4 Keburukan Yang Terhapus Dari Diri Anda Hanya Dengan Mengamalkan Sikap Rajin Mengemas Rumah




Lihat rumah anda sekarang.
Hanya ada 2 jenis orang dalam kes keadaan rumah ni. Pertama, rumahnya berselerak. Kedua, jenis yang rumahnya sentiasa dalam keadaan kemas rapi, tersusun dan kelihatan selesa dan lapang.
Anda jenis yang mana satu?
Ada orang rumahnya beterabur di sana-sini tidak tersusun sehinggakan nak jalan pun susah, terpaksa menyelit elakkan diri dari halangan. Jika ditanya kenapa jadi begitu, jawapannya mungkin, “aku jenis orang yang simple!"
Dia rasa, amalannya begitu adalah lambang hidup ringkas!
Bagi saya, untuk mengamalkan satu kehidupan yang ringkas anda tidak dapat mengelak daripada melakukan pembersihan, penyusunan dan penyingkiran semua barang yang tidak digunakan.
Maksudnya, hidup ringkas bukan amalan seorang pemalas yang membiarkan rumah berselerak. Malah mengemas rumah merupakan salah satu dari ciri-ciri hidup ringkas yang utama.

Untuk hidup ringkas, akal perlu sedar. Hanya mereka yang menggunakan akal dan sentiasa rajin membaiki keadaan sahaja yang akan berjaya untuk hidup ringkas. Tujuan utama untuk hidup ringkas adalah untuk berada di jalan yang selamat dunia akhirat.
Perkara penting yang nak saya beritahu di sini adalah, walau apapun yang terjadi anda perlu mengemas rumah!
Keadaan sekeliling yang berterabur mampu memberikan kesan negatif yang mungkin anda tak sangka. Keadaan persekitaran negatif sebegitu mampu menyerang kacau tubuh badan dan juga minda anda tanpa di sedari.
Sikap suka campak dan longgok apa saja barang dalam rumah membuatkan anda menjadi terbiasa dan menerima keadaan tersebut sebagai normal. Itu apa yang anda rasakan secara sedar. Tetapi perlu diingat bahawa minda separa sedar anda tidak begitu, ia memberikan kesan yang negatif.
Kesan rumah berselerakBerikut saya senaraikan beberapa perkara penting yang boleh berlaku kepada mereka yang tidak mengemas rumah dan membiarkan keadaan rumah berselerak. Semua yang saya sebut di bawah adalah berdasarkan kajian oleh mereka yang pakar.
1. Takut kepada masa hadapan.Jika rumah berselerak anda bakal berhadapan dengan masalah kerisauan untuk menghadapi masa depan. Keadaan itu berlaku dalam minda tanpa disedari.
Anda tenggelam di belenggu kisah silam yang ada terpendam pada barangan yang berterabur di merata tempat dalam rumah anda.
Hasilnya, perkembangan masa hadapan anda jadi terbantut.
Anda mungkin tak sedar perkara itu adalah jawapan kepada persoalan kenapa anda masih di takuk lama sedangkan ramai kawan-kawan yang lain sudah jauh ke depan, maju meninggalkan anda.
Untuk mengesahkan perkara yang saya sebut ini, sila buat kajian pemerhatian sendiri. Pergi lihat keadaan rumah atau pejabat rakan anda yang sudah maju.
Jangan hanya lihat seorang dua, perhatikan seramai mungkin kawan-kawan yang sukses sebagai bahan kajian anda. Bandingkan keadaan rumah dan pejabat mereka dan lihat keadaan rumah atau pejabat anda sendiri.
2. Gemuk Samada anda percaya atau tidak keadaan rumah yang berterabur merupakan salah satu penyumbang kepada keadaan badan anda yang gemuk berlebihan.
Itu merupakan penemuan seorang pakar, Karen Kingston, setelah melakukan kajian yang lama terhadap masalah rumah berselerak ini.
Beliau dapati, mereka yang berselerak rumahnya seringkali berhadapan dengan masalah kegemukan. Ia ada kaitan dengan sikap dan cara berfikir yang  terperangkap pada masa silam dan badan juga mengambil sikap yang sama dengan menyimpan berbagai lemak dan tenaga sebagai reaksi dari cara anda berfikir.
3. Suka bertangguh. Anda yang tidak menyusun dan mengemas rumah, sering dibiarkan dalam keadaan berselerak lazimnya berhadapan dengan masalah suka menangguhkan kerja.
Keadaan yang berselerak itu membantutkan selera anda untuk bekerja. Ia juga mampu menghilangkan motivasi serta daya tumpuan.
4. Masalah kewangan Membiarkan keadaan rumah berselerak menyebabkan kos kehidupan anda jadi meningkat.
Ini berkisar daripada sikap anda yang membeli sesuatu barang yang dirasakan akan digunakan (konon) pada satu masa nanti. Anda beli dan menyimpannya sehingga memenuhi ruang rumah.
Kes yang sama berlaku jika anda merupakan seorang penggemar barangan unik seperti barang antik dan seumpamanya. Sering berlaku, minat itu menyebabkan pembaziran sedangkan anda menaruh harapan ianya akan mendatangkan faedah pada satu masa nanti.
Ia juga ada hubungan dengan sikap menyimpan nostalgia masa lalu yang menghalang anda dari maju ke depan.
Anda juga amat mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa pada barang diminati. Anda dengan mudah berbelanja untuk membelinya.
Semua sikap sedemikian yang saya sebut di atas membuatkan anda banyak hutang terutamanya hutang kad kredit.
Elak dari merosakkan diri
Cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada menghadapi 4 masalah yang saya sebutkan di atas adalah dengan segera membuat langkah drastik untuk mengemas rumah.
Simpan apa yang perlu saja dan buang atau berikan pada orang lain yang memerlukan segala barang yang tidak digunakan. Dengan berbuat begitu anda akan dapat merasakan satu tenaga baru muncul dengan segar dalam diri.
Minda seterusnya mendapat isyarat bahawa anda sudah bersedia mahu maju ke depan. Itulah yang akan dilakukannya pada hari-hari yang mendatang. 
Anda pasti akan berubah menjadi manusia yang baru dengan  hanya mengemas rumah dan meluaskan semula ruang tempat penginapan anda.
Apa lagi nak ditangguh, jadikan mengemas rumah satu tabiat semula jadi anda dan berubah menjadi orang yang berjaya. Mulakannya sekarang juga kemaskan persekitaran dan buang semua yang tidak berguna.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/4-perkara-buruk-yang-terhapus-dari-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Memulakan Hidup Ringkas Di Rumah Untuk Ubah Diri Jadi Orang Yang Lebih Berjaya

Panduan Memulakan Hidup Ringkas Di Rumah Untuk Ubah Diri Jadi Orang Yang Lebih Berjaya

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 848 hits
Dalam artikel yang lalu saya ada kongsikan cara untuk pastikan hidup anda sentiasa bergerak supaya tidak timbul masalah bosan Anda perlu sentiasa sibukkan diri ambil tanggung jawab meringkaskan kehidupan supaya lebih cekap dan bermakna Bole...
Saya Tertekan Tiada Duit Rakan Panggil Bomba Pecah Masuk Rumah Fieya Julia Disangka Hilangkan Diri

Saya Tertekan Tiada Duit Rakan Panggil Bomba Pecah Masuk Rumah Fieya Julia Disangka Hilangkan Diri

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 248 hits
nbsp Penyanyi Fieya Julia telah mendedahkan bahawa dia pernah mengalami fasa kemurungan akibat kurang mendapat tawaran kerja dan tekanan kewangan yang terpaksa ditanggung nbsp Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali 24 berkata bahawa...
Sedarlah Diri Kerana Kita Hanya Menumpang Kasih Ingatan Tok Mat Kepada Umno

Sedarlah Diri Kerana Kita Hanya Menumpang Kasih Ingatan Tok Mat Kepada Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 228 hits
Selama ini apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa UMNO hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini ada beberapa pihak yang marah marah kepada saya Kata mereka istilah menumpang itu tidak wajar digunakan kerana UMNO da...
Syamsul Puji Sikap Profesional Puteri Sarah Rumah Tangga Diuji Tapi Tak Halang Jumpa Anak Anak

Syamsul Puji Sikap Profesional Puteri Sarah Rumah Tangga Diuji Tapi Tak Halang Jumpa Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 339 hits
BIARPUN kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana masih berlarutan namun pengarah tersebut memberitahu hubungannya dengan anak anak masih kekal baik Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof 39 berkata Puteri S...
Syamsul Pernah Janji Nak Bagi Rumah Sebab Tempat Tinggal Anak2 Kena Sediakan Puteri Sarah

Syamsul Pernah Janji Nak Bagi Rumah Sebab Tempat Tinggal Anak2 Kena Sediakan Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 245 hits
Pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana menyifatkan tuntutan dilakukan terdapat suaminya Syamsul Yusof bagi proses penceraian adalah munasabah Menurut laporan Berita Harian pelakon berusia 38 tahun itu berkata tindakan itu hasil perbincangan be...
Jalan Jalan Raya Rumah Kawan Kawan Office

Jalan Jalan Raya Rumah Kawan Kawan Office

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum Hari ni merupakan hari penilaian deco raya every level kat office SA xde gambar office level SA sebab konsep kami minimalist sebeanrnya barang yang diorder x sampai sampai judge dah amik markah jugak pagi tadi dan confirm ka...
Potret Rumah Angel Lelga Yang Bernuansa Serba Putih Mewah Bak Hotel Berbintang

Potret Rumah Angel Lelga Yang Bernuansa Serba Putih Mewah Bak Hotel Berbintang

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 237 hits
Artis sekaligus pengusaha Angel Lelga memperlihatkan kondisi rumahnya yang mewah dengan nuansa serba putih Kamar utama yang luas dan nyaman serasa di hotel berbintang Intip beberapa potretnya berikut ini
Konflik Rumah Tangga Wanita Maut Disyaki Dicekik Suami

Konflik Rumah Tangga Wanita Maut Disyaki Dicekik Suami

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita ditemui mati dipercayai dicekik suami dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Pantai Kota Kinabalu pagi tadi Sebelum itu jiran pasangan terbabit menyedari berlaku pertengkaran di bilik berkenaa...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever