4 November 2019 Suntik Thyrogen Hari Pertama
4 NOVEMBER 2019 : SUNTIK THYROGEN HARI PERTAMA - Semalam aku pergi dialisis sebab doktor suruh aku tukar hari dialisis. Badan memang penat sangat-sangat. Malam tu aku asyik ulang alik toilet je, sebab makan bawang putih goreng kot
So, lepas dialisis, aku terus shoot ke Hospital Kuala Lumpur, Unit Nuklear di Institur Radioterapi & Onkologi. Duduk dalam kereta pun dah buat aku hypo teruk, tapi aku gigih berjalan dan guna tangga untuk ke Unit Nuklear. Malas nak naik lif, sebab lif tu macam usang, aku seram. Actually, takut kena Anxiety attack lagi
As usual, sampai-sampai, kena daftar dulu. Lepas tu timbang, seterusnya diorang akan tanya bila last period. Dah settle semua tu, staff akan bagi nombor. Tunggu jela sampai doktor panggil
Lepas nombor aku sudah dipanggil, doktor check tekanan darah aku. Seperti yang dijangka, tekanan darah aku agak rendah. Dua tiga kali check, masih rendah. Doktor suruh aku rehat 1 jam. Kalau masih rendah, aku terpaksa hold procedure ambil Thyrogen ni
THYROGEN digunakan pada pesakit Kanser Tiroid yang tidak mampu untuk berhenti ubat Thyroxine sepanjang jangka pantang sebelum RAI (Radioactive Iodine) .Staff awalnya bagi aku biskut kering dan susu. Aku terkejut juga dapat susu tu *haha* ... Sebab aku kan pantang, mana boleh minum susu. So staff bagi aku air kosong suam je. Haaa boleh lah dari tak ada. Itupun awalnya aku masih hypo. Sampailah Yah call aku, dapat berborak-borak kejap dengan adik aku, baru aku rasa balance sikit. Kurang hypo dari sebelum tu
Lebih kurang selepas 1 jam, doktor panggil aku untuk check tekanan darah. Alhamdulillah, naik sikit berbanding tadi. Jadi doktor proceed je untuk aku ambil Thyrogen. Awalnya doktor suruh inject dekat punggung, uishh aku refused. Cucuk dekat bahu je lepas tu
SIDE EFFECT SELEPAS SUNTIKAN THYROGEN
⦿ Demam⦿ Loya / mual⦿ Lemah⦿ Berpinar-pinar⦿ Rasa sejuk
Ini yang aku alami dari semalam. Mungkin effect pada setiap orang agak berbeza. Tapi part mual tu memang aku rasa teruk sangat. Nak makan pun tak lalu. Makan biskut kering pun meloya je tekak. Harini aku kena ambil satu lagi suntikan. Esok dialisis pula. Harap Allah SWT permudahkan semuanya, insyaAllah :)
The writer,Auni Muthal'lib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/11/suntik-thyrogen-hari-pertama.html