4 Chef Restoran Di Jepun Nekad Berhenti Kerja Enggan Bersekongkol Hidang Menu Tidak Halal


Empat pekerja Malaysia di Jepun mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah restoran makanan halal di Osaka, Jepun, kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemiliknya yang menghidangkan hidangan tidak halal kepada pelanggan.
“Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran itu. Memang rasa bersalah sangat kerana kami tahu bahan yang disediakan seperti daging adalah tidak halal, serta sijil halal yang dipamerkan juga dibuat sendiri oleh pemilik restoran,” demikian pengakuan Hafizee Ismail, 29, salah seorang daripada empat bekas cef di restoran tersebut.
Hafizze bersama Megat Danial Aizat Megat Ariffin, 32, Mohamad Rafael Faiq Mohd Jamaluddin, 23, dan Mohd Shazuan Shafiq Mohd Hisham, 25, mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu dan mendedahkan perkara itu selepas bertemu dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurut Hafizze, sejak sebulan lalu, mereka mahu menceritakan perkara itu tetapi kerana memikirkan faktor keselamatan diri selain masih belum dibayar gaji, mereka terpaksa memikirkan cara lain untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Malaysia memandangkan restoran itu menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.
“Sebelum ini kami dimaklumkan restoran itu menyediakan menu halal dan menawarkannya kepada pelawat khususnya dari Malaysia untuk mendapatkan makanan halal tanpa was-was. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui apabila bulan lalu ketika mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe, kami mendapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging babi dan dipotong menggunakan mesin sama.
“Terkejut dengan keadaan itu, kami berjumpa dengan pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji akan memastikan perkara itu tidak berulang serta akan menyertu mesin tersebut untuk kegunaan restorannya.
“Bagaimanapun, ia tidak berlaku menyebabkan kami mencari jalan menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia. Harap kami, tiada lagi Muslim Malaysia tertipu dengan promosi halal di situ kerana kami sendiri lihat dan tahu bahan yang diproses dari kilang bercampur daging babi,” katanya.
Difahamkan, Hafizze bekerja di restoran itu sejak dua tahun lalu, manakala tiga lagi rakannya yang lain bekerja di situ sejak Oktober lalu.
Sementara itu, Megat Danial berkata, dia berasa curiga apabila ternampak kotak yang mempunyai label tidak halal dihantar ke restoran itu oleh pembekal, kerana sebelum ini mereka dimaklumkan restoran itu hanya menyediakan makanan halal.
Jelasnya lagi, pemilik restoran turut mempromosikan perniagaannya di Facebook dan menjadi antara restoran tumpuan pelancong dari Malaysia.
“Setiap bulan, kami menerima pelanggan antara 1,500 hingga 2,600 orang mengikut musim dan bayangkan bagaimana rasa bersalahnya kami apabila menghidangkan makanan tidak halal kepada orang Muslim sehinggakan kami nekad berhenti.
“Hujung bulan lalu, pemilik restoran mengadakan program promosi halal khusus untuk negara kita. Di situ kami bertemu wakil PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang kebetulan dijemput sama dan kami ceritakan perkara sebenar untuk meminta bantuan. Alhamdulillah, kami berhenti dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu.
“Niat kami cuma untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu dan kami tidak mahu bersubahat dengan pemilik yang hanya menggunakan Islam sedangkan dia tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jepun. Itu yang dia sendiri maklumkan kepada kami,” katanya.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada JAKIM dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengetahui status sebenar isu tersebut.
“Kita anggap isu ini serius kerana membabitkan soal halal dan restoran itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada empat cef ini yang berani tampil biarpun terpaksa mencari kerja lain.
“PPIM juga ingin menasihatkan kepada warga Malaysia yang ingin mencari tempat makan halal di luar negara lebih berhati-hati agar tidak ditipu mereka yang ingin mengambil kesempatan,” katanya.
 
Sumber: The Reporter  The post 4 Chef Restoran Di Jepun Nekad Berhenti Kerja, Enggan Bersekongkol Hidang Menu Tidak Halal appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/4-chef-restoran-di-jepun-nekad-berhenti-kerja-enggan-bersekongkol-hidang-menu-tidak-halal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Graduan Ipt Nekad Berhenti Kerja Untuk Tanam Cili Jana Pendapatan Rm60 000

Empat Graduan Ipt Nekad Berhenti Kerja Untuk Tanam Cili Jana Pendapatan Rm60 000

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 487 hits
Empat graduan IPT nekad berhenti kerja untuk tanam cili jana pendapatan RM60 000Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah ter...
26 Produk Kitkat Dari Jepun Tidak Selamat Untuk Pengguna Muslim Halal Japan

26 Produk Kitkat Dari Jepun Tidak Selamat Untuk Pengguna Muslim Halal Japan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 402 hits
26 produk KitKat dari Jepun tidak selamat untuk pengguna muslim Halal JapanLaman Facebook hari ini mendedahkan sebanyak 26 produk KitKat dari Jepun adalah tidak selamat untuk dimakan oleh pengguna beragama Islam Menurut laman berkenaan piha...
Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei Amp Zte

Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei Amp Zte

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 397 hits
Beberapa minggu lalu kami pernah melaporkan mengenai rancangan kerajaan Amerika untuk memujuk sekutu mereka berhenti menggunakan produk Huawei Langkah itu dilihat mula membuahkan hasil apabila kerajaan Jepun dikatakan bakal mengharamkan pen...
Pelbagai Jenis Menu Ikan Bakar Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Kuantan

Pelbagai Jenis Menu Ikan Bakar Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Kuantan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 835 hits
Nota Review ini tidak ditaja oleh mana mana pihak dan ianya ikhlas dari hati Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung o...
50 Menjejaki 15 Restoren Halal Di Jepun

50 Menjejaki 15 Restoren Halal Di Jepun

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 696 hits
Assalamualaikum semua Hari tu dah bebel panjang berjela dalam travelog Japan bab menjejaki restoren halal di Jepun Sebab panjang sangat travelognya kesian korang nak cari balik Jadi hari ini Azie ringkaskan dan padatkan dalam satu post samb...
Kerja Gila Wanita Ini Berhenti Kerja Sebab Nak Menyusukan Teman Lelaki Setiap 2 Jam

Kerja Gila Wanita Ini Berhenti Kerja Sebab Nak Menyusukan Teman Lelaki Setiap 2 Jam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 589 hits
Adalah sesuatu yang normal untuk ibu menyusukan anaknya selepas dia melahirkan baby tersebut yelah sebab bayi kan perlukan susu ibu untuk makan dan membesar Tapi yang lain sikit Seorang wanita mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata...
Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 340 hits
Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu lebih berani terbuka berani bersuara dan mahukan...
Bisnes Online Yang Menguntungkan Sampai Boleh Berhenti Kerja Makan Gaji

Bisnes Online Yang Menguntungkan Sampai Boleh Berhenti Kerja Makan Gaji

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 376 hits
Walaupun setiap hujung bulan dah dapat gaji kita masih boleh menambah pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga kita Antara salah satu cara mudah untuk menambah pendapatan adalah dengan melakukan bisnes online Akan tetapi tak ...
Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka

Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 615 hits
Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka Mungkin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga Tindakan itu memang wajar dipuji Sebagai suami tentu anda rasa serono...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah