4 Sebab Join Ahli Emas Orodesign Berbaloi Sebagai Medium Pelaburan Emas


Orodesign di bawah syarikat MAA Precious Metals Sendirian Berhad merupakan milik kilang emas Mohd Azrul Bin Azmi dari Kedah. Beliau sudah lebih 20 tahun pengalaman dalam industri emas. Menyediakan jongkong emas termasuklah barang kemas 916 dan 999.
Entri hari ini saya nak kongsikan mengapa menjadi ahli emas Orodesign sangat berbaloi untuk poket dan pelaburan anda semua. Jom kita
Kilang Emas VS Kedai EmasAntara membeli di kilang emas berbanding kedai emas adalah dua perkara berbeza. Sudah tentu, bagaimana pula nak ke kilang emas? Sudah tentu sahaja ketat urusannya, lebih baik ke kedai emas di mana anda boleh buat pilihan membeli emas di depan mata sahaja. Senang bukan?
Tetapi tahukah anda semua, harga bagi kedua jenis tempat pembelian emas ini jauh bezanya. 
Jika kita sedang dalam kesempitan wang, namun masih nak berbelanja, beza RM1 pun kita akan berkira bukan? Beginilah perbezaan bagi keduanya, membeli di kilang emas vs kedai emas.
Saya kongsikan harga pasaran emas bagi 1 gram goldbar 999 dan 1 gram barang kemas 916

Namun jika anda menjadi ahli emas Orodesign, harga kami pada hari ini bagi 1 gram goldbar 999 adalah RM318.50 - 319.50

Bezanya sebanyak RM17. Besar kan bezanya? Jika sudah membeli puluhan gram, kerugian sudah tentu dirasai. Teringat pula saya, ada seorang anak buah saya, membeli 1 gram goldbar 999 pada harga RM378 sekeping! 
Alangkah ruginya
Pelaburan VS PerhiasanMenyebut tentang simpanan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang. Persoalan yang muncul di benak saya adalah antara goldbar dan barang kemas yang mana satu lebih berbaloi? Adakah emas perhiasan ini sesuai dijadikan sebagai aset emas pelaburan kita semua

Jawapan yang saya jumpa ialah
Untuk pelaburan emas dan jangka masa panjang, melaburlah dengan membeli emas jongkong = goldbar, dinar, syiling dan seangkatan dengannya

Mungkin ada yang belum jelas perbezaannya. Saya ringkaskan peratusan untung tahunan bagi kedua-dua jenis emas ini dahulu. 
Emas 999 - Untung kasar tahunan 25% ke atas. Sesuai untuk pelaburan
Emas 916 - Untung kasar tahunan 25% ke bawah. Sesuai untuk perhiasan

Sekarang nampak bezanya? Saya faham orang perempuan suka memakai perhiasan tetapi jika nak mula jadikan emas sebagai pelaburan, harus betulkan mindset. Barang kemas pakailah, tetapi berpada. Kemudian boronglah bergram-gram jongkong emas ni. Percayalah, kerugian sangat tinggi bila melabur dengan emas perhiasan. 
Di Orodesign, kedua-duanya kami ada, anda dapat miliki jongkong emas pada harga minima dan barang kemas pula dengan upah yang sangat berpatutan murah harganya

Kos Upah vs Tiada Kos Upah
Membeli emas jongkong 999 tiada kos upah, manakala emas 916 ada kos upah atau dimaklumkan termasuk kos upah. 
“Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? ”
KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG
Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. 
Kadang-kadang harga emas macam murah, tapi upah beratus. Biasanya upah antara RM50 hingga RM500. Ada juga mencecah RM 2000, upah sahaja

Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik

Kos upah tidak dikenakan pada bar emas 999. Tapi semua jenis emas jenis perhiasan dikenakan kos upah yang tidak sedikit terutamanya untuk emas 916

Kita amik contoh barang yang sama di 3 buah kedai. 

Katakan anda ingin membeli gelang tangan emas 916 seberat 22 gram

1) Kedai Emas AHarga segram : RM308Upah : RM300
Maka harga dibayar,(22g x RM308) + upah RM300 = RM7076
Harga segram yang sebenar = 7076/22g = RM321.64
2) Kedai Emas B (tiada upah)
Harga segram : RM320Upah: tiada
Maka harga dibayar,(22g x RM320) + upah tiada = RM7040
Harga segram yang sebenar = 7040/22g = RM320 (purely harga segram RM320 sebab tiada upah)
3) Kedai Emas C (jenama terkenal)Harga segram : RM340Upah : RM500
Maka harga dibayar,(22g x RM340) + upah RM500 =  RM7980
Harga segram yang sebenar = 7980/22g = RM362.73
Jadi kat sini, bila tengok harga per gram, kedai emas B "lebih murah" untuk gelang 22 gram tadi

Barang yang lain, mungkin lagi murah dekat kedai emas A atau kedai yang lain pulak

Ini kerana setiap barang, berat gram tak sama, upah pun tak sama. Apa yang saya cuba nak tunjukkan adalah cara untuk mengira per gram apabila anda membeli barang kemas. Lagi branded kedai emas tersebut juga penyebab "mahalnya harga segram dan upahnya"
Ingat tak slogan ini? 
"Mengapa bayar lebih untuk bilik yang sama?"

Harus diingat, apabila anda menjual semula emas anda, kos upah tidak akan diambil kira ye. 
Maka kiralah kerugian majoriti mereka yang suka gunakan alasan emas cantik sebagai aset pelaburan emas

Bertuahnya apabila anda menjadi ahli Orodesign, anda membayar harga upah yang rendah kepada kilang emas MAA ini. 
Harga upah barang kemas dari Orodesign adalah jauh lebih murah berbanding harga di kedai-kedai emas. Teringat saya pada satu customer pada minggu lepas, untuk gelang emas 916 seberat 20g adalah sekitar RM500 ke atas sedangkan upah yang diambil dari Orodesign di bawah RM200 sahaja

Susut Nilai
Selalu kan kita dengar pasal susut nilai ini atau englishnya "spread value". Apa Itu Susut Nilai Emas? Susut nilai emas atau pun dikenali sebagai 'spread' adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Susut nilai emas ini boleh dijadikan kayu ukur bagi mendapat keuntungan berdasarkan berat emas yang dibeli
Susut nilai dari harga emas semasa bagi emas 999 adalah minimum 1%. Manakala bagi bagi emas 916 adalah minimum  15%

Bagi mengira peratus susut nilai emas, formula susut nilai emas adalah seperti berikut :

Harga jualan – Harga belian = Jumlah susut nilai emas tersebut


Peratusan Susut Nilai Emas=Harga Semasa EmasNilai Susut Emas​×100%

Nilai susut emas merujuk pada perbezaan harga antara harga semasa emas di pasaran dan nilai sebenarnya dari emas itu sendiri dalam bentuk barang kemas atau logam. Nilai susut ini termasuk kos pembuatan barang kemas, mark-up dari penjual, dan faktor lain seperti kualiti dan corak. Ia juga bergantung pada lokasi dan pasaran tempatan

Nilai susut adalah perbezaan antara harga yang anda bayar semasa membeli barang emas dan nilai sebenar emas dalamnya jika dipecahkan semula menjadi bentuk logamnya. Ia perlu diambil kira ketika melabur dalam emas atau membeli perhiasan. Sesetengah kedai emas mungkin mempunyai nilai susut yang lebih rendah berbanding yang lain, jadi penting untuk membuat kajian sebelum membuat pembelian emas


Rujukan jadual harian harga emas dari Orodesign
Rujukan katalog emas orodesign termasuk harga upah



Anda boleh survey harga rantai emas 916 ini di kedai-kedai emas berhampiran anda. Boleh bandingkan upah kami murah lagi atau tidak



Mari kita buat kiraan cara kira susut nilai goldbar 999 vs barang kemas 916
Goldbar 10 gram 999 Orodesign = RM 3155Goldbar 10 gram 999 Pasaran = RM 3275Emas 916 10 gram Pasaran =  10g X RM304 + (RM 120) Upah = RM 3160
Harga Buyback (belian balik) refer table di atas ye
999 Orodesign = RM302.50/gram999 Pasaran = RM 2935 = 2935/10 = RM293.50916 Pasaran = RM258/gram
Nak tahu nilai susutnya gunakan formula yang telah saya kongsikan
Goldbar 10 gram 999 Orodesign = RM 120Goldbar 10 gram 999 Pasaran = RM 340Emas 916 10 gram Pasaran =  RM 580
Anda boleh nilaikan sendiri ya. Betapa tinggi kos kerugian anda apabila membeli barang kemas berbanding goldbar, dan nyatanya lebih menguntungkan dan meminimakan kerugian apabila menjadi ahli Orodesign. 
Belajar sesuatu hari ini

Inilah yang saya cuba sampaikan kepada kalian pembeli emas. Belilah emas dengan ilmu, bukan kerana kecantikan semata-mata. Jika sudah berniat ingin jadikan emas sebagai pelaburan, maka mulalah serius dalam memilih platform yang dapat meminimakan kerugian anda.

Pelaburan emas ini bukan short term. Beli emas hari ini, esok dijual memang lah rugi. Tetapi urgent juga tidak terkejut bukan dengan beza nilai susut tersebut

Pihak MAA Precious Metals ataupun Orodesign ini bukan sahaja memberi anda peluang mendapatkan emas harga termurah di pasaran tetapi membeli kembali emas tersebut pada harga yang tinggi. 
Pendaftaran keahlian masih dibuka. RM399 sahaja seumur hidup, jika anda serius nak tahu lebih lanjut, boleh lihat artikel saya di sini
>> Dealer Emas Orodesign: Kelebihan Jadi Dealer & Cara Daftar Supaya Dapat Beli Emas Harga Kilang Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/12/4-sebab-jadi-ahli-emas-orodesign-berbaloi-harga-kilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Abdul Rashid Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu Th

Tan Sri Abdul Rashid Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu Th

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 276 hits
Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Tabung Haji berkuat kuasa hari ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWA
Rieke Diah Pitaloka Jadikan Ppnsb 1958 1969 Sebagai Memori Kolektif Bangsa

Rieke Diah Pitaloka Jadikan Ppnsb 1958 1969 Sebagai Memori Kolektif Bangsa

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 154 hits
Dia meyakini Rieke sangat memahami makna penting dan strategis dokumen tersebut dalam menunjukkan runutan proses perencanaan pembangunan nasional bangsa
Ajudan Ada Tim Barisan Pemenangan Prabowo Diminta Cuti Sebagai Menhan Kalau Kampanye

Ajudan Ada Tim Barisan Pemenangan Prabowo Diminta Cuti Sebagai Menhan Kalau Kampanye

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 122 hits
Juru Bicara Timnas Pemenangan AMIN Angga Putra Fidrian meminta ajudan diperlukan sebagai ajudan Karena statusnya masih menjadi anggota TNI aktif
Ecrl Akan Tetap Dikenang Sebagai Legasi Ds Najib Jangan Siapa Pertikaikan

Ecrl Akan Tetap Dikenang Sebagai Legasi Ds Najib Jangan Siapa Pertikaikan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 406 hits
Ada yg mempersoalkan apakah rasionalnya DS Najib Razak mengemukakan idea malah sudahpun melancarkan projek pembinaan perkhidmatan pengangkutan keretapi ECRL ketika era pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Hari ini kita akan c...
Video Anies Pedas Singgung Paman Sebagai Orang Dalam Menyebalkan Sekali

Video Anies Pedas Singgung Paman Sebagai Orang Dalam Menyebalkan Sekali

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 175 hits
Anies juga mencontohkan sosok paman sebagai kepala sekolah yang menjadi orang dalam
Gubernur Kepulauan Riau Ansar Diperiksa Polisi Sebagai Saksi Kasus Dugaan Perekrutan Honorer

Gubernur Kepulauan Riau Ansar Diperiksa Polisi Sebagai Saksi Kasus Dugaan Perekrutan Honorer

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 145 hits
Ada 13 14 pertanyaan lah Pemeriksaan paling efektif sekitar 3 jam Lamanya karena hanya berdiskusi perkembangan situasi ujar Ansar
Mahasiswa Ini Berjaya Raih Pendapatan Rm50 000 Sebulan Rupanya Ini Rahsia Boleh Hidup Mewah Sebagai Pelajar

Mahasiswa Ini Berjaya Raih Pendapatan Rm50 000 Sebulan Rupanya Ini Rahsia Boleh Hidup Mewah Sebagai Pelajar

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 195 hits
Kos sara hidup mendorong pelbagai kerjaya aneh wujud pada zaman ini Jika dilihat di aplikasi TikTok kebanyakan pelayar sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan coin atau gift selain menjadikan platform itu sebagai punca pendapatan Sela...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran