4 Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Impian Dan Aksi Tindakan Dalam Dunia Perniagaan
Bila anda buat keputusan untuk jadi usahawan, tentu ada sebab tertentu yang membuatkan anda putuskan demikian. Kita panggil keputusan itu sebagai 'impian'.
Setakat ada impian saja, masih belum jadikan anda seorang usahawan.
Perlu disusuli dengan tindakan. Anda perlu beraksi agar impan tersebut terlaksana. Kita panggil tindakan susulan itu sebagai 'aksi'.
Kita boleh ringkaskan keputusan untuk jadi usahawan itu kepada 2 perkara tersebut:
ImpianAksiSetiap impian boleh dikategorikan pula kepada 2 jenis pula.
Impian kecilImpian besarBegitu juga dengan aksi. Boleh diasingkan kepada 2 bahagian juga.
Aksi kecilAksi besarBila anda gabungkan kesemuanya, akan ada 4 perbezaan yang boleh terjadi sebaik saja anda menjadi seorang usahawan.
Impian kecil, aksi kecilImpian besar, aksi besarImpian kecil, aksi besarImpian besar, aksi kecilDalam keempat-empat cara jadi usahawan di atas, mana satu yang lebih bagus?
Jom kita lihat satu persatu.
1. Impian Kecil, Aksi KecilBagi anda yang tak punya cita-cita besar, hanya sekadar nak teruskan hidup, cari makan ala kadar, anda masuk dalam kategori ini.
Orang kampung kata, bisnes ala kadar, sekadar cukup makan.
Usahawan yang begini tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada orang lain selain dari kepada drinya sendiri sahaja. Tak apalah, jika itu keputusannya tak ada halangan.
2. Impian Besar, Aksi BesarIni kategori yang agak ramai para usahawan ada setiap kali terjun masuk ke dalam dunia perniagaan.
Dia punya angan-angan sangat besar. Dibantu oleh bantuan dari berbagai kenalan dan kroni, maka dia dikurniakan kelebihan dengan sumber yang besar. Dana datang mencurah, bantuan datang dari berbagai sudut.
Semua dimulakan dengan grand, kata orang kampung. Pejabat besar, bajet pemasaran besar, rekrut pekerja hebat ramai dan persembahan memang bertaraf anrata bangsa atau sekurangnya masuk liga kebangsaan. Siap Menteri buat perasmian semua pelancarannya.
Suka atau tidak, jika anda perhatikan, usahawan macam ni tak kekal lama. Paling cepat, tak masuk setahun, dah lenyap dari radar.
Jika umur panjang sikit, boleh lanjutkan sampai ke 5 tahun.
Biasanya, syarikat macam ni lah yang buang pekerja, cabut lari tutup kedai dengan hutang keliling pinggan. Banyak jiwa yang disakiti.
Seeloknya jangan lah jadi macam tu. Maksudnya, ini bukan cara terbaik untuk jadi usahawan.
3. Impian Kecil, Aksi BesarIni satu lagi jenis usahawan yang agak ramai.
Mereka tak berapa ada idea sangat, sebab itu impiannya kecil saja. Mungkin jenis malas mencari maklumat, malas membaca, malas belajar dan sebagainya, buatkan impiannya kecil sahaja.
Tapi masalahnya, dia rasa impaiannya besar. Sedangkan fakta, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Yang tak bestnya, orang macam ini, aksinya sangat besar. Dia punya sibuk nasihat semua usahawan lain sampai tak cukup ayat nak cakap.
Mereka memang jenis sentiasa ada pendapat. Dia tunjuk dia punya kejayaan, yang tak seberapa tu, dengan yakin berikan panduan kepada usahawan lain bagaimana nak berjaya macam dirinya.
Tengok gayanya, keretanya, cara jalan dan cara cakapnya, memang sangat gah. Sebab itu kita kata dia punya aksi sangat besar.
Berhati-hati dengan usahawan macam ni. Sangat ramai. Mereka ada bisnes kecil tak seberapa tapi sibuk ajar dan berikan nasihat pada semua orang.
.. sambil menulis ni, saya sendiri terasa macam dah masuk dalam kategori usahawan sebegini saja. Ha ha ha !
4. Impian Besar, Aksi kecilAnda sendiri tentu dah dapat agak. Ini adalah cara terbaik untuk jadi seorang usahawan yang berjaya.
Tapi dari kajian, sangat sedikit usahawan yang masuk dalam kelompok ini. Punca utamanya adalah mereka jenis yang sentiasa tak glamor. Sentiasa jauhkan diri dari publisiti murahan terutamanya untuk dirinya sendiri.
Orang tak berapa kenal sebab aksi biasa-biasa saja. Kereta berjenama tapi second hand saja. Rumah selesa tapi tidak luar biasa. Pakaian pun asalkan kemas dan praktikal sahaja.
Usahawan ini memang ada impian besar. Mereka tahu sasaran yang mahu dicapai. Fokus betul-betul ke arah memuaskan hati pelanggan yang disasarkan. Berusaha untuk kenal pasti masalah pelanggan dan berusaha sedikit demi sedikit untuk memenuhinya secara praktikal.
Oleh sebab dia tahu tak ada usahawan yang boleh menang pertarungan seorang diri, dia tidak gila kredit atau pujian. Dia latih semua pekerja untuk ambil tanggung jawab dan berikan peranan yang sesuai untuk semua kakitangan di syarikatnya.
Bukan perangai dia untuk tekan semua orang demi mencapai kejayaan sementara. Dia punya pendekatan adalah buat sedikit demi sedikit tapi konsisten dan ambil masa untuk besar dan kuat.
Jadilah usahawan sebegini. Macam padi, makin berisi, makin tunduk.
Jangan kelam kabut, jangan ada sikap bangga diri. Merendah diri supaya semua orang selesa dan rasa nak kawan dan bantu.
Paling penting jangan rasa diri tu dah pandai. Ini akan buatkan anda berhenti belajar. Amalkan sikap berkembang secara perlahan, tapi konsisten.
Moga saya dapat jadi macam tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hidupringkas.com/2022/11/4-perbezaan-yang-anda-perlu-tahu.html