4 Kategori Golongan Yang Dibenarkan Tidak Berpuasa





4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kita dah memasuki bulan April 2021. Dan insyaAllah, seluruh umat islam akan mula berpuasa bermula 13 april 2021 ini. Semoga kita semua Berjaya memasuki bulan Ramadan ini dengan rasa kesyukuran yang tinggi. Baik, bercerita mengenai puasa, tahukah kalian bahawa ada orang yang dibolehkan untuk tidak berpuasa? Dan siapakah mereka? Sila lanjutkan bacaan kalian.

Seringkali bila masuk sahaja bulan puasa, ramai yang “tiba tiba” jatuh sakit. Tiba-tiba kena gastrik sebab tak nak berpuasa. Walhal, dalam setahun, umat islam Cuma berpuasa 30 hari sahaja. Dan jika mereka tahu kebaikan berpuasa untuk tubuh badan manusia, pasti mereka ingin selalu berpuasa.

Namun, hari ini, aku bukanlah mahu berkongsikan kelebihan tersebut, namun aku ingin kongsikan dengan semua, terdapat 4 golongan dalam islam, yang mana mereka ini orang yang dibolehkan tidak berpuasa. Makna kata, tak berpuasa pun boleh. Namun, ianya tetap perlu diganti ya. Bukan kata tak puasa tapi bila mana mereka mampu berpuasa, maka, gantikanlah puasa tersebut.

4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa Baik, berikut orang-orang yang dibolehkan tidak berpuasa di bulan Ramadhan:

#1. Orang sakit

Untuk kategori pertama, orang sakit adalah mereka yang mana bila berpuasa, akan memudaratkan kesihatan mereka. Kalau kata tak makan, sakit mereka akan jadi lebih teruk. Ha, golongan ini adalah orang yang dibolehkan tidak berpuasa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:


"Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain."

#2. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh/musafir

Bagi kategori kedua orang-orang yang dibolehkan tidak berpuasa adalah mereka yang sedang dalam perjalanan yang jauh/musafir. Dalam kategori ini, jika puasa itu memberatkan mereka, atau menghalang mereka daripada membuat kebaikan, maka mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa. Namun, seperti awal tadi, puasa itu harus diganti pada hari lain.

Jabir bin Abdullah radiallahu ‘anhu berkata:


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bermusafir, lalu baginda melihat sekelompok manusia, dan seorang lelaki berteduh pada mereka. Baginda bertanya: Apa ini? Mereka menjawab: Lelaki ini berpuasa. Baginda berkata: Tiada kebaikan berpuasa ketika musafir. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1819]

#3. Orang tua

Bagi kategori ketiga pula adalah orang tua yang uzur. Mereka yang tidak mampu berpuasa adalah tergolong di dalam orang yang dibolehkan untuk tidak berpuasa. Namun sebagai gantinya, mereka diwajibkan untuk membayar fidyah iaitu dengan memberi makan kepada fakir miskin setiap kali mereka tidak berpuasa.

#4. Wanita hamil dan menyusu

Dan golongan yang terakhir yang dibolehkan tidak berpuasa adalah wanita hamil dan menyusu. Apabila mereka tidak mampu berpuasa, maka dibolehkan namun puasa itu perlu digantikan pada hari lain.

Wanita yang di datangi haid dan nifas juga dilarang untuk berpuasa. Selama mana masa tersebut. Namun, ianya juga perlu digantikan dengan hari yang lain.

Baiklah, itulah 4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa. Dan buat mereka yang terasa tidak mahu berpuasa itu, adalah kalian tergolong dalam kategori ini? Jika ya, anda adalah orang yang dibolehkan tidak berpuasa. Namun jika tiada dalam kategori ini, maka berpuasa lah kerana terdapat banyak kelebihan untuk kita.

Dalam kesempatan ini, aku ingin memohon kebaikan kalian agar dapat menghadiahkan pahala Al fatihah kepada arwah ibuku, zainab bte saad dan arwah ayahku, Mustafa bin Ali. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang dikasihi Oleh Allah. Aminn.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/04/4-kategori-golongan-yang-dibenarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Puasa Jika Tak Kuat Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

Ibu Hamil Tak Perlu Paksa Diri Puasa Jika Tak Kuat Golongan Ni Tak Disarankan Berpuasa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 371 hits
Jangan buat main kehamilan yang berisiko sememangnya harus diberikan lebih perhatian Dan berpuasa ketika bulan Ramadan dirasakan tidak wajar kepada golongan ibu yang berisiko Menurut doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan wanita hamil yang b...
Kenapa Edmund Santhara Dibenarkan Kuarantin Di Rumah

Kenapa Edmund Santhara Dibenarkan Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 197 hits
Dr Lee Boon Chye mempersoalkan bagaimana Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara dibenarkan menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari New Zealand baru baru ini Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata semua individu ya...
Berapa Kuat Bunyi Ekzos Motosikal Dibenarkan

Berapa Kuat Bunyi Ekzos Motosikal Dibenarkan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 408 hits
Mendengar raungan ekzos motosikal Mat Rempit di jalanan ramai rakyat Malaysia berharap pihak berwajib melakukan sesuatu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah mengumumkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan ...
Majlis Buka Puasa Di Masjid Surau Seluruh Perak Dibenarkan Ikut Sop

Majlis Buka Puasa Di Masjid Surau Seluruh Perak Dibenarkan Ikut Sop

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 491 hits
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Mohd Yusop Husin berkata pihaknya akan menyediakan garis panduan berhubung perkara itu yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat IPOH Penganjuran majlis berbuka puasa dan moreh selepas solat sunat tarawih ...
Muhyiddin Yassin Umumkan Bantuan Terbaru Sebanyak Rm500 Untuk Rakyat Rupa Rupanya Bantuan Tersebut Untuk Golongan Ini

Muhyiddin Yassin Umumkan Bantuan Terbaru Sebanyak Rm500 Untuk Rakyat Rupa Rupanya Bantuan Tersebut Untuk Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 417 hits
PUTRAJAYA Kerajaan telah memperuntukkan RM 1 2 b ilion bagi membantu 2 4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 394 hits
Sudah seminggu selepas pengumuman tentang status perjalanan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dan seminggu ja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bul...
Pelancongan Rentas Negeri Pkpp Dibenarkan Bermula 10 Mac 2021

Pelancongan Rentas Negeri Pkpp Dibenarkan Bermula 10 Mac 2021

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 499 hits
Berita baik untuk anda yang berada di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini kerana Pelancongan Rentas Negeri PKPP DiBenarkan Bermula 10 Mac 2021 Kerajaan hari ini telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar...
Kelaziman Dan Wajib Bagi Seseorang Yang Sedang Berpuasa

Kelaziman Dan Wajib Bagi Seseorang Yang Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 291 hits
Soalan Apakah kelaziman dan yang wajib dilakukan oleh orang yang berpuasa Jawapan Yang lazim bagi orang yang berpuasa adalah memperbanyakkan ketaatan dan menghindari semua larangan Sedangkan yang wajib atasnya adalah memelihara kewajiban ke...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3