4 Cara Kawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis Supaya Tak Merosakkan Mata


Sekarang ni makin ramai orang disekeliling kita mengalami masalah kencing manis. Boleh dikatakan bahawa setiap 1 daripada 5 rakyat Malaysia ini mempunyai masalah kencing manis. Dan saban hari, pengidap kencing manis ini semakin bertambah bilangannya. Mereka perlu cari cara kawal kencing manis yang betul supaya tidak merosakkan organ lain.
Masalah kencing manis ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sehinggakan ramai anak muda sekarang dah ada yang mempunyai masalah kencing manis. Jadi kita perlu cari cara kawal kencing manis ini supaya ia tidak menjadi beban kepada rakyat kita.

 
Komplikasi Pesakit Kencing Manis Sekiranya dibiarkan berlarutan masalah kencing manis ni, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Sebanyak 7% daripada pesakit kencing manis mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah penglihatan. Kalau dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Kemungkinan untuk menjadi buta akibat kencing manis adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding individu sihat. Kencing manis boleh mengakibatkan kebutaan dengan merosakkan salur darah dalam retina (saraf di belakang mata). Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah pada retina tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan pada retina.

Selain itu, masalah kencing manis ini juga boleh menyebakan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah sakit jantung secara tiba-tiba dan luka yang tak sembuh-sembuh sehinggakan terpaksa dipotong anggota badan yang terlibat.
Bukan itu sahaja, pesakit kencing manis ini juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang rosak lantas menyebabkan susah nak kencing dan terpaksa membuat proses dialisis dengan kerap.
Baru-baru ni, pak cik Mia baru sahaja meninggal dunia kerana mempunyai masalah kencing manis sehinggakan sudah sampai tahap perlu buat dialisis. Dia koma dan keesokkan harinya meninggal dunia. Dia gagal untuk membuat proses dialisis tu kerana terlalu penat. Memang lepas buat dialisis, mereka akan rasa sangat penat. Bayangkan mereka terpaksa buat dialisis sebanyak 3 kali dalam seminggu. Ambil masa berjam-jam juga untuk selesaikan proses dialisis tu. Selepas dialisis, memang mereka akan baring je sebab terlalu penat.
Sebelum nak buat dialisis, perlu buat tapak untuk buat proses dialisis yang memerlukan kos yang tinggi. Cuba bayangkan duit yang habis, kepenatan mereka, kesakitan yang mereka tanggung, masa mereka. Sebab tu kalau boleh jangan biarkan anda atau orang yang anda sayang yang mengalami masalah kencing manis ini berlarutan sehinggakan boleh merosakkan organ-organ yang lain.
 
Bergantung pada ubat seumur hidup? Bila ke klinik atau ke hospital, semestinya ubat yang akan diberi kepada pesakit kencing manis ni kan. Kadang-kadang 3-4 jenis ubat yang perlu diambil oleh mereka setiap hari dan perlu diambil berterusan sampai bila-bila.
Sebenarnya ubat kencing manis ini diberikan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Ia akan menarik gula untuk masuk ke dalam sel supaya ia dapat ditukarkan kepada tenaga dan secara tak langsung akan merendahkan kadar gula. Selain itu, ada juga pesakit kencing manis yang terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari.
Jadi, macam mana nak kawal bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis ni supaya ia tidak berlarutan sehinggakan merosakkan organ-organ yang lain?
 
4 cara kawal bacaan gula pesakit kencing manis supaya tidak merosakkan mata Ramai yang tidak percaya bahawa masalah kencing manis ini tidak boleh diatasi. Mereka sangkakan bahawa mereka terpaksa mengambil ubat-ubatan sepanjang umur mereka. Sebenarnya ada kajian yang membuktikan bahawa kadar gula dalam darah pesakit kencing manis ini masih boleh dikawal.
Mia nak kongsikan 4 cara ini supaya pesakit kencing manis boleh menjalani hidup mereka seperti sediakala. Biar sahaja doktor yang tentukan berapa lama lagi anda perlu mengambil ubat setelah mengikuti 4 cara ini.
1. Kawal pengambilan makanan harian Memang sangat penting untuk mengawal pengambilan makanan harian kita. Ramai yang salah anggap bahawa mereka hanya perlu kawal pengambilan gula sahaja. Salah sama sekali. Kencing manis sebenarnya berpunca daripada masalah pemprosesan atau metabolisma gula kurung efektif dalam badan.
Apabila gula atau glukosa tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini yang akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Kencing manis adalah disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan ditambah pula dengan kurang aktiviti senaman seharian.
Jadi kurangkan makanan yang tinggi kalori seperti karbohidrat. Banyakkan makanan yang berserat kerana serat mampu untuk memperlahankan proses makanan bertukar menjadi gula. Serat yang tidak larut di dalam badan juga mampu untuk membawa keluar gula yang tidak terpakai dalam darah melalui najis.
 
2. Kawal berat badan Jika seseorang mengambil atau memakan lebihan kalori dari yang sepatutnya, maka lebihan kalori ini akan bertukar menjadi lemak yang berkumpul dibahagian hadapan abdomen (sekelilingnya) yang kita namakan Central Obesity.
Lemak lebihan inilah akhirnya menyebabkan insulin iaitu hormon utama memproses gula didalam darah menjadi kurang efektif, lalu terjadi keadaan dimana paras gula menjadi terlalu tinggi. Jadi, kawal berat badan kita supaya kembali kepada BMI yang normal.
 
