4 Jenis Air Rebusan Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita
Bagi kehidupan seorang wanita, lebih-lebih lagi pada ang sudah bergelar sebagai seorang isteri dan ibu, menjaga kesihatan dalamandan luaran adalah sangat dititikberatkan. Terutama sekali adalah penjagaan dalaman dan ianya sangat penting untuk dijaga dengan rapi tidak kira bagi wanita yang sudah berkahwin ataupun anak gadis sunti.
Tidak cukup jika hanya mempunyai kecantikan luaran semata-mata manakala dalaman terabai begitu sahaja. Jika anda salah seorang yang hanya mementingkan kecantikan luaran, itu menampakkan anda belum layak digelar wanita yang sebenarnya jika tidak mementingkan kedua-duanya sekaligus.
Bagi kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari zaman dahulu lagi, mereka banyak menghasilkan petua-petua tradisional datuk nenek yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita terkini sebagai bukti kesihatan dalaman dan juga luaran dengan berkesan dan selamat.
Berikut merupakan 4 jenis air rebusan tradisional yang boleh para wanita di luar sana amalkan bagi menjaga kesihatan dalaman dan luaran sekaligus.
1. Air rebusan halia dan serai
spmodels.net
Anda boleh sediakan sebanyak 3 batang serai dan 5 cm halia. Kemudian anda boleh ketukkan kesemua bahan-bahan ini dan rebuskan sehingga mendidih. Setelah air rebusan tadi menjadi suam, anda boleh terus minum dengan segera. Air rebusan ini mampu merawat masalah sendi yang lenguh, sakit urat saraf, angin di dalam badan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.
2. Air rebusan cengkih dan sireh
hudamir.com
Ambil sebanyak 3 atau 5 helai daun sireh dan cuci sehingga bersih dari segala kekotoran. Kemudian, rebuskan cengkih dan daun sireh tadi selama 20 minit . Setelah siap dan suam, anda boleh minum air rebusan kedua bahan itu tadi. Ia sangat berkesan dalam merawat masalah badan berbau serta memberikan kesegaran pada tubuh badan anda.
3. Air rebusan sireh dan daun inai
buletindaily.com
Sediakan sebanyak 3 hingga 6 helai daun sireh dan segenggam daun inai ke dalam air yang di didihkan. Setelah selesai mendidihkan kesemua bahan-bahan tadi, Anda boleh amalkan minumnya sebanyak 2 kali sehari. Cara ini boleh membantu merawat masalah keputihan yang teruk dan berbau.
4. Air rebusan halia, kayu manis, serai dan kunyit
keluarga.my
Sediakan 2 batang serai, 3 cm halia yang sudah diketuk, kunyit dan juga kayu manis. Sekiranya anda mahukan rasa yang lebih sedap, anda boleh saja campurkan sedikit gula batu dan daun pandan. Didihkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga masak. Tahukah anda, kebaikan air rebusan ini adalah sangat bagus bagi wanita untuk penjagaan dalaman serta luaran pada masa yang sama.
Semoga dengan segala perkongsian di atas boleh memberikan anda sedikit panduan bagaimana cara menjaga kesihatan dalaman dan luaran yang harus dijaga dari sekarang. Sekian petikan dari Food.Lover Sabah.
The post 4 Jenis Air Rebusan Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/4-jenis-air-rebusan-untuk-kesihatan-dalaman-dan-luaran-wanita/