3h2m Di Melaka Penutup Jjcm Tahun 2021


 Assalamualaikum...
RANCANGAN asal hendak bercuti ke Kuantan pada cuti Krismas lepas terpaksa dibatalkan apabila kakak ipar SK yang tinggal di sana menasihatkan kami supaya jangan datang ke Kuantan kerana telah berlaku bah di beberapa tempat sekitar Kuantan. Sebenarnya bukan kami tak nasihat Pak Inche, tapi dia ni memang ada batu dalam kepala bila bab nak berjalan ni. Kalau boleh buat batu cincin tak apo, ni buat jadi kepala batu ja, hahahaha. 

Dia punya ketegaq tu, tak dapat ke Kuantan, diajaknya kami ke Melaka, pulak. Kali terakhir ke Melaka, kami menginap di Hotel La Crista. Jadi, dah cakap awal-awal, tak mo duduk sana, minta hotel lain, demand ko 😜 

Menempuh perjalanan hampir lima jam.. selepas tersangkut dalam kesesakan dari Plaza Tol Skudai hingga ke Hentian Kulai, lega akhirnya sampai ke Hatten Hotel yang ditempah oleh Pak Inche sebaik sahaja percutian ke Kuantan dibatalkan. Oh, sebelum tu, kami pergi makan Asam Pedas Hajjah Mona dulu, hihi. Selepas check-in yang mengambil masa yang agak cepat juga, kami terus ke bilik di aras 15. Masuk jer bilik, terkejut tengok keadaan cadar dan bantal yang macam... hurmmm.. tengoklah sendiri. Nak duduk pun seram apalagi nak baring


Terus telefon bahagian receptionist buat aduan. Mereka terus mengambil tindakan dengan menukar bilik lain. Kami diminta menunggu di bilik dan tidak lama menunggu, seorang staf menghantar kad kunci bilik baharu di aras 17 dan kami diminta meninggalkan kad kunci bilik sebelumnya di dalam bilik tersebut


Dah namanya cuti hujung tahun dan cuti krismas, kan.. beratur panjang la nak masuk ke cafe untuk sarapan. Tak lama sangat beratur, yang jadi panjang tu sebab mungkin masing-masing berkumpulan, yang dia (Sk la tu) ni tiga beranak, dia tu empat beranak, dia tu.. lima beranak, tu yang jadi panjang. Pinggan pertama, SK ambil mee bodoh, Pak Inche tanya, sedap tak? Tak sedap la.. sedap lagi Mee Bodoh di La Crista. Yang atas sekali tu, Popiah Sayur. Yang tu memang tersangat sedap sampai Sk bangun ambil lagi tiga bijik, haha


Ambil lagi tiga biji popiah dan kali ini bersama Nasi Lemak. Nasiblah popiah tu memang bertimbun-timbun. Telur rebus sila kopek sendiri, hihi. Selain tu ada lauk-lauk yang boleh dimakan dengan nasi lemak iaitu sayur kubis dan gulai ikan. 

Satu perkara yang suka bila tinggal di Hatten ni, ia berhadapan dengan dua buah pusat beli-belah iaitu Mahkota Parade yang legend dan Dataran Pahlawan. Lepas sarapan, Pak Inche sambung lepak dalam bilik, Sk dan Iman ke DP, Iman ajak window shopping. Lepas tu nampak kedai aksesori yang buat khidmat tindik telinga. Iman masa kecik dulu, dah bertindik, kemudian ada somebody berkenan anting-anting dia, minta tukar. Lepas tu, anting-anting baru tu memanjang asyik tercabut aje bontotnya, lama-lama malas nak pasang, lama-lama tertutup lubangnya. Ni la tindik balik. Punyalah mahal tindik telinga sekarang ek, dulu sepuluh inggit jer, ni namploh dan sembilanploh, pilih salah satu, jenama Zirconia la. Kalau dulu main tembak jer kan, ni ada garis panduan khas. Sarung tangan khas bagi setiap pelanggan dan beberapa perkakas, tisu kering, tisu basah, cecair penyembur khas juga dibekalkan. 

Petang tu, kami ke Batu Berendam Coconut Shake, jumpa Along. Angah kirim Kerepek Pisang Tanduk dan Telur Pindang. Tengok BBCS punyalah panjang beratur, jadinya Along ajak ke port makan-makan di Sungai Putat yang ada Mango Shake. Orang Melaka memang pelopor minuman shake shake ni kan


Iman dan Pak Inche makan Mee Bandung. Tengok warna macam muram kan, tapi sedap. Iman suka mee bandung yang tak ada kacang dan udang kering macam ni. 

Nasi Goreng Cili Padi untuk Sk. Nasi gorengnya sungguh terasa digoreng dengan penuh kasih sayang dan perasaan ya. Tak menyesallah datang ke Sungai Putat ni. Sebelah aje pun dengan Batu Berendam


Tapi... tapi... ada orang tu... tetaplah jugak nak Coconut Shake. Jadi, lepas makan di Sungai Putat dan hantar semula Along ke Batu Berendam, terus kami ke Klebang Coconut Shake


Tak agak-agak memasing sorang satu air kelapa dan satu coconut shake. Nasi lemak buat syarat katanya, hahaha


Hurmmm... Jaga perut, jaga hati, jaga perasaan, sabar ajelahhhhh. Kira dah cukup syaratlah ke Melaka ni, kan... dah dapat makan Asam Pedas, dah dapat minum Coconut Shake dan dapat makan Ikan Bakar Anjung Batu.

Pemandangan Bandaraya Melaka dari Tingkat 17. Di sana sini sesak. Melaka, sepi masa PKP aje


Esoknya beratur lagi panjang dari semalamnya masa sarapan. Di Hatten ni, nak sarapan beratur, nak naik lif beratur. Lepas tu baru teringat, dulu pernah cakap serik nak duduk Hatten sebab lif dia lambat giler. Melayu memang mudah lupa, hahaha. Orang bercuti, berehat, kita bercuti.. penattttt! Penat beratur, penat ngadap jem


Sarapannya sama macam semalam cuma kali ni mee diganti Kuey Teow Goreng. Kuey Teow dia sedapppp. Popiah sayur pun ada lagi, menjadi rebutan, haha


Mini Pancake, Pau Sayuran dan Roti Canai segera. Lepas tu makan kek, makan mee, malas nak ambil gambar dah, hehe


Balik dari Melaka, ikut jalan kampung la.. singgah Muar nak makan Beriani King tapi dah pindah, tak tahu pindah ke mana. Pergilah makan Rojak dan ABC di Medan Selera Tanjung Emas. Pusing-pusing cari kedai beriani, tak jumpa sebab kami dah menghala ke Parit Jawa. Teruslah ikut Batu Pahat, nak beli sate, sate habis. Sampai Ayer Baloi, Pak Inche mata dah kuyu, nak sangat, kannn.. jadinya, Sk sambung pemanduan sampai ke rumah. Malamnya pergi makan Nasi Goreng berdua kat Bismi Curry House jer

Syukurrrr Alhamdulillah







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/12/3h2m-di-melaka-penutup-jjcm-tahun-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Asb Umum Agihan Pendapatan 5 00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

Hiburan Asb Umum Agihan Pendapatan 5 00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 327 hits
Setiap hujung tahun para pelabur pastinya menantikan pengumuman jumlah agihan pendapatan dibuat oleh syarikat pelaburan itu Semalam ASNB telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan diperolehi para pelabur bagi tahun kewangan berakhir pada 31...
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 242 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021 Seperti tahun tahun sebelum ini seakan telah menjadi satu kemestian bagi Mrs A untuk buat satu entry penghargaan kepada...
10 Top Komentator Blog Nona Pada Tahun 2021

10 Top Komentator Blog Nona Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 286 hits
10 TOP KOMENTATOR BLOG NONA PADA TAHUN 2021 Hai Salam 2022 sekali lagi Sihat Moga terus sihat dan tabah harungi kehidupan yang penuh dengan ujian dari Nya Pelik ker tetiba Nona ada list Top Komentator HAHAHHA Ye inilah pertama kali sepanjan...
Unduh Hasil Seleksi Kompetensi Tahap 2 Pppk Guru Tahun 2021

Unduh Hasil Seleksi Kompetensi Tahap 2 Pppk Guru Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 287 hits
Hari ini Selasa pengumuman hasil seleksi pegawai pemerintah dengan perjanjian kerja atau PPPK guru 2021 tahap 2 Berikut ini cara cek hasil seleksi kompetensi PPPK guru tahap 2 Perkembangan info terkait seleksi PPPK guru dapat diakses melalu...
12 Filem Siri Tv Superhero Paling Menarik Tahun 2021

12 Filem Siri Tv Superhero Paling Menarik Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 296 hits
Tahun 2021 telahpun berlalu dan sedar tak sedar banyak filem dan siri televisyen superhero telah ditayangkan pada tahun lalu meskipun kita pada waktu itu masih lagi dibelenggu dengan pandemik Dari siri WandaVision ke penghasilan semula Just...
Blog Performance Tahun 2021

Blog Performance Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 311 hits
Baru 3 hari kita di tahun 2022 Masih belum terlambat mama nak update blog performance bagi tahun 2021 blog mamapipie Memandangkan mama dah buat post berkenaan blog performance sejak tahun 2018 maka eloklah mama sambung sampai ke tahun 2021 ...
Menag Selamat Natal Tahun 2021 Terus Bergerak Untuk Perkuat Persaudaraan

Menag Selamat Natal Tahun 2021 Terus Bergerak Untuk Perkuat Persaudaraan

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 178 hits
Yaqut memaparkan melalui peringatan natal umat kristiani diajak untuk menyadari panggilan sebagai pribadi yang bersedia mengabdi dengan penuh hikmah
Facebook Diundi Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

Facebook Diundi Syarikat Paling Teruk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 250 hits
Facebook yang baru baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diundi sebagai syarikat paling teruk bagi tahun 2021 Lightrocket via Getty WASHINGTON Satu tinjauan mendapati bahawa Facebook atau baru baru ini dijenamakan semula sebagai Meta diu...
Cara Mohon Bantuan Kanak Kanak Rm1 000 Disember Tahun 2021

Cara Mohon Bantuan Kanak Kanak Rm1 000 Disember Tahun 2021

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 352 hits
Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak Kanak 2021 sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga Skim Bantuan Kanak KanakTahukan anda Bantuan Kanak Kanak 2021 ...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade