4 Lelaki Didakwa Terlibat Rusuhan Kuil Guna Senjata


Faiz ZainudinFMTDecember 4, 2018 Semua tertuduh mengaku tidak bersalah merusuh menggunakan senjata berbahaya.PETALING JAYA: Empat lelaki termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd yang terlibat dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata berbahaya.
Keempat-empat tertuduh, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, 26, Irwan Nordin, 38, Mohd Khairi Abd Rashid, 24, dan Rozaihan Jamaludin, 38, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, yang semuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan antara pukul 2.00 pagi dan 5.00 pagi, 26 November lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM10,000 masing-masing dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Pendakwaan kes diketui Datuk Salim Hamid dan sebutan semula kes akan diadakan pada 17 Januari 2019.Difahamkan seorang lagi individu yang sepatutnya dituduh mengikut seksyen sama kini berada di hospital.
Dalam perbicaraaan sama, seorang lelaki T Thinekaran, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu, Datuk K Tanggeswaran, 23, dengan cara menumbuk mangsa di bahagian kening sebelah kiri di tepi jalan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), USJ, jam 4.30 petang, tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Salim menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan ringan atas alasan dia mempunyai 2 anak yang perlu ditanggung.
Mahkamah membenarkan Thinekaran diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kes.Dua lagi tertuduh iaitu, R Pavethren dan Mohd Shamis Samsuri mengaku bersalah atas pertuduhan lain.
Pavethren menghadapi 2 pertuduhan, pertama kerana gagal membawa kad pengenalan diri  bagi kesalahan di bawah Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan pertuduhan kedua kerana melanggar perintah polis di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 28 November, berhampiran kuil Subang Jaya.
Ariffin kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 bagi kesalahan di bawah Seksyen 79 sementara RM3,500 kerana gagal membawa kad pengenalan diri.
Manakala, Shamis pula melakukan kesalahan di bawah Seksyen 151 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram pada 28 November jam 1.15 pagi dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 6 bulan atau denda atau kedua-duanya. Majistret kemudian menjatuhkan hukuman 2 bulan penjara bermula hari ini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/12/4-lelaki-didakwa-terlibat-rusuhan-kuil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 362 hits
Firma guaman Skrine menafikan yang peguam syarikat itu terbabit mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan dekat kuil Sri Maha Mariamman di Selangor pada awal pagi Isnin dan semalam Rakan firma guaman itu Khoo Guan Huat dalam sat...
Persatuan Silat Gayong Nafi Ahlinya Terlibat Rusuhan Di Kuil Seafield

Persatuan Silat Gayong Nafi Ahlinya Terlibat Rusuhan Di Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1225 hits
SEBUAH kumpulan pengamal silat hari ini menafikan bahawa ahlinya terlibat di dalam rusuhan awal pagi tadi di sebuah kuil Hindu di Selangor Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Mariam Bujang hari ini dilaporkan berkata individu i...
Rusuhan Kuil Siapa Terlibat Ikuti Penjelasan Timbalan Igp

Rusuhan Kuil Siapa Terlibat Ikuti Penjelasan Timbalan Igp

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 555 hits
Kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor awal pagi ini bukan melibatkan perbalahan antara kaum kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Beliau berkata siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca darip...
Lelaki India Itu Bukan Polis Kpn Nafi Anggota Terlibat Rusuhan Kuil

Lelaki India Itu Bukan Polis Kpn Nafi Anggota Terlibat Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 392 hits
Polis Diraja Malaysia menafikan pembabitan seorang anggotanya dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya Isnin lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata video tular sejak Isnin lalu yang mendakwa s...
8 Individu Terlibat Kekecohan Di Kuil Sri Maha Mariamman Didakwa

8 Individu Terlibat Kekecohan Di Kuil Sri Maha Mariamman Didakwa

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 368 hits
PETALING JAYA 4 12 2018Lapan individu yang terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menghadapi pertuduhan Kesemua mereka tiba pada jam 11 24 pagi tadi d...
Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 379 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 11 33 malam Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusi Lim Wei Jiet berkata pihaknya bimbang dengan keputusan kerajaan membenarkan penggunaan Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Mah...
Rusuhan Kuil Pakar Ingatkan Pemimpin Jangan Jadi Penghasut

Rusuhan Kuil Pakar Ingatkan Pemimpin Jangan Jadi Penghasut

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 469 hits
FMTNovember 28 2018 KUALA LUMPUR Pakar terorisme mengingatkan semua pihak bertindak secara rasional dan mengawal emosi dalam mendepani isu rusuhan di kuil Subang Jaya Ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri Dr Mohd Mizan Mo...
Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1807 hits
Copy PasteAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia isu Rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ Bismilahirohmanirohim KENYATAAN RASMI DARI PIHAK PERSATUAN KUCING MERAH MALAYSIA Persatuan Kucing Merah M...
Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 649 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 28 November 2018 11 17 PM SUBANG JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan kenyataan yang mendakwa anggotanya yang ce
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day