Persatuan Silat Gayong Nafi Ahlinya Terlibat Rusuhan Di Kuil Seafield


SEBUAH kumpulan pengamal silat hari ini menafikan bahawa ahlinya terlibat di dalam rusuhan awal pagi tadi, di sebuah kuil Hindu di Selangor.

Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Mariam Bujang hari ini dilaporkan berkata, individu-individu yang dikatakan terlibat dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sebenarnya ahli persatuan terdahulu yang sudah tidak berfungsi.

Pergaduhan yang berlaku di kuil Seafield awal pagi tadi (25 November 2018), katanya tiada kaitan dengan ahli PSSGM yang berdaftar secara sah.

"Ahli-ahli sepatutnya tahu bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia kini telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), dengan nombor pendaftaran PPM-010-04-09042013."

"Sesiapa yang menggunakan pendaftaran dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan 0149/98 merupakan ahli pertubuhan yang mana pendaftarannya telah dibatalkan secara sah pada 30 Mac 2018 oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang ditujukan kepada ahli-ahli dan kumpulan yang mengamalkan seni pertahanan diri tradisional Melayu itu.

Kenyataan itu muncul selepas gambar-gambar disebarkan dalam talian yang menunjukkan kad ahli yang tercicir menggunakan nama dan logo PSSGM yang dikatakan terlibat dalam rusuhan di kuil tersebut.



Namun kata Mariam, dokumen itu telah luput dikeluarkan oleh organisasi yan sudah tidak aktif.

"Oleh kerana individu-individu itu didaftarkan sebagai ahli dibawah PSSGM 0149/98 dan tandatangan pada kad tersebut bukan lagi YDP ataupun Setiausaha Agung PSSGM, kad ahli dan sijil berkenaan secara tidak langsung tidak lagi sah. Sijil dan kad berkenaan juga sudah tamat tempoh,"

"Maka PSSGM menafikan bahawa ahlinya terlibat dalam insiden ini," kata beliau sambil menyeru ahli kumpulan itu yang masih berdaftar di bawah organisasi yang sudah tidak aktif  itu untuk memperbaharui keahlian mereka yang kini berdaftar dengan RoS.

Kejadian pergaduhan di kuil Hindu awal pagi tadi mengakibatkan 18 buah kereta dan dua motosikal dibakar. Sebuah kereta peronda polis turut dilaporkan musnah.



Kuil Sri Maha Mariamman yang turut dikenali sebagai Kuil Seafield, merupakan sebuah kuil berusia lebih 100 tahun, ia sepatutnya dipindahkan pada 22 November seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.milosuam.net/2018/11/persatuan-silat-gayong-nafi-ahlinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki India Itu Bukan Polis Kpn Nafi Anggota Terlibat Rusuhan Kuil

Lelaki India Itu Bukan Polis Kpn Nafi Anggota Terlibat Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 450 hits
Polis Diraja Malaysia menafikan pembabitan seorang anggotanya dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya Isnin lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata video tular sejak Isnin lalu yang mendakwa s...
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 799 hits
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil SeafieldPihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 528 hits
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas
Rusuhan Kuil Siapa Terlibat Ikuti Penjelasan Timbalan Igp

Rusuhan Kuil Siapa Terlibat Ikuti Penjelasan Timbalan Igp

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 618 hits
Kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor awal pagi ini bukan melibatkan perbalahan antara kaum kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Beliau berkata siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca darip...
Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 467 hits
Firma guaman Skrine menafikan yang peguam syarikat itu terbabit mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan dekat kuil Sri Maha Mariamman di Selangor pada awal pagi Isnin dan semalam Rakan firma guaman itu Khoo Guan Huat dalam sat...
Video Rusuhan Kuil Pemaju Nafi Cetus Ketegangan

Video Rusuhan Kuil Pemaju Nafi Cetus Ketegangan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 481 hits
Rusuhan kuil Pemaju nafi cetus keteganganPosted By on November 26 2018One City Development Sdn Bhd menafikan mencetuskan pergaduhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman Temple di USJ 25 Subang Jaya subuh hari ini Mereka yang telah mengikuti ...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Togel Explained Smart Ways To Play And Predict Like A Pro

Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online