4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera


4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera  | Pajeri memang salah satu hidangan di kenduri kahwin orang Melayu dan pajeri paling popular pastinya pajeri nenas tapi ramai yang tidak tahu ada tidak pernah merasa pajeri buah kedondong yang lazimnya cukup popular dibuat jeruk atau dimakan dengan garam belacan atau kuah rojak

Pajeri buah kedondong ni resepi bonda saya dan kami adik beradik memang suka sangat sebab buah kedondong ni bila dah jadi pajeri lapisan kulit tu akan lerai dan memekatkan kuat dan lemak manis buah tu memang sedap berbanding pajeri nenas atau pajeri terung.  Rasanya cukup unik dan rare. Buah gajus atau buah janggus (panggilan oleh orang utara) pula punya rasa yang seakan kelat manis dan bila dibuat pajeri memberikan rasa yang cukup berbeza dari pajeri nenas yang umum tahu rasanya dan pajeri terung yang rasa kosong tapi bila dibuat pajeri tu memang sedap la

Banyak versi membuat pajeri ni tapi bahan-bahan yang digunakan adalah lebih kurang sama.  Macam saya tak suka letak gula sebab sukakan rasa asli manis dari buah yang dimasak tapi kena letak gula sebab hubby sukakan pajeri yang manis


1. Pajeri Buah Kedondong Bonda


4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera 
Bahan-bahan:
5 biji buah kedondong - dibuang kulit luar dan dibelah dua
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti / Chap O atau rempah apa2 pun asal kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
sedikit garam
sedikit gula


Bahan untuk menumis
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sudu cili kisar

* ditumbuk


Cara-cara:
Buah kedondong dibuang kulit dan direbus dalam periuk hingga lembut dan toskanMasukkan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi dan masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuninganMasukkan cili kisar, rempah kari dan dikacau sampai keluar minyakMasukkan udang kering dan santan cair hingga santan nampak menggelegak dan pecah minyakMasukkan buah kedondong dan dikacau supaya buah bersalut rempah kemudian masukkan santan pekat, kacau dan biar dengan api perlahanMasukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api
2. Resepi Pajeri Nenas
4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah dan dipotong ikut kesukaan supaya senang nak makan nanti ya
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam

Bahan - ditumbuk/dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangiMasukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuninganCampurkan rempah kari dengan air dan dimasukkan kedalam kuali, dikacau sampai agak kering dan keluar minyakMasukkan udang kering dan santan pekat dan biar santan nampak pecah minyakMasukkan nenas dan dimasak hingga nenas nampak lembut. Masukkan santan cair, kacau dan biar dengan api perlahanMasukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api

Pajeri Buah Janggus
4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera
pix credit to Cik Nab Ahmad rakan suamiBahan-bahan
5 biji buah gajus dibasuh, dipotong
2 bungkus rempah kari daging
2 cawan santan kelapa
Sedikit udang kering
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula kabung
Minyak untuk menumis

Bahan - ditumbuk/dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih, bahagi dua (sebahagian untuk menumis dan sebahagian dimasukkan kedalam bancuhan serbuk kari). 
Serbuk rempah disangai (goreng tanpa minyak) dan kemudian letakkan kedalam mangkuk. Ni optional kalau tak suka tak perlu buat apa-apa

Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan kulit kayu manis, dan bunga lawang. Bila dah bawang dan kekuningan dan naik bau, masukkan bancuhan serbuk kari dan dimasak dengan api sederhana. Bila nampak pecah minyak masukkan buah gajus dan santan, gula kabung serta kerisik dengan api sederhana. Padamkan api bila nampak buah gajus kelihatan lembut dan masukkan garam secukup rasa.

4 Jenis Pajeri Buah Mudah Masak Memikat Selera
pix secukuprasa.com/resepi-pajeri-terung/
4. Resepi Pajeri Terung

Bahan-Bahan :
4 biji terung panjang
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 sudu jintan putih
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Garam
Gula Melaka

Bahan-bahan untuk dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 batang cili kering (kalau nak rasa pedas, tak letak pun tak pe)

Cara Membuatnya:
Terung dibasuh dan dipotong dua dan kemudian dibelah dua tapi jangan putus. Rebus terung separa masak supaya terung lebih lembut atau goreng terung sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

Nota : saya lebih suka rebus sebab lebih mengurangkan penggunaan minyak

Panaskan minyak dan tumis rempah ratus hingga naik bau dan masukkan masukkan bahan yang dikisar serta udang kering, masak sehingga garing.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, masak hingga pecah minyak.Masukan santan, air asam jawa dan gula melaka, dikacau hingga rempah mesra dan sebati.Akhir sekali terung serta kerisik, kacau dan balik-balikkan terung, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Padam api dan letakkan garam secukup rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/04/4-jenis-pajeri-buah-mudah-masak-memikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Jenis Resepi Dessert Mudah Masak Dan Gerenti Jadi

21 Jenis Resepi Dessert Mudah Masak Dan Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 916 hits
21 JENIS RESEPI DESSERT MUDAH MASAK DAN GERENTI JADI Assalamualaikum semua selamat petang semu Tengah buat apa tu Hehe Tengah nak cari Resipi Mudah Masak dan senang ke tu Nah Ni mummy sharekan 21 RESEPI DESSERT MUDAH DAN GERENTI JADI Hat ta...
Resipi Buah Melaka Warna Biru Senang Dan Mudah

Resipi Buah Melaka Warna Biru Senang Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 506 hits
Assalamualaikum Bulan puasa nie musim PKP nak tak nak kenelah try buat kuih sendiri walaupun nak makan hanya beberapa butir Dulu ada bazar sekarang nie kalau order pun belum tentu dapat makan Cara paling mudah beli barang dan buat je sendir...
Resipi Daging Black Pepper Paling Mudah Bangkit Selera Waktu Bersahur Nanti

Resipi Daging Black Pepper Paling Mudah Bangkit Selera Waktu Bersahur Nanti

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 358 hits
Kalau di rumah ada daging segar dan lada hitam bolehlah cuba buat resipi ini Idea untuk bersahur pagi nanti lauk begini boleh membangkit selera Nak dibuat pun mudah dan tak perlukan masa yang lama Bangun pagi pagi terus sediakan tak perlu d...
Tidak Berselera Ketika Waktu Sahur Ini 5 Tip Mudah Bangkitkan Selera Untuk Anda Cuba

Tidak Berselera Ketika Waktu Sahur Ini 5 Tip Mudah Bangkitkan Selera Untuk Anda Cuba

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 439 hits
Kejap sahaja sudah masuk bulan puasa Mudah mudahan semuanya terus bersemangat hingga ke penghujung Ramadan Alang alang sebut pasal semangat anda setuju atau tidak kalau kami katakan waktu sahur sebenarnya agak mencabar untuk dilalui Yalah s...
Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 1377 hits
Assalamualaikum semua Hari ni BBL nak kongsi resepi tutorial mudah nak masak Nasi Minyak Ayam Masak Merah Acar Nenas Timun Ni pun first time saya masak sendiri nasi minyak Kebetulan tekak craving nak makan nasi minyak untuk bulan puasa Anda...
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 671 hits
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur Baru seminggu berpuasa dah buntu dan tak tahu nak masak apa Itu yang CH nampak dalam status FB kawan kawan CH pun kadang kadang buntu jugak tapi sebab banyak join group masak masa...
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 672 hits
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan Ayam masak merah selalunya kalau kita google akan ada pelbagai jenis dan cara masakan yang berbeza So ada yang mudah tak perlukan bahan yang banyak dan ada yang mudah tapi bahan yang digunakan b...
Menjelang Ramadhan Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur Berbuka Puasa

Menjelang Ramadhan Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 521 hits
Menjelang Ramadhan ibu ibu pasti sibuk di dapur dengan tugasan memasak untuk keluarga Semuanya harus dilakukan dengan cepat dan pantas terutamanya dalam menyediakan hidangan di waktu sahur Bagi memudahkan tugas memasak apa kata ikuti tips o...
Tak Payah Risau Nak Jaga Suhu Resipi Almond London Masak Dalam Kuali Mudah

Tak Payah Risau Nak Jaga Suhu Resipi Almond London Masak Dalam Kuali Mudah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 494 hits
Bila berpuasa ni selain resipi lauk pauk yang simple para ibu suka juga nak cuba buat kuih raya Untuk yang kurang mahir atau masih baharu eloklah cuba resipi mudah dan tidak terlalu rumit Proses pembuatan kuih juga tak perlulah terlalu susa...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh