4 Beranak Naik Motor Redah Hujan Untuk Sekampit Beras Barang Dapur
NASIB setiap insan berbeza-beza, dan dalam kesempitan wang pasti ada keluarga yang sanggup mengharungi segalanya demi sesuap nasi
Begitulah yang dialami seorang ibu yang menunggang motosikal bersama tiga anaknya meredah hujan renyai pada waktu malam
Pertemuan empat beranak itu untuk mendapatkan bantuan seorang guru yang sering terlibat dengan program kebajikan dipermudahkan
Menurut perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya pada Sabtu, kedatangan mereka hanya mahu mendapatkan sekampit beras dan barang dapur
“Kali ini, aku serah troli kat dia. Akak pergi ambil apa keperluan akak. Nanti dah siap panggil saya. Saya bayarkan,” katanya yang berada di sebuah pasar raya
Ketika beratur untuk membuat bayaran, kata Mohd Fadli, wanita itu kemudian tiba-tiba bertanya untuk menambah barangan yang dibeli
“Cikgu. Boleh tak nak ambil ni? Kalau tak boleh saya letak semula,” ujar wanita sambil menunjukkan tuala wanita
“Ambillah. Keperluan tu kan,” jawab Mohd Fadli sebelum wanita tersebut mengucapkan terima kasih
Tidak sekadar sekampit beras, barang dapur dan tuala wanita, tiga beranak itu kemudian dipelawa untuk makan di sebuah restoran.
“Meh makan dulu. Dah makan, pulanglah,” kata guru tersebut sambil disambut jeritan kegembiraan salah seorang anak wanita itu seperti menang cabutan bertuah
“Makan. Lima huruf sahaja. Hampir setiap kita tidak pernah terfikir ia sesuatu yang sangat menggembirakan sebahagian kanak-kanak dan keluarga,” tambahnya
Mohd Fadli berkata, anak kecil itu turut diberikan beg sekolah dan pensel warna, sekali gus keseronokan jelas terpancar di wajah mereka menerima pemberian itu
“Seronok betul budak-budak tu dapat pensel warna dan beg baharu. Terus mereka minta izin ibu mereka untuk bawa ke sekolah Isnin ini
“Mereka pulang dengan naik motor berempat, dengan kekenyangan dan barang yang sarat,” katanya
Menurut Mohd Fadli, kerana motosikal yang dinaiki mereka berempat dan barang yang dibeli di pasar raya juga banyak, maka mereka berulang-alik sebanyak dua kali
“Belajar elok-elok dik. Semoga kiriman beg dan pensel warna baharu ini menaikkan semangatmu untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya mengubah nasib keluargamu ini
“Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna,” katanya
Sumber: Mstar online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/4-beranak-naik-motor-redah-hujan-untuk.html