4 Pengalaman Terbaik Di Perlis Untuk Pencinta Alam Penggemar Cabaran


 
Tunggang ATV merentasi sawah padi di Bintong untuk menikmati alam semula jadi dan pengembaraan mengujakan. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)PETALING JAYA: Kecil-kecil cili padi. Itulah perumpamaan yang sesuai buat Perlis, negeri yang menawarkan pelbagai keseronokan dan pengembaraan hebat.
Biarpun kecil, negeri di utara semenanjung Malaysia ini menawarkan pelbagai tarikan mempesonakan.
Berbeza dengan negeri-negeri lain disebabkan faktor geografinya yang unik, Perlis bersempadankan Thailand di utara dan Kedah di selatan. Kawasan sawah padinya saujana mata memandang, berlatarbelakangkan deretan bukit batu kapur yang menawan.
Landskap tersebut hanyalah sebahagian daripada pelbagai tarikan menarik yang ada di Perlis. Berikut ialah empat lokasi dan aktiviti yang wajar dikunjungi dan dinikmati oleh pencinta alam – daripada gua-gua mengasyikkan hinggalah kepada pemandangan matahari terbit yang menakjubkan.

Gua Wang Burma dengan keajaiban geologinya menawarkan pengalaman yang luar biasa. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)Gua Wang Burma: Keajaiban semula jadi
Sekiranya anda sukakan cabaran meneroka laluan gua yang sempit dan basah serta dipenuhi terowong, Gua Wang Burma pasti menjadi pilihan. Terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, ia merupakan tarikan utama semula jadi di Perlis.
Gua batu kapur ini dikatakan terhasil sekitar 370-490 juta tahun lalu dan masih berdiri megah sebagai satu keajaiban geologi.
Hayati keunikan dan keindahan pembentukan struktur batunya: barisan stalaktit putih yang tergantung dari siling; stalagmit yang menjulang dari permukaan; serta titisan air yang kaya dengan mineral sejak berjuta tahun lamanya.
Bagi penggemar aktiviti lasak, gua ini memang pilihan yang tepat kerana perjalanannya memerlukan beberapa aksi mencabar: merangkak, mengesot, dan berjalan itik merentasi laluannya yang sempit!
Perhatikan kehadiran haiwan eksotik seperti kodok dan labah-labah, dan lihat di siling gua untuk menyaksikan koloni kelawar yang mempesonakan. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)Menara Tinjau Wang Kelian: Matahari terbit yang memecah hening pagi
Saksikan keindahan alam semula di Menara Tinjau Wang Kelian. Menara yang berada pada ketinggian 304 meter di atas paras laut ini menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong.
Untuk ke sana, ambil perjalanan selama 30 minit dari Kangar, melalui pekan dan kampung yang menenangkan, seterusnya berjalan kaki mengikut trek menuju ke laluan yang membawa anda ke menara itu untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang menerangi Perlis.
Menara Tinjau Wang Kelian – pilihan tepat untuk memulakan hari anda. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)Hirup udara pagi yang segar sambil menikmati keindahan pemandangan landskap yang diselubungi awan, jalan yang berliku-liku dan bukit-bukau.
Bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan berkongsi di Instagram, menara tinjau tersebut menyediakan ruang yang luas. Anda tidak akan terlepas peluang mengabadikan kenangan indah.
Rimba Herba Perlis: ‘Farmasi’ alam semula jadi
Pelbagai jenis tumbuhan ubatan terdapat di taman botani ini, syurga kepada 721 spesis herba.
Ia turut menempatkan tumbuhan tempatan dan dari pelbagai lokasi, termasuk luar negara. Tongkat Ali, Kacip Fatimah, cekur, halia, serai, selasih, kayu manis antara koleksinya yang memiliki ciri penyembuhan.
Terdapat 12 bahagian bertema di sini seperti “taman kanser” dan “tapak gout”, kesemuanya memiliki keunikan kisah dan manfaat di sebalik setiap tumbuhan ubatan ini.
Taman ini menempatkan lebih 700 spesies tumbuhan dengan fungsi tersendiri. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)Sebagai contoh, sekiranya anda merebus daun asam gelugur dan minum airnya, ia dipercayai memberi manfaat untuk membantu penyembuhan kanser. Ini hanya sebahagian daripada pelbagai rahsia yang terdapat di negara kita, malah biasanya tidak diketahui oleh masyarakat bandar.
Oh ya! Jangan lupa menikmati sesi urutan kaki di Rimba Herba Perlis setelah penat berjalan seharian!
Menaiki ATV di sawah padi Bintong
Tunggang ATV sambil menikmati suasana kehijauan sawah padi di Bintong, Kangar. (Annuar Idris @ FMT Lifestyle)Setelah menikmati pemandangan matahari terbit di Menara Tinjau Wang Kelian, alami pula suasana matahari terbenam dengan menaiki ATV, melintasi kawasan sawah padi Bintong yang luas.
Jangan bimbang, pemandu berpengalaman akan membimbing anda sepanjang perjalanan menikmati landskap yang indah dan suasana luar bandar Kangar yang mempesona. Anda hanya perlu mengikuti laluan mudah yang disediakan khas untuk anda.
ATV membolehkan anda menikmati keseronokan menunggang dan menikmati udara segar, sambil menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam di sawah padi yang berlatar belakang bukit batu kapur. Persiapkan diri anda! - FMT
Artikel ini ditulis hasil kunjungan ke Perlis anjuran Tourism Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/4-pengalaman-terbaik-di-perlis-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Perlis Sahaja Mohon Ke Liga Super Mfl

Bukan Perlis Sahaja Mohon Ke Liga Super Mfl

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 153 hits
PETALING JAYA Liga Bolasepak Malaysia mengakui telah menerima dokumen daripada pihak Perlis United bagi permohonan bermain di Liga Super musim 2024 2025 Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan dokumen dar...
Tempat Pelancongan Menarik Di Perlis Indera Kayangan

Tempat Pelancongan Menarik Di Perlis Indera Kayangan

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 319 hits
Indera Kayangan merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Perlis Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Perlis dengan kod N08 Tempat tempat pelancongan menarik di Perlis Save dulu tau Nanti senang korang nak jalan jal...
Anwar At Closed Meetings With Penang Kedah Perlis Pkr Leadership

Anwar At Closed Meetings With Penang Kedah Perlis Pkr Leadership

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 311 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim attended closed door meetings with the PKR state leadership councils of Penang Kedah and Perlis at The Light Hotel in Seberang Jaya Penang last night Anwar who is also the PKR president was seen accompanied by P...
Cuba Kopi Gantung Perlis

Cuba Kopi Gantung Perlis

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Satu lagi kopi jalanan yang meletup letup CCL sebenarnya dah lama nak cuba minum Kopi Gantung Perlis ni tapi tue lah setiap kali teringin nak minum kopi of course la Zus Coffee yang menjadi pilihan so bat...
Port Nasi Arab Murah Di Shah Alam

Port Nasi Arab Murah Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 122 hits
puas semalam dapat makan nasi arab semalam entah kenapa teringin benar makan nasi arab dan nasi daging utara ayaq asam sayangnya nasi daging utara ayaq asam tak available hari ahad hari ahad pagi aku dan iwan ke stadium ingatnya ada jual na...
Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 207 hits
Teman Kita Di Alam Kubur Siapakah teman kita di alam kubur Di dalam tanah yang gelap busuk sempit dan ketakutan Subhanallah hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi Kita pun ada dengar ceramah agama dan tahu siapa tem...
Ipk Perlis Tidak Pernah Mengeluarkan Notis Seperti Yang Tular Di Media Sosial

Ipk Perlis Tidak Pernah Mengeluarkan Notis Seperti Yang Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 121 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Polis Perlis IPK Perlis tidak pernah mengeluarkan apa apa surat atau kenyataan seperti diatas Orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersil menggunakan perkhidmat
Raja Muda Perlis Tengku Mahkota Pahang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Taib Mahmud

Raja Muda Perlis Tengku Mahkota Pahang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Taib Mahmud

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud Keberangkatan tiba baginda pada jam 12 07 tengah ...
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Berjeragat

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Berjeragat

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 184 hits
Kulit wajah adalah permukaan yang paling terdedah kepada pencemaran dan kekotoran pada setiap hari Oleh itu penting untuk menjaga kulit wajah kita dengan pencuci muka yang berkualiti Bagi individu yang mempunyai kulit kering dan berjeragat ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk