30 Tahun Tinggalkan Zaman Kanak Kanak Tabika Dulu Berbeza Dengan Sekarang


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Post hari ni tiada kena mengena dengan makanan yer. Sahaja nak mengimbau kembali zaman masa kecil-kecil dahulu. Zaman tidak pernah nak fikir pasal susah payah dalam hidup dan mencari rezeki. Masa tu hanya tahu untuk bermain bermain dan juga bermain. Masa tu masa paling seronok dalam hidup sebab dapat bermain bersama kawan-kawan

Kenapa tiba-tiba hari ni teringat zaman kanak-kanak ni yer? Yer lah ini semua sebab cuti Raya Korban ni Maha balik kampung dan diceritakan oleh mak dan ayah tentang Tabika tempat di mana Maha mula mendapat pendidik waktu usia 5 tahun. Tabika tu dah lain sangat dan banyak perubahannya. Tabika dulu tak macam zaman sekarang ni ada hari suai kenal. Dulu nak nangis pun tak sangat sebab Tabika tu tak jauh dari rumah jadi mak ayah akan hantar terus ke Tabika dan balik mereka jemput


Kalau korang tanya kat mana tempat yang Maha maksudkan ia adalah Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19. Maha ni kan anak generasi kedua Felda. Dulu dikenali sebagai Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-kanak. Setelah 30 tahun tidak ke sana walaupun setiap kali balik kampung lalu depan Tabika tu rasa teruja sangat dapat datang sini balik. Sebab ia sangat berbeza dengan zaman Maha dulu serta kanak-kanak sekarang. Kalau dulu masih ingat lagi kat dalam Tadika tu ada pelbagai jenis permainan seperti buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan macam-macam lagi


Tapi kanak-kanak sekarang lebih hebat dan juga lebih menghargai kehidupan. Ye lah mana tidaknya Maha tengok kat dalam Tabika yang dulu banyak mainan tapi sekarang ni banyak dengan tanaman. Bukan tanaman yang biasa-biasa tau dalam tu ada tanaman seperti padi. Korang bayangkan kawasan yang tidak pernah ada orang tanam padi tapi boleh tumbuh kat sini. Kawasan yang kering kontang dan tiada salur air. Pokok padi pula hidup membesar elok dan juga mengeluarkan hasil lagi. 

Pulak tu masa Maha tengok Tabika ni kanak-kanak sini diajar untuk bercucuk tanam dengan pelbagai sayur-sayuran yang jarang tumbuh kat kawasan panas ni. Korang boleh tengok sendiri betapa besarnya pokok sayur Kubis yang ditanam kat dalam Tabika ni. Hidup subur dah kalahkan pokok sayur yang orang selalu tanam di Cameron Highland. Tak tengok lagi pokok sayur lain seperti sawi, kangkung, daun sup dan paling menarik cendawan pun mereka tanam kat sini. 

Kagumlah tengok dengan perubahan yang berlaku kat Tabika tempat Maha belajar dulu. Memang hebat sangat kat sini. Kalau nak tengok model rumah asal peneroka FELDA pun ada di Tabika ini. Almaklumlah kebanyakan rumah asal Felda telah digantikan dengan rumah baru yang lebih cantik dan juga besar. Kalau ada sesiapa yang nak datang melawat dan tengok sendiri projek taman Botani yang diusahakan oleh cikgu serta anak-anak Tabika ni boleh datang melawat bila-bila masa jer dibuka kepada umum. 

Semua ni sesuatu yang menggamit memori bila berada kat Tabika ini. Biar semua itu menjadi memori indah dalam minda sebagai seorang anak peneroka Felda yang dulu hidup susah dan sekarang mampu miliki segalanya. Mungkin sebab didikan dari kecil di Tabika dan juga didikan ibu bapa yang menjadikan Maha seperti mana sekarang ini. Kalau boleh kembali ke zaman kecil dulu mesti lagi bestkan. 

Sekarang Maha lagi berasa bangga kerana Tabika KEMAS Felda Siantan Jengka 19 ini berjaya menjadi satu-satunya wakil negeri Pahang keperingkat top 5 untuk Anugerah Pintar Botani TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Jadi Maha nak mohon jasa baik semua yang membaca blog Maha ni untuk sokong Tabika yang pernah Maha belajar ini dulu untuk menang peringkat akhir nanti. Caranya mudah sahaja dengan klik 'LIKE' kat posting Facebook KEMAS yang Maha share di bawah ini


Hanya LIKE sahaja yang diambil kira tapi kalau korang rajin share lah sekali hehehe. Sebab like paling banyak dikira sebagai markah bonus selain daripada permarkahan juri. Tarikh akhir LIKE adalah pada 14 Ogos 2019. Kita bagi sokong atas usaha keras cikgu dan juga anak-anak serta peneroka Felda di sini dalam memberikan suasana pembelajaran yang terbaik dan selesa untuk generasi muda pewaris negara ini. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang dah sudi like dan share, korang memang hebatlah. Doakan semoga Tabika ini berjaya menjadi contoh yang terbaik dan juga membimbing anak-anak menjadi yang berguna dan berjaya di masa akan datang


Hashtag rasmi : #imkemas #kemas4u #sentiasadihati #PintarBotani2019*Gambar kredit Facebook KEMAS





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/08/30-tahun-tinggalkan-zaman-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Terfikir Macam Mana Teka Teki Zaman Dulu Jom Pecahkan Kepala Dengan Teka Teki Tahun 1918

Pernah Terfikir Macam Mana Teka Teki Zaman Dulu Jom Pecahkan Kepala Dengan Teka Teki Tahun 1918

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 472 hits
Warisan merupakan identiti dan jati diri sesebuah bangsa dan negara Bahkan ada negara yang menjadikan warisan kebudayaan mereka sebagai sumber ekonomi negara dengan menjual dan mempopularkan warisan tersebut Contohnya gelombang Hallyu yang ...
Video Semburit Kes Tahun 1998 Dan Sekarang Berbeza Tun M

Video Semburit Kes Tahun 1998 Dan Sekarang Berbeza Tun M

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dakwaan kes perbuatan luar tabii melibatkan dua menteri Kabinet di bawahnya tahun 1998 dan tahun ini adalah dua kes yang berbeza Dr Mahathir berkata pada tahun 1998 tind...
Filem Dora And The Lost City Of Gold Menggamit Memori Zaman Kanak Kanak

Filem Dora And The Lost City Of Gold Menggamit Memori Zaman Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 474 hits
Pasti anda pernah menonton siri Dora the Explorer dan masih fresh lagi lagu lagu dan pertanyaan dalam siri tersebut Kini filem Dora and The Lost City of Gold adalah satu hadiah buat anda penggemar siri tersebut Sedikit sinopsis filem Dora a...
Ngeri Tiub Besi Tercucuk Dalam Gusi Kanak Kanak 3 Tahun

Ngeri Tiub Besi Tercucuk Dalam Gusi Kanak Kanak 3 Tahun

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 431 hits
Malang tidak berbau Begitulah nasib malang yang menimpa seorang kanak kanak berusia tiga tahun apabila gusinya tertusuk satu tiub besi Kejadian ngeri itu belaku ketika mangsa Xiao Ming berada di kediamannya di China Bapa mangsa yang mendeng...
Dulu Dulu Tak Apa Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam Doktor Jelaskan Sebabnya

Dulu Dulu Tak Apa Sekarang Anak Kena Hujan Je Terus Demam Doktor Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 266 hits
Dulu masa kita kecil mandi hujan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan Langsung kita tak pernah terfikir soal demam dan sebagainya Tapi betul ke kalau kena hujan terus akan demam Menurut perkongsian keadaan kita tidak sama macam dahulu ...
10 Logo Maskot Sukan Sukma Malaysia Dari Tahun 2010 Sekarang

10 Logo Maskot Sukan Sukma Malaysia Dari Tahun 2010 Sekarang

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 1380 hits
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah sebuah acara beraneka sukan dwitahunan peringkat kebangsaan yang disertai atlet muda dari 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Kejohanan tersebut dikawal selia oleh Majlis Sukan Nega...
Deretan Artis Indonesia Dulu Upahnya Kecil Banget Sekarang Fantastis

Deretan Artis Indonesia Dulu Upahnya Kecil Banget Sekarang Fantastis

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 247 hits
Artis Indonesia ini pernah dapat honor pertama hanya Rp 20 000 Tapi kini honor mereka fantastis
11 Foto Perubahan Westlife Dulu Vs Sekarang Tetap Ganteng Walau Udah Jadi Bapak Bapak

11 Foto Perubahan Westlife Dulu Vs Sekarang Tetap Ganteng Walau Udah Jadi Bapak Bapak

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 254 hits
Westlife sedang tur di Indonesia nih Tur kali ini tuh dalam rangka merayakan 20 tahun mereka bermusik widiw udah lama banget ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game