3. Jadikan senaman sebagai rutin harian Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi untuk membantu menggunakan kalori yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan dan dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.
Apabila pesakit kencing manis ini lebih aktif bergerak semasa bersenam, sel dalam badan menjadi sensitif terhadap insulin supaya gula yang ada dalam badan dapat ditukarkan kepada tenaga.
 
4. Mengambil makanan yang tinggi antioksidan untuk mengawal gula dalam darah
Terdapat kajian yang dijalankan bahawa, antioksidan yang dikenali sebagai resveratrol dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Resveratrol dapat meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Kita semua tahu rintangan kepada insulin adalah satu faktor penyumbang kepada penyakit kencing manis. Jika dapat meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, maka kandungan gula dalam darah dapat dikawal. Justeru dalam hal ini resveratrol dapat membantu mengurangkan kandungan insulin yang diperlukan seterusnya mengawal kadar gula dalam darah.
Kebanyakkan antioksidan resveratrol ini boleh didapati dalam buah-buahan seperti anggur dan beri. Boleh lanjutkan pembacaan anda tentang antioksidan resveratrol ini di artikel ini  Bagaimana Resveratrol Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah.

Jangan lengahkan lagi sekiranya anda atau orang tersayang mengalami masalah kencing manis. Ini kerana masalah kencing manis ini akan menyebabkan banyak lagi organ lain akan rosak kerana kita tidak mengawal kadar gula dalam darah. Ia akan membebankan kita dan orang yang kita sayang, dan dalam masa yang sama kita tidak dapat melakukan aktiviti lain seperti orang normal.
Sekiranya anda ingin berkongsi kisah kencing manis anda, atau ingin bertanyakan sebarang soalan mengenai masalah ini, boleh whatsapp Mia seperti dalam maklumat dibawah.
 

——————————————————————————-
Saya MiaZain
(ID Shaklee : 1081104)
adalah #GreatLeaderTeam, #MummyPrenuer, #TeamMia
✆ SMS | WhatsApp : 012 928 3726 [Mia]
FB : Salmiah Md Zain
“Tingkatkan Kesihatan Untuk Jaminan Masa Depan”
“Bantu Orang Lain Untuk Membantu Diri Sendiri”
———————————————————————————
The post 4 Cara Kawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis Supaya Tak Merosakkan Mata appeared first on MiaZain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miazain.com/4-cara-kawal-bacaan-gula-pesakit-kencing-manis-supaya-tak-merosakkan-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Gula Dalam Darah Bagi Penyakit Kencing Manis

Bacaan Gula Dalam Darah Bagi Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 446 hits
Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends family and people you know Apakah Kepentingan Mencapai Bacaan Gula NormalGula darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan tahap gula dalam darah yang senti...
Cara Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah

Cara Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 947 hits
Memahami Apakah Maksud Paras Glukos DarahGula dalam darah diperolehi dari sumber makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan dan otak Walaubagaimana paras gula dalam darah boleh menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi akibat dari kegaga...
Bagaimana Cara Mengurangkan Gula Dalam Darah

Bagaimana Cara Mengurangkan Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 366 hits
BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH Assalammualaikum Dr Zubaidi Saya nak bertanya dan sekali gus mohon doktor bagi tips sekali Suami saya umur 34tahun dia penghidap diabetes type 2 Sebelum ini berat badan suami 68kg tetapi bulan se...
Milagro Coffee Patawali Penawar Kencing Manis

Milagro Coffee Patawali Penawar Kencing Manis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 493 hits
COFFEE PENAWAR Hi Semua Mar pasti korang semua mesti suka sangat minum minum coffee kan lagi lagi suka lepak di kedai kedai kopi hipstur sekarang ni hehe TAPI kalau dapat kopi yang boleh buat sendiri kat rumah lagi best KAN tak payah lagi b...
Prabowo Instruksikan Pendukung Kawal Suara Dengan Cara Tongkrongin Tps

Prabowo Instruksikan Pendukung Kawal Suara Dengan Cara Tongkrongin Tps

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 173 hits
Prabowo mengajak bergerak bersama sama mengulangi sukses Pilkada DKI Jakarta Saat itu semua pendukung Anies Sandiaga diajak berbondong bondong mengawal suara sejak di TPS
Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 853 hits
As Salam Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap dan Tahan Lama Apa lagi yang mak mak akan buat time cuti sekolah ni kalau tak marathon kat dapur around the clock huhu Kadang tu siap sound kat anak anak mama dah masak sekali har...
Info Sihat Diabetes Kawal Pemakanan Gula Darah

Info Sihat Diabetes Kawal Pemakanan Gula Darah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 543 hits
Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep suku separuh Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat suku pinggan dengan sumber protein dan separuh pinggan diisi dengan sayur sayuran dan buah buahan DIABETES adalah penyakit yang tid...
Kencing Berbuih Mesti Anda Risau Buah Pinggang Rosakkan Jom Ikhtiar Dengan 5 Cara Ni

Kencing Berbuih Mesti Anda Risau Buah Pinggang Rosakkan Jom Ikhtiar Dengan 5 Cara Ni

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 485 hits
Masalah kencing berbuih ialah antara petunjuk kepada masalah buah pinggang atau buah pinggang rosak Walaubagaimanapun bagi sesetengah keadaan ia mungkin adalah perkara normal
Masalah Lebam Bawah Mata Kulit Muka Kusam Amp Liang Pori Besar Cuba Cara Ini

Masalah Lebam Bawah Mata Kulit Muka Kusam Amp Liang Pori Besar Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 638 hits
Buat wanita yang ada masalah lebam bawah mata kulit muka kusam liang pori besar boleh cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir ini
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids