DP301M
Lebih kurang beginilah apa yang saya boleh dapat dengan harga tu. Itu pun tak kira lagi keyboard dan mouse, kalau nak compare dengan state-of-the-art controller Dual Sense kat PS5 tu kena la cari keyboard dan mouse yang state-of-the-art jugak kan? Berapa pulak lagi habis tu.
Jadi dengan spec PC yang macam ni, memang jauh la nak bandingkan kualiti grafik dengan PS5,memang macam langit dan bumi. Tak dapat nak ray-tracing, main game triple A pun boleh setting graphic medium saja kalau nak dapat output stable 60 fps pada 1080p. 4K tak boleh harap lah nak dapat graphic yang smooth.
Kalau nak juga PC yang ber-graphic setanding PS5, kena belanja lebih la sikit. Sekurang-kurangnya RM5000 untuk sistem dengan GeForce RTX 3060 Ti dan CPU paling rendah pun Ryzen 5. Itu pun masih belum cukup kalau nak dapat SSD NVMe 1TB.
Macam mana Sony dapat jual PS5 “murah”? Hasil risikan oleh agen-agen kami akhirnya rahsia ini terbongkar.
1. Sony is the BIG GUY
Dalam sejarah dunia tak pernah pun konsol Sony Playstation tak laku di pasaran. PS2 kekal sebagai konsol paling berjaya dalam sejarah dengan sales lebih 155 juta unit, PS4 dan PS1 pun masing-masing lebih 100 juta unit dan PS3 paling tak laku itu pun masih dapat 87.4 juta unit jualan. Sebab ni lah semua tech supplier bercita-cita nak partner dengan Sony untuk dapat sepotong kecil dari kek besar PlayStation.
Atas sebab ni juga la Sony “jual mahal” untuk pilih partner mereka. Supplier-supplier ni sanggup meletakkan RoS (return on sales) mereka pada tahap minimum. Untung sikit pun kalau dah sales lebih 100 juta, why not?
Sebelum ni kita dapat tengok Sony berubah dari Cell CPU + Nvidia kat PS3 kepada AMD untuk PS4. Untuk PS5 kali ni mereka masih kekal dengan AMD. Walaupun Nvidia (dan juga Intel) dilaporkan dah berusaha untuk kembali menjalin hubungan bersama-sama Sony tapi kena reject walaupun Nvidia pakar dan pioneer dalam teknologi ray-tracing tapi solusi AMD yang menggabungkan CPU Zen 2 dan GPU RDNA 2 dalam satu chip bukan saja lebih efisyen malah harganya juga lebih murah.
Benda yang sama juga berlaku untuk supplier lain. Micron, Western Digital, Panasonic dan lain-lain masing-masung perlu “berjuang” untuk jadi sebahagian dari PS5. Semuanya nak tunjukkan mereka yang paling berbaloi untuk dipilih oleh Sony. Persaingan antara supplier ini menjadikan kos BOM (bill of material) Sony PlayStation 5 lebih murah tapi berprestasi tinggi.
2. Sony control the system
Berbeza dengan PC, Sony ada full control kat sistem mereka sendiri. Kalau kat PC, graphic card kena ikut protokol PCIE, CPU kena ikut architecture x86, RAM kena compatible dengan standard DDR. Setiap protokol ini perlu dipatuhi dengan tepat agar sistem dapat berinteraksi sesama sendiri dengan harmoni. Berbeza dengan console, setiap komponen adalah customized mengikut kehendak Sony. Memang kalau kita tengok Zen 2 juga guna architecture x86 tapi AMD hasilkan chip special untun PlayStation yang betul-betul customized dan optimized hanya untuk SATU sistem sahaja iaitu PlayStation 5.
Sony boleh panggil setiap supplier untuk duduk semeja dah bincang SATU solusi terbaik untuk SATU sistem dan ini adalah kekuatan console. Mereka tak perlu fikir tentang beribu gabungan peripheral seperti PC, tak perlu fikir langsung tentang isu compatibility.
Jadi ini menghasilkan satu sistem yang “streamline”. Ia lebih efisyen dan ringkas hasil dari kurangnya protokol-protokol yang perlu dipatuhi dan sekaligus dapat maksimumkan potensi setiap satu komponen yang ada. Software pun turut mainkan peranan yang sangat besar. Tanpa perlu OS yang complicated, sistem pada console cuma proses perkara yang perlu sahaja iaitu GAME. Tak perlu pening pasal antivirus dan background services yang lain.
3. Optimized Games
Coding optimization untuk bagi SATU sistem lebih mudah dan terperinci berbanding coding untuk PC yang boleh jadi macam-macam kombinasi. Walaupun ada API seperti DirectX dan OpenGL untuk PC, tapi developer masih tak dapat access ke tahap “low level” dalam sistem dan perlunya driver di tengah-tengah untuk menterjemahkan setiap coding ke level hardware.
Beza dengan API GNM dan GNMX yang dibangunkan oleh Sony untuk PlayStation, developer boleh take advantage dengan low level access pada hardware untuk memastikan setiap coding mereka berjalan dengan lancar pada tahap paling optimum. Dengan kata lain walaupun hardware PC lagi power tapi setiap layer adalah pembaziran yang tak dapat dielakkan dari segi kuasa pemproses.
4. Sony buat jualan rugi!!!
Percaya tak Sony sebenarnya tak buat untung dengan setiap jualan konsol PlayStation? Bukan kami pandai-pandai cakap ni, tapi Michael Pachter yang cakap. Beliau ni seorang analyst yang dikenali ramai dan boleh dipercayai. Katanya Sony rugi $40 untuk setiap PS5 Digital Edition yang dijual. Ye la, kalau supplier bersaing antara mereka, Sony pun ada pesaing juga. Competitor yang paling tough untuk mereka semestinya Microsoft Xbox.
Untung Sony kemudiannya datang dari setiap jualan game (pengeluar game perlu membayar royalti bagi setiap copy game yang dijual) dan selain tu mereka juga generate income dari langganan servis PS Plus dan juga jualan aksesori. Industri gaming yang merupakan industry multi-billion dan kadar royalti 30% dikenakan oleh Sony itulah yang meletakkan senyuman pada setiap shareholder didalam Sony.
Nota kaki
Jadi begitulah ceritanya sebab apa PS5 jauh lebih power dari PC yang sama harga dengannya. Kalau nak buat perbandingan secara terus memang tak adil. Sebab se-power-power PS5, masih tak boleh guna Microsoft Excel. Kedua-duanya wujud atas landasan yang berbeza. Apa yang penting… kerjaaasama.
The post 4 Sebab Kenapa PlayStation 5 Jauh Lagi Power dari PC appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lepakcc.com/4-sebab-kenapa-playstation-5-jauh-lagi-power-dari-pc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=4-sebab-kenapa-playstation-5-jauh-lagi-power-dari-pc