4 Ditahan Hina Agama Perkauman


EMPAT individu yang dipercayai terbabit dalam penyebaran status berkaitan isu agama dan perkauman ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) (D5) JSJ Bukit Aman selepas menjalankan siasatan bersabit isu agama dan perkauman sejak Jun lalu.
“Tangkapan pertama dibuat terhadap seorang lelaki yang juga pemilik akaun Facebook (FB) pada 2.45 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan berkaitan status menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW pada 9 Julai lalu.
“Peralatan digital milik lelaki itu yang digunakan untuk memuat naik status berkenaan di FB turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, lelaki kedua ditahan kira-kira 5 petang di Pelabuhan Klang, Selangor hasil siasatan sejak 16 Ogos lalu terhadap status menghina orang Melayu oleh akaun FB.
Katanya, beberapa peralatan digital yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status berkenaan juga dirampas daripada lelaki itu.
Beliau berkata, tangkapan ketiga dilakukan terhadap seorang wanita pada 4.30 petang di Seremban 3, Negeri Sembilan.
“Seorang wanita pula ditahan bagi membantu siasatan berhubung status menghina Nabi Muhammad SAW di FB pada 8 September lalu.
“Pada 9 September lalu, polis melakukan siasatan berhubung satu video mengaibkan dengan niat mahu membangkitkan perpecahan keamanan yang dimuat naik di YouTube oleh seorang lelaki.
“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki di Kelana Jaya, Selangor dan merampas beberapa peralatan digital digunakan untuk merakam dan memuat naik video berkenaan ke media sosial,” katanya.
Huzir berkata, kesemua tangkapan itu adalah hasil kerjasama polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang membantu mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan.
Menurutnya, tiga daripada suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 14 September.
Katanya, bagi lelaki yang terbabit dalam kes muat naik video di YouTube direman selama dua hari bermula hari ini.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang status atau berkongsi perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi diraja pada mana-mana media sosial.
“Tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh membangkitkan perpecahan keamanan dalam kalangan rakyat dan menggugat keharmonian serta perpaduan kaum,” katanya. – HARIANMETRO
The post 4 ditahan hina agama, perkauman appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/4-ditahan-hina-agama-perkauman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Individu Ditahan Sebar Posting Isu Agama Dan Perkauman

Empat Individu Ditahan Sebar Posting Isu Agama Dan Perkauman

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 12 Sept Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan polis pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam penyebaran hantaran berkaitan isu agama dan perkauman di media sosial baru baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit A...
Alasan Takut Cicak Seorang Lelaki Ditahan Oleh Jabatan Agama

Alasan Takut Cicak Seorang Lelaki Ditahan Oleh Jabatan Agama

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 324 hits
Gambar hiasan sumber dari GoogleKedengaran agak pelik apabila alasan takut cicak digunakan untuk mengelakkan diri dari ditangkap jabatan agama kerana tidur bersama dua orang perempuan Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Perhentian Besut Ga...
Aktivis Khalid Ismath Ditahan Kes Hina Agong Permaisuri

Aktivis Khalid Ismath Ditahan Kes Hina Agong Permaisuri

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 758 hits
Polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iska...
Terkini Hina Institusi Diraja Ketua Pemuda Parti Politik Ditahan Polis

Terkini Hina Institusi Diraja Ketua Pemuda Parti Politik Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 13 Sept Polis Diraja Malaysia menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia Khalid Ismath kerana dipercayai menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Ha...
Jakim Larang Orang Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain

Jakim Larang Orang Islam Sertai Majlis Berdoa Bersama Agama Lain

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 416 hits
Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada pendirian diambil hasil muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2006
Demo Depan Gedung Kpk Pemuka Lintas Agama Tolak Revisi Uu Kpk

Demo Depan Gedung Kpk Pemuka Lintas Agama Tolak Revisi Uu Kpk

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 246 hits
Hal senada juga disampaikan Romo Heri dari Konferensi Waligereja Indonesia Bahkan dia yakin umat Katolik sudah bergerak lebih dulu menyuarakan penolakan terhadap Revisi UU KPK
Ph Perlu Tolak Politik Sempit Kaum Agama Jika Mahu Terus Berkuasa

Ph Perlu Tolak Politik Sempit Kaum Agama Jika Mahu Terus Berkuasa

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 275 hits
Untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 15 seorang ahli parlimen PKR mencadangkan kepada kerajaan supaya terus jujur dan ikhlas untuk menjadi blok politik yang mempunyai dasar sederhana dalam politik arus perd...
Mufti Haram Umat Islam Sertai Undian Tukar Agama

Mufti Haram Umat Islam Sertai Undian Tukar Agama

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 309 hits
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata umat Islam mempunyai keimanan bahawa hanya agama Islam merupakan agama yang benar dan diredai di sisi Allah Foto BernamaKUALA LUMPUR 5 Sept Umat Islam haram terlibat dalam undian menukar agama ya...
Pelaku 2 Kali Rencanakan Penyiraman Air Keras Ke Guru Agama Di Tangerang

Pelaku 2 Kali Rencanakan Penyiraman Air Keras Ke Guru Agama Di Tangerang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 298 hits
RM dan AG dua pelaku penyiraman air keras kepada Hasanudin guru agama di Desa Pangkalan Kecamatan Teluknaga Kabupaten Tangerang ternyata pernah gagal merencanakan aksi serupa RM diketahui merupakan selingkuhan istri korban
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti