4 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sebelum Memasuki Rumah Baru


Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki kediaman idaman sendiri. Tidak kiralah sama ada ia adalah rumah banglo setingkat atau rumah tradisional yang terletak di tengah-tengah bendang, itu adalah cita rasa masing-masing.
Untuk menggapai impian itu, pastinya kita memerlukan usaha yang jitu. Dalam masa yang sama tidak boleh sambil lewa dalam meletakkan perancangan.
Namun, buat mereka yang telah berjaya mempunyai rumah idaman, pastinya ia adalah sebuah pencapaian yang cukup besar dan mampu membuatkan anda tersenyum saat teringat akan penat lelah anda dalam menggapainya.
Walau bagaimanapun, buat mereka yang baru ingin memasuki rumah baru, jangan dilupa akan adab dan perkara-perkara yang boleh diamalkan.
Walaupun dalam hal ini tiada amalan khusus yang diperintahkan, namun ilmuwan menyebut bahawa tidak salah untuk kita mengambil langkah berdoa agar tempat baru kita itu diberkati dan dilindungi olehNya.
Antara amalan yang boleh dilakukan ialah;
#1 – Membaca Surah Al-Baqarah
Dianjurkan buat kita membaca surah Al-Baqarah apabila memasuki rumah yang baru atau kosong yang sudah lama ditinggalkan.
Ini adalah sebagai salah satu langkah melindungi daripada perkara-perkara ghaib atau yang tidak diingini daripada berlaku.
Imam Ahmad juga menyebut bahawa ia boleh melindungi diri daripada syaitan, manakala Imam Bukhari menyebut bahawa malaikat akan bersama di dalam rumah yang diamalkan surah ini.
Daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim, no.780)
#2 – Membaca Basmallah Dan Berzikir
Mengingati Allah sama ada dengan mengamalkan zikir-zikir pelindung, membaca basmallah dan juga doa keluar dan masuk rumah boleh membantu melindungi diri dan rumah tersebut daripada anasir-anasir jahat.
Maksud: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumah, lalu dia mengingati Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat menginap dan tiada makan malam.” Tapi, apabila dia tidak mengingati Allah, maka syaitan berkata: “Kalian mendapatkan tempat menginap.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2018)
#3 – Menunaikan Solat Sunat Keluar Dan Masuk Rumah
Imam Al-Munawi berkata, seseorang yang ingin keluar dari rumah boleh mengamalkan solat sunat sebanyak dua rakaat. Ia adalah sama juga dengan mereka yang sudah memasuki rumah.
Hikmahnya disebutkan supaya Allah memelihara daripada keburukan sama ada di luar dan juga di dalam rumah.
Daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumah, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.” (Hadis Riwayat Al-Bazzar, dinilai sahih oleh Ibnu Hajar Al-Haitami)
#4 – Melafazkan Salam
Seperti kita ketahui, lafaz salam ini adalah sunat, sama ada rumah itu berpenghuni atau tidak.
Namun, jika rumah yang dimasuki itu adalah kosong, maka disunatkan dengan membaca lafaz salam – السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Hal ini kerana, kita tidak mengetahui apa yang ada di dalamya. Mata kasar kita hanya mampu melihat apa yang boleh dilihat sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk kita memberi salam secara umum.
Daripada Nafi’, Abdullah bin Umar RA berkata:
Maksud: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka katakanlah: Assalamu ‘alaina wa ‘ala ibaadillahis solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1055)
Kesimpulan
Banyak lagi amalan yang selalu dilakukan oleh masyarakat kita seperti membuat kenduri kesyukuran atau membaca Yaasin dan sebagainya.
Ia boleh dilakukan dengan meniatkan perkara yang baik-baik dan supaya Allah melindungi diri dan rumah tersebut.
Namun, jangan dilakukan dengan niat yang salah sehingga boleh menimbulkan syirik atau riak.
Rujukan: Mufti Wilayah
The post 4 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sebelum Memasuki Rumah Baru appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/4-amalan-sunat-yang-boleh-dilakukan-sebelum-memasuki-rumah-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 2 Minggu Menyewa Lelaki Ini Dihalau Pemilik Rumah Kerana Mahu Penyewa Kaum Cina

Baru 2 Minggu Menyewa Lelaki Ini Dihalau Pemilik Rumah Kerana Mahu Penyewa Kaum Cina

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 436 hits
Tidak semua orang mampu untuk miliki rumah sendiri terutama sekali yang baru sahaja bekerja Oleh itu rata rata memilih untuk menyewa bilik berkongsi dengan orang lain Isu perkauman seharusnya sudah tidak lagi wujud dalam negara kita tetapi ...
Giler Gempak Tempat Lepak Baru Di Kl Ni Sambil Minum Boleh Layan Konsert Wajib Pergi Minggu Nih

Giler Gempak Tempat Lepak Baru Di Kl Ni Sambil Minum Boleh Layan Konsert Wajib Pergi Minggu Nih

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 516 hits
Hujung minggu kebiasaannya adalah waktu yang cukup sesuai untuk keluar berjumpa kawan kawan sambil lepak setelah berpenat lelah di tempat kerja Dengan beban kerja yang banyak kita sememangnya perlu sedikit ruang untuk diri sendiri menikmati...
Epic Games Mengesahkan Pemain Fortnite Di Ios Dan Macos Tidak Boleh Memainkan Musim Baru

Epic Games Mengesahkan Pemain Fortnite Di Ios Dan Macos Tidak Boleh Memainkan Musim Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 267 hits
Apple sebelum ini telah menghalang kemaskini untuk aplikasi Fortnite kerana pelanggaran terma dan syarat App Store Lanjutan daripadanya Epic Games telah menyaman Apple dan kini ia dilihat pengguna Fortnite di iOS dan macOS tidak boleh menik...
Imbasan Mri Boleh Dilakukan Lebih Pantas Menggunakan Kecerdasan Buatan Facebook

Imbasan Mri Boleh Dilakukan Lebih Pantas Menggunakan Kecerdasan Buatan Facebook

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 387 hits
Penggunaan kecerdasan buatan dalam bidang perubatan ialah antara perbatasan baharu yang berjaya membantu mempercepatkan proses diagnosis Terkini Facebook AI dan NYU telah mengumumkan proses melakukan imbasan magnetic resonance imaging yang ...
Tidak Lama Lagi Rumah Dan Hartanah Boleh Dibeli Melalui Lazada

Tidak Lama Lagi Rumah Dan Hartanah Boleh Dibeli Melalui Lazada

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 306 hits
Lazada pada hari ini terkenal dengan platform e commerce yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk membeli pelbagai jenis barangan termasuk kereta secara atas talian Terkini Lazada dijangka akan turut membolehkan para pengguna untuk membuat ...
Hiburan Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

Hiburan Mila Jirin Gembira Dapat Bawa Mak Ayah Rasmi Rumah Baru

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 783 hits
Menzahirkan rasa gembira kerana impian untuk membawa ibu bapa merasmikan rumah barunya tercapai penyanyi dan usahawan terkemuka tanah air Mila Jirin tampil mendedahkan perkara itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya Menurut ...
Sekda Positif Covid 19 Aktivitas Perkantoran Pemkab Oki Dilakukan Dari Rumah

Sekda Positif Covid 19 Aktivitas Perkantoran Pemkab Oki Dilakukan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 333 hits
Juru bicara Satgas Covid 19 OKI Iwan Setiawan mengungkapkan yang bersangkutan kini menjalani isolasi mandiri di rumahnya karena tidak mengalami gejala Namun tidak diketahui sumber penularan meski sebelumnya dia tetap beraktivitas menjalanka...
Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 463 hits
Huawei hari ini telah memperkenalkan dua tablet baru untuk pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad dan juga Huawei MatePad T10 Huawei MatePad membawakan spesifikasi sedikit tinggi dimana ia menyertakan skrin 10 4 inci dilengkapi cip Kirin 810...
Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga Zamani

Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga Zamani

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 683 hits
Penyanyi legend Zamani mahu memulihkan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialami terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata dia ingin segalanya berjalan dengan ba...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga