Pn Memang Lemah Tetapi Ph Jauh Lebih Lemah




Hampir kesemua penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan kegagalan pada 26 November lalu. Dari dalam hingga luar Dewan Rakyat, dari petang membawa ke malam dan hingga ke pagi, rasa kecewa itu diluahkan di merata media sosial.
Kecewanya kerana di sebalik keyakinan tinggi yang diulang-ulang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang lemah, rupa-rupanya pembangkang atau lebih khusus PH jauh lebih lemah.
Bukan sahaja lemah tetapi gagal menunjukkan sebuah koalisi yang padu pada detik yang diperlukan.

Besar harapan penyokong PH untuk melihat Belanjawan 2021 ini digugat dan keabsahan kerajaan PN terus dipertikaikan.
Namun malangnya harapan hanya tinggal harapan, semuanya menghampakan.
Terdahulu sudah tersebar bisik-bisik yang berkata tentang keretakan PH hanya menanti belah. Tetapi dengan mudah dan sambil lewa telah dinafikan oleh para pimpinan.
Semuanya memilih untuk berahsia walaupun zaman kini maklumat sulit begitu mudah untuk dikorek dan disebarkan.
Sebarang spekulasi tidak cukup dinafikan sahaja. Sebaliknya mesti dibuktikan dan dinafikan secara jelas. Dan apa yang berlaku pada Khamis lalu seperti mengiyakan spekulasi yang berlegar tentang kesuraman PH.
Kegagalan PH untuk memilih bersepakat berdiri pada Khamis lalu bukan perkara kecil dan boleh dilupakan dengan mudah seperti gesaan Anwar Ibrahim. Dalam kalangan penyokong PH, kecewa, malu dan marah diluahkan dalam pelbagai media sosial.
Tetapi berbanding marah dan kecewa, malu adalah rasa yang lebih perit untuk ditangguh oleh penyokong PH ketika ini. Rasa malu ini jauh lebih teruk berbanding rasa sakit.
Ada orang sanggup hadapi rasa sakit tetapi belum tentu mampu hidup menanggung rasa malu.
Malah kerana malu juga, manusia lebih sanggup mati daripada terus hidup. Manusia sanggup keluar daripada kampung halaman kerana terpaksa menanggung malu. Kalau kita sakit, manusia akan tumpang simpati. Tetapi kalau kita terpaksa menanggung malu, mati sentiasa menjadi opsyen utama.
Ini bukan cerita tentang menyokong perbuatan mati atau membunuh diri. Sebaliknya, ini adalah hakikat tentang betapa besarnya kesan rasa malu kepada manusia.
Sebab itu ada hadith yang dengan ringkas menyebut tentang pengaruh malu dalam hidup manusia iaitu “apabila manusia tiada malu, maka lakukanlah apa sahaja”.
Soalannya, dengan kegagalan mencapai cukup bilangan sebagai syarat undi belah bahagi pada Khamis lalu, tiada siapakah dalam kalangan pemimpin PH yang rasa malu?
Para pemimpin PH yang berada dalam Dewan Rakyat harus tahu kegagalan mereka pada Khamis lalu amat memalukan. Malangnya rasa malu itu terpaksa ditanggung secara sama rata dengan para penyokong PH yang selama ini gigih menjadi laskar siber tidak berbayar untuk mempertahankan blok pembangkang itu daripada serangan PN dan BN.
Dan kini pemimpin PH sendiri yang memberikan penyokongnya rasa malu itu. Semuanya terkedu melihat ahli Dewan Rakyat daripada PH pun ada yang tercengang tak pasti untuk berdiri atau duduk. Tiba-tiba seperti semuanya tidak pasti apa yang perlu dibuat.
Ahli dan penyokong peringkat bawahan sudah saling sindir menyindir satu sama lain. Jika sekarang peperangan berlangsung, PH sudah tewas sebelum masuk gelanggang.
Inilah ‘sabotaj’ sesama pembangkang paling mengaibkan yang telah disaksikan secara langsung oleh orang ramai dalam sebuah institusi yang dimuliakan.
Bayangkanlah pula kalau Khamis lalu memang Belanjawan 2021 digagalkan, rasanya PH pun terkedu tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kuasa yang baru diperoleh semula.
Tiada alasan yang mampu menyembuh rasa malu yang ditanggung para penyokong PH ini. Tiada guna untuk mengutuk Muhyiddin sebagai perdana menteri kerajaan yang lemah kerana rupa-rupanya yang mengutuk PN itu adalah pembangkang yang jauh lebih lemah dan tiada fokus.
Memanglah ada alasan yang digunakan Anwar Ibrahim apabila berkata, terlalu awal untuk Perikatan Nasional (PN) merayakan kemenangan ini.
Tetapi pada masa yang sama, apa pula kejayaan yang dicapai oleh PH?
Apa yang boleh dirayakan oleh pemimpin dan PH ketika ini? Tiada apa pun untuk dibanggakan. Hanya rasa malu yang cukup mengaibkan.
Usahlah berselindung dengan alasan untuk menggugat semasa perbahasan peringkat jawatankuasa pula. Jangankan rakyat, penyokong PH pun sudah jelak dengan retorik tiada berisi agenda seperti itu.
Jika boleh diukur, cukup pasti bahawa para penyokong PH kini semakin lesu dan tidak bermotivasi untuk memberi sokongan kerana kecelaruan tindakan daripada pemimpin PH sendiri.
Langsung tiada sebab kenapa bilangan 15 sokongan sebagai syarat undi belah bahagi itu gagal dicapai. PH perlu sepakat menghantar mesej yang jelas dan tegas untuk menolak Belanjawan 2021 yang dikemukakan oleh kerajaan yang korup dan khianat.
Alasan ini sahaja sudah cukup ampuh.
Bayangkanlah lagi, jika untuk mencukupkan bilangan 15 tempohari pun gagal dicapai, apakah ada sesiapa lagi dalam kalangan PH yang masih yakin bahawa Anwar Ibrahim mempunyai bilangan ahli Parlimen yang cukup untuk menyokongnya sebagai perdana menteri?
Rasa-rasanya seperti jauh panggang dari api!
Rakyat pernah memberi peluang dengan memilih PH dalam pilihan raya, rakyat pernah memberi kesempatan dengan menyokong PH membentuk kerajaan dan memerintah negara dan selepas PH jatuh akibat pengkhianatan Langkah Sheraton, rata-rata rakyat masih bersimpati dengan nasib yang menimpa PH.
Dan apabila ada usaha untuk merampas mandat rakyat daripada kerajaan pengkhianat ini, rakyat masih memberikan sedikit harapan dan sokongan untuk hal itu dilakukan.
Kini, apabila ada peluang untuk menjatuhkan atau sekurang-kurangnya memalukan Muhyiddin, atau sekurang-kurangnya menunjukkan PH masih berfungsi sebagai pembangkang yang digeruni, rupa-rupanya segala harapan itu punah dan berkecai.
Dan itulah yang disaksikan pada 26 November lalu. Dan kini adakah mana-mana pemimpin PH yang ingin merayu lagi kepada rakyat supaya menyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang?
Setelah memiliki sedikit kesempatan untuk menolak Belanjawan 2021 pun masih gagal dilaksanakan dengan baik, apakah harapan yang ingin disebarkan kepada rakyat lagi selepas ini?
Pemimpin PH tidak perlu lagi mencipta 1001 alasan untuk membela diri. Kesilapan pada Khamis lalu adalah kesipuan yang terpaksa ditanggung oleh sekalian penyokong PH yang terpaksa menelan pahit sindiran oleh penyokong PN dan BN di laman-laman sosial.
Para penyokong PH yang ramai selama ini tidak pernah pun meminta supaya setiap sumbang bakti itu dibalas dengan bentuk material. Tetapi paling tidak, ambillah para pemimpin PH wajar mengambil tindakan yang boleh memberi rasa bangga dan megah dalam kalangan penyokong.
Pemimpin PH, bukalah telinga dan mata hati. Rasailah rasa malu yang sedang ditanggung penyokong PH kini.
Arif Juhani,
bekas wartawan Suara Keadilan dan Harakah




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/pn-memang-lemah-tetapi-ph-jauh-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jauh Lebih Stabil

Kerajaan Jauh Lebih Stabil

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 216 hits
faezuddin puadJika ianya direalisasikan di Perak maka rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang jauh lebih stabil daripada kerajaan PN Selepas itu Johor Melaka Kedah Sabah dan Persekutuan boleh pakai formula yang sama Hanya sebuah kerajaan ...
Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

Dapat Perkongsian Lebih 60k Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power Sedap

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 510 hits
Selalu kita persoalkan mengapa sup di restoran lebih sedap dan tidak sama rasanya seperti yang kita sajikan di rumah Nak tahu macam mana rasanya Sup Ayam Thai yang sedap dan power Resipi ringkas tapi cukup sedap yang dikongsikan oleh ni mam...
Kuputuskan Untuk Tidak Lari Meski Sakit Aku Yakin Bisa Lebih Kuat Dari Ini

Kuputuskan Untuk Tidak Lari Meski Sakit Aku Yakin Bisa Lebih Kuat Dari Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 248 hits
Terima kasih atas semua luka yang sudah mengajarkanku untuk dewasa dan bijaksana
Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 330 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Perapan Ayam Bbq Yang Pedas Manis Juicy Lebih Lama Perap Lagi Sedap

Perapan Ayam Bbq Yang Pedas Manis Juicy Lebih Lama Perap Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 477 hits
Teringin nak makan ayam bakar BBQ ada cara paling mudah untuk buat perapannya Tak perlu susah nak keluar pergi beli dalam keadaan sekarang ni Semuanya boleh buat sendiri di rumah Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati Lagi lam...
Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 236 hits
Aku nasihatkan ustaz miqdad Jangan hina logo parti orang Nanti logo parti kamu orang perkatakan Kamu tuduh Anwar penipu bawa lah fakta kukuh Kalau Anwar menipu Agong itu satu kesalahan besar dan kamu boleh buat laporan polis Kalau sekadar a...
Lebih Seram Dan Aksi Netflix Kongsi Trailer Rasmi Sweet Home Yang Pasti Menghantui Anda

Lebih Seram Dan Aksi Netflix Kongsi Trailer Rasmi Sweet Home Yang Pasti Menghantui Anda

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 355 hits
Tidak dapat dinafikan filem dan drama Korea sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun bukanlah peminat fanatik Sering menghidangkan kandungan yang berlainan kepada penonton tidak hairanlah filem dan drama Korea berjaya men...
Ray Tracing Menjadikan Game Lebih Realistik

Ray Tracing Menjadikan Game Lebih Realistik

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 183 hits
Norma baru untuk spec game https mlstudios my amrie47 gaming
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu